29 June 2010

Blueberry Panna Cotta


Asyik pandang kuih je yek bila datang sini.. so hari ni tukar plak kita tengok blueberry panna cotta ini pun atas permintaan fathnin yang terliur tengok rancangan tv jepun ni tunjuk panna cotta... so apa lagi pergi jalan-jalan rumah kawan yang ada buat panna cotta ni.. senang plak tu nak buat dan yummy.. tapi macam biasa bila kuih manis2 ni kurang dapat sambutan en hubby tapi tak pe la.. anak2 suka.. resepi ambil dari rumah emi..

Bahan-bahan
7g gelatin + 3 sudu besar air panas
2 ½ cawan susu segar
1/4 cawan gula
1 sk esen vanila
Buah2an pilihan -

Cara-cara

  1. Campurkan gelatin dan air panas.Satukan hingga sebati tanpa ketul2.Kemudian ketepikan.
  2. Masukkan susu dan juga gula ke dalam periuk. Buka api kecil dan masak hingga mendidih.
    Alihkan dari api. Tuang campuran gelatin dan kacau sebati.
  3. Tuang ke dalam gelas atau mangkuk puding. Sejukkan lam peti sejuk. Pastikan sedikit lembut baru tuang puree.
  4. Kisar buah2an pilihan menjadi puree dengan ditambah dengan sedikit gula.
  5. Sajikan dengan menuang puree tersebut di atas puding dan sedikit potongan buah2an tadi.
  6. Siap dihidang.
nota.. untuk ita ita guna blueberry sos.. sedap sangat .. rasa nak makan lagi plak..

4 Comments:

  1. ijayuji said...
    Salam kak ita! akak guna blueberry ferash ke kak? aduhhh sedap betulll blueberry! gigi tgh sakit2 ni pun ada hati lg nak berimagine makan yg sedap2 hihihi...
    ieda said...
    salam dikkkk wow .. menariknyaaaa :))
    Juwita Jamaludin said...
    to ika.. hihi mana freshnya akak pakai yang fozen jje.. sebanarnya beli nak buat benda lain... tapi panna cotta plak yang jadi

    to kak ieda.. try la kak sedap
    fiziskandarz said...
    sedapppnyerrr. kita yg baru makan ni pun lapar balik :P

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG