05 April 2010

Hanami Shinjuku Garden (Shinjuku Gyoen)

Sekarang ni memang tak boleh nak selalu jenguk blog.. bila ada masa ita akan masukkan entry baru.. minggu lepas banyak benda yang perlu diuruskan .. tambahan minggu ini.. agak sibuk juga sebab fathnin nak pergi sekolah minggu ni.. tapi sebelum cerita tentang fathnin nak pergi sekolah kita cerita jalan ke Shinjuku Gyoen dan Tokyo tower.. Minggu ini Sakura kembang betul ( mankai).. seronok sangat dan kami memang plan nak pergi Shinjuku Garden( Shinjuku Gyoen) sebab ita pun tak pernah sampai sini.. taman ini luas dan amat cantik tambahan ada sakura ni.. jadi kebetulan memang ada program hanami disini walaupun ramai yang tak dapat join tapi kami tetap puas hati sebab dpat jalan-jalan di taman ni.. Thanks to kak ida sebab memulakan untuk program hanami ni...



Untuk ke Shinjuku Gyoen ni kami menaiki line Shonan Shinjuku line dari Yokohama terus ke shinjuku station..jalan lebih kurang 10 minit ke arah south exit.. Nak masuk taman ni kena bayar 200 yen seorang.. punya la ramai manusia yang nak masuk taman ni .. sebab semua nak menikmati keindahan sakura yang amat cantik dan pelbagai warna disini...





Kami makan-makan dan nak cari tempat yang dibawah pokok sakura banyak yang penuh dan kurang sesuai untuk kanak2 main .. jadi kami hampar dipadang je... makan dulu sebab kak ida belum sampai waktu tu..


Sudah kenyang perut kak ida call dia dah duduk kat tepi tasik dan kami pun berpindah tempat sebab nak jumpa juga dengan kawan-kawan yang lain... dah makan2 lagi sambil tengok keindahan sakura..




ini ada gambar sebahagian keindahan sakura ditaman ni.. banyak gambar tapi tak larat nak upload sini boleh lihat difacebook ita.. nanti ita upload cerita ke Tokyo Tower pula..




1 Comment:

  1. CatlinaFly said...
    ramainye org..bestnye..huhu bila lah nok gi jepong ni huhu

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG