Hari Ahad baru-baru ni, kami plan tak kemana-mana sebab sepatutnya ada hanami yang dibuat oleh warga Yokohama ni.. tapi disebabkan agak lambat untuk comfirmkan, jadi atau tidak menyebabkan tak sempat nak prepare pergi.. tambahan hari sabtu kami ada main badminton hingga malam jadi kami buat keputusan untuk tidak pergi ke mana-mana esoknya.
Tapi tetiba lepas solat zohor tengok hari cerah je.. lagi pun sekarang ni nak jalan weekdays susah sebab fathnin dah start sekolah. Ajak papa jalan-jalan naik basikal papa kata nak pergi mana, ita terfikir tulip di FB kak hani kelmarin. Terus ajak abang pergi tengok tulip. Sebenarnya papa ada je kerja nak dibuat tapi disebabkan ita kata kejap je papa ikutkan aje.. thanks papa.. kami tak sure kat mana stadium yokohama tu.. sebab tak pernah pergi tapi papa tengok dari map tak jauh dari sakuragicho jadi papa cuba je cari jalan.. alhamdulilah sampai juga ke destinasi tanpa sesat... seronk naik basikal ni sebab nampak macam2 pemandangan dan gelagat orang tambahan bila ada nampak kedai atau tempat menarik je boleh terus singgah...
Rupanya luar Yokohama Stadum ni ada taman cantik.. sekarang banyak tulip2 tengah kembang.. tak tergambar cantiknya dengan mata.. ita geram sangat rasa nak petik je.. tapi tak bolehkan... warna macam-macam kegemaran ita tulip warna merah... kalau mak dengan kakak ita tentu dioorang lagi geram sebab diorang suka sangat dengan bunga.. ita yang suka bunga ( tapi tak pandai jaga) ni pun suka sangat..
Model ita nampak padang permainan jadi sibuk la dia nak ajak main. Nasib baik la papa nak jaga anak2 boleh la mama amik gambar sekejap.. lebih kurang ku 3 petang kami balik ..
<
Labels: Aktiviti, tempat dilawati
to ida.. yeke .. akak pun tahu sebab tgk kat FB kak hani.. cantik suka sangat..
to Ila.. memang cantik kebesaran Allah.. ambil peluang duduk kat sini bergambar dengan bunga