Lama sangat rasa tak update blog ni.. bukan tak masak macam2 masak tapi mood nak update tu tak sampai.. agaknya dah sejuk sekarang ni mood nak ambil gambar pun dah merudum.. hihihhih.. saja nak share kek yang ita buat last week.. baru hari ni nak post resepi nya.... bukan apa takut lupa nanti nak buat rujukan nanti senang.. sebab cadang hari ni nak try kek coklat resepi lain plak.. hihihi.. resepi ni dari blog kak hana..
Bahan-bahan
Semalam berfikir- fikir apa nak masak untuk breakfast. Tengok kat myr ada conney dog ni. sedap juga lama tak makan. jadi terus buat roti dan pagi ni buat la conney dog ni.. sedapnya hilang rindu nak makan kat A&W. Thanks kak fida atas resepi ni. Minta Copy disini ye.
Saja ambil gambar Fathnin dah Fateh yang sibuk buat kerja masing-masing. Ini la rutin harian ita melayan dua permata hati ni. Moga anak-anak ita akan membesar dengan sihat dan bijak . Amin..
Labels: family
Kuih ketayap kuih yang ita suka beli kalau pergi gerai jual kuih diMalaysia. Sedap dan mudah. resepi asal dari kak an tapi ita c & p dari blog kak hana
Bahan-bahan
Labels: kuih
Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Fathnin, selamat hari jadi.. Moga jadi anak yang solehah, bijak, mendengar kata mama papa, mengikut suruhan agama, panjang umur murah rezeki dan bergembira selalu. Mama dan papa amat menyayangi mu sayang.. hari jadi fathnin hari ni tapi disebabkan semalam ramai yang ada disini sempena kawan kami yang ingin pulang terus ke Malaysia jadi ita buat sambutan birthday Fathnin semalam.
Seronok rasa dan yang paling seronok Fathnin sebab dapat potong kek. Kek fathnin kali ini adalah hasil kreativiti papa yang hias. Mama sekadar touchup sikit-sikit je. Yang lain papa yang buat. Boleh tahan papa ni bila bermain dengan icing kek. Disebabkan kartun kegemaran fathnin adalah Winnie the pooh jadi papa lukiskan pooh atas kek tu. Thanks papa buat kek yang cantik untuk fathnin. Resepi kek ni leh tengok kat sini
Baru brkesempatan nak upload cerita ke Asakusa pada hari raya yang lepas. Sekarang dah masuk autumn siang agak pendek jadi terkejar-kejar rasa nak buat suatu tambahan ada beberapa urusan yang berlaku minggu ni. Insya Allah jika semua selesai nanti akan aktif berblog macam biasa. Harap-harap ada la masa tu.. rindu rasa dengan blog dan kawan-kawan.
Lepas raya di Embassy minggu lepas kami sempat ke Asakusa. Disini tempat pelancongan yang terkenal juga. Kalau nak beli souvenior baik datang sini. Macam-macam ada. Hanya sediakan duitnya sahaja.
Labels: tempat dilawati
Labels: Aktiviti, tempat dilawati
Salam.. kawan-kawan ramai yang dah berbalang kuih raya.. ita ada juga buat tapi dah nak habis pun ada.. hihiii.. macam kena buat lagi je.. So hari ni nak share menu yang lama KIV ..sedap nasi ayam ni.. suka sangat.. nak buat pun senang.. resepi amik dari blog mama ijan.. hihhi..
Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
* Minyak masak untuk menggoreng.
1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal.
* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup.
1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.
* 2 keping tahu – potong dadu
* 1 paket tempe – potong nipis
* Sedikit tepung beras.
* Minyak masak untuk menggoreng.
1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
2. Goreng hingga garing.
Untuk Nasi-yg nie resipi ijan juga. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.
* 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
* 3 ulas bawang putih
* satu btg kayu manis
* dua biji buah pelaga
* satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
* sedikit butter
* garam
* separuh kiub pati ayam/daging
* 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.
Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.
salam semua.. harini nak kutip kad raya dari kawan2.. banyak sungguh kad yang tak dikutip.. harap dah kutip semua.. huhuhu.. kalau ada yang tak terkutip tu minta maaf ye.. insyaAllah teringat nanti ita datang kutip lagi.. Terima kasih kawan-kawan diatas ingatan pada ita...











Labels: tag and award