Hari Ahad haritu ita dan keluarga berkesempatan ke Ueno, Tokyo. Ini pun atas ajakan Adnin sebab dia dan keluarganya jalan-jalan ke sana. Disini banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati. Ada pasar yang menjual pelbagai barang, zoo, park yang besar dan beberapa tempat menarik lagi. Sewaktu tunggu bas ita sempat ambil gambar Fujisan (gunung fuji). Gunung ni boleh nampak dari kawasan rumah ita ni..
Untuk ke Ueno dengan menaiki keretapi dari Yokohama kami perlu mengambil train tokodai line dan turun di shimbashi station. Dari situ kami perlu tukar yamanote line dan terus ke Ueno station.
Dari Ueno station kami hanya perlu berjalan dalam 5-10 minit untuk sampai ke pasar ueno. Disini banyak barang2 kering dari Asia. Jadi mudah kalau nak beli barang- barang kering asia disini. Barang-barang basah seperti ikan, udang dan sotong pun banyak kat sini. Besar-besar dan murah. Selain tu ada kedai kebab yang halal juga disini. Di pasar ni banyak juga kedai-kedai yang menjual barang2 sukan seperti baju-baju sukan berjenama adidas, puma dan pelbagai jenama lain lagi dijual dengan harga yang murah selain kedai untuk sukan golf.
setelah itu kami pergi ke Ueno park. Disini terdapat beberapa tempat menarik yang berdekatan.
Labels: tempat dilawati
Best nye berjalan jalan... lagi best dpt pegi kedai asia tue... kite sini nk pegi kedai asia kena pegi helsinki baru jumpa :D
seronok amik gambo fuji time fuyu nih...clear je walau duk jauh...kat ueno tu tang brg asia mmg best...kiteorg pernah angkut kangkung ngan kerang sblm nih...hehehehe...nak mkn nyer pasal...
to kak fiza.. ye kak sotong kurita tu..
to ijan.. tula seronok tengok macam2 ada kat situ
to aishah.. tu la aisha. ita cari juga kangkung tapi tak nampak plak
to kak watie.. thanks kak ita sihat
to kak alimaz.. mestila malaysia lebih best semua ada.. thanks ye salam kenal