Salam semua. Hari ini cuaca baik sangat di Yokohama. Jadinya bila tengok cuaca baik tak panas dan tak sejuk rasa nak keluar menghirup udara segar dari duduk sahaja dirumah. Telefon kawan ita dan ajak keluar bersama. Destinasi kami ke Yamashita Park. Ita pernah lalu di Yamashita park ni dulu, tapi tak pernah nak singgah pun. Jadinya disebabkan pada musim luruh taman ini cantik jadi ambil peluang untuk kesini.

Fathnin , Ain & Udin

Fateh pun nak join bergambar

Cantik laluan ni

Adnin ambilkan gambar

Maz dan Adnin

saya pun nak bergambar juga..:P
Ita keluar dengan Mas, Adnin serta anak-anak kami semua. Sambil-sambil kanak-kanak bermain si ibu bergambar dan bersembang-sembang. Seronok juga. Sekarang pun semakin cepat gelapnya jadi pergi sekejap je. Untuk ke Yamashita Park kami perlu menaiki bas ke yokohama stesen dan menaiki keretapi pula ke stesen Motomachi Chugakai yang berhampiran dengan taman ini. Menariknya taman ini ada laluan pokok ginko yang telah bertukar ke warna kuning apabila musim luruh dan taman ini juga bersebelahan dengan pelabuhan yokohama. Jadi anak-anak dapat melihat keindahan laut berserta kapal-kapal yang berlabuh. Sekadar berkongsi permandangan yang ita rakamkan sepanjang disana untuk tatapan dimasa hadapan..:)
Ambil gambar lagi

Rasa nak ambil gambar ditengah2 jalan je..

Antara permandangan



Burung-burung pun nak bergambar juga


cantiknya.....
gambar semua cantik.
Rindu nak tengok fall..
cantik sgt pokok gingko tu,
sblom ni tgok kat dlm muvi romeo&juliet je ;)
Cantiknya semua2 gambar tu....view musim luruh mmg cantik dgn daun menguning....suka tengok..
kak, cntik jaket.. =)