20 January 2010

Creampuff inti coklat


Kadang lalu di kedai-kedai bakery di area yokohama ni terliur tengok creampuff yang menarik dan nampak sedap tu. Hari ni saja melayan tekak untuk makan creampuff. disebabkan saja nak tukar selera buat inti perasa coklat sebab selalu makan inti kastad. ok juga fathnin suka.

Bahan-bahan ( 15 biji )
200ml air
65g butter
100g tepung gandum- diayak
3 biji telur

1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. tepung ayak terlebih dahulu.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana . Kemudian padamkan api.
3.Pecahkan telur didlm mangkuk lain dan pukul sedikit. Masukkan telur, kacau cepat-cepat . Ia akan menjadi warna kuning.kacau sampai tidak berketul.
4.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Alaskan dulang menggunakan baking paper.
6.Basahkan tangan dan tekan bahagian tanduk yang terhasil. Renjis permukaan cream puff dengan air.
7.Bakar dalam oven pada suhu 210c selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 20 minit.
8.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

inti
100 ml whipping cream hersheys perasa coklat
2 sudu gula

1. pukul bahan2 diatas hingga kembang dan ringgan.
2. potong creampuff yang telah sejuk dan letakkkan ditengah2.
3. hiaskan mengikut kegemaran masing2
4. sedia untuk dihidang

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG