20 January 2010

Pai ayam keju


Ini yang bahaya jalan-jalan dapur orang ni. Nampak makanan itu dan ini dah nak buat. Tambah sekarang ni tengah winter so perut asyik lapar je minta diisi. Ita buat pai ayam keju ni sebab nampak kat rumah Emi. Tapi ita tak buat kulitnya macam dalam resepi emi. ita guna kulit prata je sebab M plak nak menguli. dibawah ita lampirkan resepi asal mana tahu lain kali nak buat senang tak yah cari2 lagi. bolehkan emi akak c&p ya..

Bahan kulit
75gm marjerin
150gm tepung gandum

1/4 sk garam
1/2sb air

Bahan inti
2sb marjerin
2biji kentang-potong dadu
200gm daging ayam-potong kecil2
1/4labu bawang besar-dipotong dadu
250ml susu-kurangkan jika perlu
50gm keju parut-kurangkan jika perlu
1sb tepung gandum
1sb serbuk lada hitam
garam dan gula secukupnya

Bahan sapuan
kuning telur

Cara-cara

  • Lapisan kulit: Kacau rata bahan2 kulit. Leperkan di acuan pai yg disapu marjerin dan cucuk2 dgn garfu.
  • Bakar selama 15minit 170drjah sehingga setengah masak.
  • Inti: Panaskan marjerin dan tumis bawang hingga naik aroma.
  • Masukkan ayam dan juga kentang. Tuangkan susu dan kacau hingga masak.
  • Kemuadian masukkan keju parut, bancuhan tepung, serbuk lada hitam dan perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata.
  • Tuang atas lapisan kulit tadi dan tutup dengan baki lapisan kulit tadi.
  • Sapukan dgn bahan sapuan.
  • Bakar selama 30 minit dgn suhu ketuhar 170 drjah atau hingga keperangan.
  • p/s: jgn leperkan kulit hingga nipis utk elakkan dari kulit mudah hancur.
  • Slmt mencuba.



2 Comments:

  1. blogresipi.com said...
    Salam Kak Ita,
    akak balik malaysia ek... lama tak sempat jalan2 umah akak ni... terlepas entri kawin adik akak tue... selamat pengantin baru baut kedua mempelai..samacantik sama padan dua dua orang :)
    Juwita Jamaludin said...
    to ijan thanks ye.. sempat balik sekejap je ijan..

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG