16 December 2011

Tetamu dari Malaysia

Salam semua. Rinduuu.. Rindu sangat nak menaip disini dan BW rumah kawan-kawan. Maaf sangat hampir 2 minggu ita tak update blog memang mencari masa yang sesuai dan lapang untuk menaip dan jalan-jalan rumah kawan. Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk menaip disini. 2-3 hari yang lepas ada juga jenguk-jenguk blog yang dah bersawang ni tengok ramai juga yang komen di entry badminton tu.. terima kasih sangat.. nanti ita balas ye kunjungan tu.. InsyaAllah.. selain tu bila nampak je rumah kawan-kawan masak macam-macam menu rasa bersemangat sangat nak cuba menu-menu baru.. hihihihi..:) Mana tak nya bulan ni baru 2 je entry.. amat merundum betul prestasi blog ni..InsyaAllah kena kuat semangat dan susun jadual harian dengan baik sebab sekarang ni memang cepat je tersasarnya jadual tambahan suhu yang bertambah sejuk dan bila malam je rasa nak duduk dalam selimut je senyap-senyap sebab mata cepat je mengantuknya.. :)

Untuk permulaan ita ingin kongsikan gambar kenangan kami minggu lepas menerima tetamu dari Malaysia. Mail, Mar dan Qaisara yang datang dari Terengganu. Mail ni kawan suami ita di Universiti dulu. Amat baik dengan suami dan kami pun pernah ke rumahnya dulu di sebelum dia dan keluarga berpindah ke Terengganu. Rezeki agaknya waktu kunjungan Mail sekeluarga salji turun sewaktu perjalanan ke kawasan tasik Yamanaka, walaupun plan nak main salji buatan tak kesampaian tapi Allah ganti dengan salji betul.. Alhamdulillah..:)


Bergambar keluarga waktu ni salji tengah turun


layan Qaisara main saljji suka sangat dia


Fathnin pun excited juga


Fateh lagi la.. suka sangat



Ini adalah kawasan rehat.. kami singgah sebentar disini

Disebabkan keluarga mail datang 3 hari je beberapa tempat je kami sempat bawa.. untuk hari ke 2 kami ke Asakusa dan Tokyo tower. Untuk kali ini disebabkan hari minggu kami menaiki keretapi je.. Mudah jika berkereta jalan agak sesak dan parking pun mahal .. kemudahan awam dijepun memang tip top sambil-sambil boleh melihat gelagat masyarakat jepun yang pelbagai ragam..:)Terima kasih Mail dan Mar atas kunjungan ke teratak kami, Terima kasih juga diatas buah tangan yang dibawa dari Malaysia tambahan keropok lekor dan buku untuk Fathnin.



Tokyo Tower


Asakusa





18 Comments:

  1. Amie said...
    Assalam Ita, apa khabar dik,
    memang lama sangat tak nampak Ita,
    cantiknya pemnadngan salji di sana ye... putih je keliling tapi sejuknya....brrrrrrr
    Unknown said...
    wahh bestnya ada tetamu dr Malaysia patutla ita senyap jer.kat sini pun dah turun salji tapi bila turun hujan cair dah..cuaca thn ni tak menentu kat sini last year time ni dah bertimbun snow dah.tapi bila byk sgt pun tak best pula bila tak ada tu mcm tertunggu-tunggu pula..hehe
    indahhouse said...
    Salam kak Juwita,
    Wah... rasa nak shopping jer bila nampak gambar2 tu. Comella selipar kecik tu.
    Bestnya merasa salji, saya dapat tengok salji pun jadilah. :D
    nOOrsha said...
    salam ita... sesekali layan tetamu memang seronok kan.. lg2 klo tetamu tu bes fren yg da lame x jumpe..seronokler diowang jalan2 pusing satu jepon :)... gambar2 pun cantikkkk sgt... suke tgk rintik2 salji yg jelas tu.... good job ita! keep it up.. teringin nak tengok yg saiz besar punye, mesti lg cantikkk :)
    nOOrsha said...
    salam ita... sesekali layan tetamu memang seronok kan.. lg2 klo tetamu tu bes fren yg da lame x jumpe..seronokler diowang jalan2 pusing satu jepon :)... gambar2 pun cantikkkk sgt... suke tgk rintik2 salji yg jelas tu.... good job ita! keep it up.. teringin nak tengok yg saiz besar punye, mesti lg cantikkk :)
    dZana said...
    aslmum ayu.. buzy melayan tetamu yer.. seronok dpt jalan2 main salji kan..
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    Yg Ada yuki tu yg near fujisan ekkk?
    Yg akak ckp tu
    Smpt gak weols main yuki last week kat karuizawa
    3 hr x smpt nk jejln sgt la
    Rindu ketat2 kt akak taw
    suzana said...
    cantik gambar-gambar salji dan tokyo tower...
    Soo Hae Daa said...
    wahhh...bestnye dorg bcuti ke sn..sgt cntik tmpt rht tu kak....speechless..subhanAllah...
    Asmara said...
    wah dapat main yuki. rezeki..:D. sikit2 seronok tp kalau tebal mcm sini tak larat jdnya. :p
    *thanks called td. seronok sembang smpai x sedar lama. hehe..
    izahdaut said...
    cantiknya gambarrrr.. geram la main salji. oo bz melayan tetamu ye. smoga ita sekeluara sihat disana ye
    SHaRKFiQ SSM said...
    waaa, bestnya bleh men salji...
    kat malaysia nih bleh g kt genting or i-city je r..
    tu pun ais batu kisar..hehehe..


    btw, knapa kt tmn tu penuh dgn salji, tp kat padang gamba bwh tu xde salji lansung, siap de matahari lagi.. ce explain~ ;))
    Anonymous said...
    Itaaaaa... Cantik gambar2. Beli lense baru ke? Macam upgrade ke prime lense je. Kalau salah, gomen ne... hehe.

    - Mariam
    anumuchan said...
    Bestnya ada tetamu dr mesia ye..tebal jgk yuki dkt situ..and jln2 ke tokyo tu..bestnyaa.sy ni x jln2 lg tokyo..huhuu..klau nk lpk 2-3 hari kt sana kne sediakn bajet jgk..taktau la bila nk g huhuu
    εïзmmyHazaεïз said...
    salam kak ita.. ade tamu rupanye.. bestnye salji kat sana... sini nak rasa salji tipu kat I-city ajek :D
    Anonymous said...
    subhanallah!!! cantikk gamba2 kak ita
    Umie said...
    salam kak ita, seronoknya makan kepok lekor ye...hehehe

    Alhamdulillah dapat gak kawan akak tu merasai salji real kan...kalau lama lagi diorg kat jepun nie banyak la lagi tempat menarik bole pegi kan...takpela, mungkin next time bole dtg jepun lagi kan...;-)
    Anonymous said...
    assalamualaikum cikgu Lk saya..:)

    Nuratiqah zainal abidin
    -teknik bukit piatu-
    -2006/2007-
    -awam 2-
    seronoknyer tgk cikgu...:)

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG