19 October 2009

Moist chocolate cake



Lama sangat rasa tak update blog ni.. bukan tak masak macam2 masak tapi mood nak update tu tak sampai.. agaknya dah sejuk sekarang ni mood nak ambil gambar pun dah merudum.. hihihhih.. saja nak share kek yang ita buat last week.. baru hari ni nak post resepi nya.... bukan apa takut lupa nanti nak buat rujukan nanti senang.. sebab cadang hari ni nak try kek coklat resepi lain plak.. hihihi.. resepi ni dari blog kak hana..


Bahan-bahan

  • 2 Cawan tepung gandum
  • 2 Cawan gula halus
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bircabonat soda
  • 1 Biji mentega (250gm)
  • 4 biji telur
  • 2 Cawan susu coklat (dlm kotak atau botol)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bircabonat soda, ayak tinggi.
  2. Pukul mentega dengan gula halus.pukul sampai kembang kemudian masukkan telur satu persatu hingga sebati.
  3. Masukkan pula susu coklat.pukul sehingga sebati.
  4. Bubuh esen vanilla.
  5. Masukkan tepung, kacau adunan sehingga sebati.
  6. Masukkan aduanan kek ke dalam loyang yang telah dilapisi kertas minyak yang disapu mentega.
  7. Bakar 180ºc selama 45 minit, jgn terlalu lama..nanti tak lembab.


4 Comments:

  1. Watierman said...
    hmmm yummy... Ita sihat ker???
    indahhouse said...
    Salam kak juwita,

    nice recipy. mitak izin nak copy resipi kek ni.
    nak try wat nati2..kek coklat, faveret saya.

    p/s: kak watierman da sampai sini...:)
    LOVE said...
    Memang terliur Love tgk kek tuh Ita!!! Nakkkk! dah bawak bekal dah nih! nak tapau! ;)
    fiziskandarz said...
    huwaaaaaaaaaaa bestnyer cake!!! ni dah kenyang pun terus rasa lapa balek huhu

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG