03 October 2009

Conney Dog


Semalam berfikir- fikir apa nak masak untuk breakfast. Tengok kat myr ada conney dog ni. sedap juga lama tak makan. jadi terus buat roti dan pagi ni buat la conney dog ni.. sedapnya hilang rindu nak makan kat A&W. Thanks kak fida atas resepi ni. Minta Copy disini ye.

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 400 gm daging kisar
  • 3 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sdk serbuk lada (chilli powder)
  • 3/4 sdk lada hitam - kisar halus
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
  • 10-12 biji sosej / frankfurter

Cara-cara

  1. SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
  3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  4. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
  5. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

3 Comments:

  1. blogresipi said...
    Kalau pakej ngan root beer float tue aduhai bestnye kak Ita.. hehehe... kite dah makin sihat kak.. baby pon dah sebulan dah umurnye... 12 hari lg 'merdeka' la kite.hehe
    Suzi said...
    salam ita,
    lama akak tak jln2 jengok kwn2...kalau pergi pun sekadar baca tak tinggal jejak...
    budak2 tengah cuti ni takleh lelama kat dpn pc...hihihi
    sedapnya coney dog tu...betul lah ijan, kalau pakej dgn root beer float lg terangkat...
    Juwita Jamaludin said...
    to ijan tak sabo2 nak merdeka.. hihihhi.. jaga baby bebaik

    to kak suzi.. tula tak buat pun float kalau makan dengan float best gakkan..

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG