10 April 2010

Hari pertama Fathnin sekolah


Bukan satu keadaan yang mudah untuk kami membuat keputusan sama ada ingin menghantar fathnin ke sekolah atau tidak.. bukan soal bahasa yang menjadi masalah tetapi adakah berbaloi untuk menghantarnya kerana bayaran sekolah disini agak mahal juga bagi kami. Yuran tadika di sekolah fathnin ni adalah lebih kurang 150 ribu yen bagi pendaftaran dan pakaian,tiap bulan lebih kurang 25600 yen. itu pun agak murah jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di sekitar yokohama ni... Tapi setelah dikaji dan memikirkan fathnin amat berminat untuk ke sekolah kami teruskan niat untuk menghantar Fathnin ke sekolah...


8 April tempohari adalah hari pertama fathnin ke sekolah. Untuk hari pertama dan hari kedua ni mama dan papa masih bersama-sama fathnin ke sekolah. Pada hari pertama fathnin ke sekolah pada pukul 930 pagi. Papa dan mama tak tahu jika di jepun ni parent hantar anak untuk hari pertama sekolah berpakaian formal iaitu berkemeja dan memakai suit, hanya papa dan mama fathnin sahaja yang selekeh hari tu berseluar jeans.hahaha.... Semangat sungguh fathnin nak bersekolah dan mama pun happy tgk fathnin happy dan bersemangat..



persembahan cikgu


perkenalkan rakan kelas


cikgu fathnin

pada hari kedua sekolah pula diadakan majlis perbincangan untuk ibu atau bapa yang perlu menyertai bersama-sama pihak sekolah untuk menjayakan majlis jualan bazar dan hari sukan. setiap ibu bapa perlu memilih satu program tersebut untuk dijayakan jadi bagi ita lebih sesuai jika ita memilih untuk menjayakan hari sukan.. Disini setiap program anak-anak sekolah amat sukacita jika ibu bapa meyertai bersama untuk menjayakan apa2 program...



sedang berbincang


adik fateh join sama

Jadi tugas mama la untuk hantar dan ambil Fathnin setiap hari berjalan dengan adik fateh ke sekolah Fathnin. Nasib baik dekat je iaitu lebih kurang 8 minit berjalan kaki..


hantar fathnin ke sekolah

10 Comments:

  1. mizz-siti said...
    Ita, kalau convert RM brape yurannye tu?
    Comel sangat fathnin..
    Anonymous said...
    hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
    kew_chop said...
    muka kakak fathnin confident n happy jek nak pegi sekolah.. comel..
    Juwita Jamaludin said...
    achu.. kalau convert register RM5000 lebih kurang bulan RM1000.. mahalkan..

    thanks hapi..

    to murni.. tula alhamdulilah.... moga elok je tak meragam g sekolah...
    Idayu said...
    wah soo kawaii fathnin pakai uniform skool..sama la kita, akk pon selekeh jer time first day anto ank2 dulu..he3x.
    tak pe, biar fathnin enjoy dia nyer childrenhood puas2..adalah rezeki kat mna2 tuh nanti..gud luck ita!
    saliza said...
    ita.
    rasanya berbaloi kot hehehe...
    saya pun hantar anak ke youchien sejak thn lepas lagi...monthly dia lebih kurang dekat hamamatsu nih..24500 yen termasuk bas...
    p:s Fathnin sgt comel dgn uniform sekolah...
    Juwita Jamaludin said...
    thanks kak ayu ..tula hope so ada rezeki mana2 tu nanti..
    saliza.. ada blog ke atau fb ke.... leh kenal2.. oh yeke.. tula dah berapa hari sekolah dia happy je
    saliza said...
    ada fb nanti saya add ita...
    Fatin Helmi said...
    wah.. best la fathnin berpeluang belajar kat jepun.. leh catch bahasa jepun.. bape lama ita kat sana? n sekolah fathnin bape lama? dr pukul berapa till pukul berapa?
    Juwita Jamaludin said...
    faten.. fathnin memang semangat nak sekolah... dia sekolah dari kul 9 pagi -2 petang.. so kami kat sini lagi 2 tahun lebih kurang.. fathnin balik msia terus masuk darjah satu

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG