12 January 2010

Roti pizza gulung


Semalam buat roti request dari abang.. so disebabkan tekak ni rasa nak makan pizza jadi buat roti pizza gulung ni. Sedap roti ni.. sebab rasa mudah makan pizza cara macam ni.. tak sedar makan 4 ketul sekali hadap.. hahahha..


Bahan-bahan
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast

inti
cendawan butang dipotong dadu kecil
capsicum dipotong dadu
bawang dipotong dadu
daging cincang/sisej dipotong dadu/ serunding
nenas dipotong dadu
cheese pizza
sos tomato
daun parsley untuk hiasan


cara-cara
1. masukkan bahan roti ke dalam breadmaker dan tekan butang dough.
2. setelah siap bahagikan 2.
3. Canai menjadi 4 segi tepat.
4. sapukan sos tomato dan taburkan semua bahan2 yang didadu tadi serta cheese dan gulung. kemudian potong kepada 6 bahagian.
5. lepakkan di dulang pembakar secara membulat dan taburkan daun parsley.
6. bakar dalam suhu 190 selama 15-20 minit.

5 Comments:

  1. Watierman said...
    Assalamualaikum..Ita...wah balik2 terus rajin..meroti ya!!Syukur semuanya sihat kan!
    indahhouse said...
    salam kak juwita,
    apa khabar? namapk senang adunan roti tu kak. mesti sedap,kan? :)
    Juwita Jamaludin said...
    wsalam.. kak watie.. alhamdulilah kak sihat.. nak makan kak kena la rajin kalau tak lapo la .. huhuhuh
    Juwita Jamaludin said...
    salam indah.. senang je.. cuba la sedap bagi akak
    kak ina kl said...
    salam ita..akak dah buat..memang sodap..tapi leceh..akak minta izin ambil resepi yer..

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG