16 April 2010

Chocolate orange marble kek


Mempelbagaikan resepi kek.. harini cuba buat " chocolate orange marble cake". Sedap je nampak kat blog kak ummi.. resepi asal dari sini tapi ita tengok dari blog kak ummi .. sedap kek ni sebab ada rasa oren tu bagi pengemar kek oren boleh cuba kek ni. Topping tu ita guna coklat oren hari tu beli ada lebih so tak letak la parutan kulit oren.


Bahan:-
  • 175 gm gula castor
  • 175 gm mentega (tanpa garam) - suhu bilik
  • 175 gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telor saiz besar - dipukul sikit
  • 1 sudu besar fresh orange juice
  • 2 sudu teh parutan kulit oren
  • 1 sudu besar serbuk koko - dibancuh dengan 2 sudu besar air panas

Untuk Topping:

  • 100 gm plain chocolate (cooking chocolate)
  • 15 gm mentega
  • 1 sudu besar golden syrup
  • sedikit parutan kulit oren
Cara Membuat:-
  1. Sediakan loyang 18 x 25 c, (7 x 10in) yang telah digris dan dialas dengan baking sheet.
  2. Masukkan gula, mentega, tepung, baking powder dan telor ke dalam mangkuk besar.
  3. Pukul dengan electric mixer selama 3 - 4 minit sehingga putih dan berkrim.
  4. Pindahkan sebahagian adunan ke dalam mangkuk lain. Campurkan dengan orange juice dan parutan kulit oren tadi. Kacau rata.
  5. Dalam adunan yang sebahagian lagi, campurkan pula bancuhan coklat tadi. Gaul rata.
  6. Tuangkan adunan oren ke dalam loyang dan diikuti dengan adunan coklat. Buat pusingan marble dengan menggunakan pisau.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 35 - 40 minit/hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan biarkan kek selama 5 minit, kemudian keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk atas wire rack.
  8. UNTUK ICING/TOPPING: Dalam bekas tahan panas, masukkan chocolate, mentega dan golden syrup. Masak secara double boil atas dapur. Kacau selalu hingga bahan cair. Angkat dari dapur dan biarkan sejuk dan pekat sedikit sebelum dituang ke atas kek.


0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG