13 June 2010

Hari senaman Fathnin di Tadika

salam semua..
semakin teruk pengurusan masa sekarang.. langsung tak pandai nak curi masa untuk masukkan entry tambahan dengan mood rajin yang kian menyerang :).. Acara masak-masak macam biasa berjalan tapi jarang dah masak menu yang baru dan pelik-pelik jadi entry masak2 ni dah semakin luntur plak nak dimasukkan.. tunggu la jika ada menu yang best2 nanti ita akan masukkan ye.. sekarang ni nak jalan rumah kawan2 di alam maya ni pun dah jarang.. kadang ada juga pergi sebab nak merasa terliur dengan masakan kawan dan menaikkan semangat sendiri untuk masak yang best2.. hihihihi tapi tu la datang sekadar skodeng dari tingkap je tak bagi salam pun.. maaf sangat.. InsyaAllah nanti ita datang dan bagi salam balik ye.. :). jangan kecik hati tau..

Lately ni banyak juga urusan Fathnin di Youchien (tadika) so kadang ada juga ambil gambar untuk tatapan di Malaysia nanti.. fathnin seronok sangat pergi sekolah sampai kadang tanya mama kenapa sekolah sekejap sangat kenapa tak sampai malam... :P. sedangkan tadika disini dari pukul 9 pagi hingga 2 petang lebih lama dari tadika di malaysia rasanya.. tapi memang tabik spring pada sensei tadika di jepun ni amat baik dan aktiviti di sekolah yang banyak membuatkan kanak2 suka sangat ke sekolah .. tak tension sebab tak belajar sangat hanya banyak untuk perkembangan jasmani dengan aktiviti kreativiti yang menarik. selalu juga fathnin bawa hasil kerja di youchien dan ibu bapa digalakkan untuk meyertai kebanyakkan aktiviti anak2.

Ini adalah aktiviti hari senaman sekolah Fathnin. ibu bapa dijemput untuk memberi semangat dan melihat bagaimana anak2 mereka bersenam setiap minggu. Jadi mama ambil peluang untuk merakamkannya.. hari sebelumnya ada juga latihan kebakaran dilakukan dan ibu atau bapa dikehendaki untuk meyertai sama... Patut la youchien disini digalakkan kepada ibu bapa yang salah seorangnya tidak berkerja disebabkan perlu selalu ke sekolah untuk menjayakan aktiviti anak-anak.. tapi hari kebakaran tu lupa plak bawa kamera tambahan fateh yang mood kurang baik waktu tu..






Disamping itu seronok juga sejak fathnin sekolah ni dapat ramai juga kawan-kawan jepun.. yang paling baik dengan ita iaitu Yuka. Sebab dia boleh berbahasa Inggeris.. seronok juga dia sebab ramai yang puji dia bagus sebab boleh berbahasa inggeris sebab rata-rata mak kawan2 fathnin ni tak boleh berbahasa inggeris.. so kalau ada program apa2 di sekolah jika jumpa Yuka best sangat sebab at least ada la banyak benda boleh sembang berbanding jumpa mak2 jepun ni je.. dia orang baik hanya bila nak berkomunikasi tu tak lancar sangat la sebab ita tak boleh berbahasa jepun dengan lancar..


ini la Yuka cantik orangnya selain baik hati suka translate aktiviti sekolah fathnin untuk ita..


ini mak2 kawan fathnin yang lain .. masa ni ada aktiviti lunch sama2 di restoran.

5 Comments:

  1. ieda said...
    waaa bestnya dik .. heheh kesian kan kalau x leh berbahasa inggeris nieh sakit sikit lah .. sibb baik ada kawan yg boleh bercakap inggeris nieh kalau tidak mati kutu lah ita heheheh
    kew_chop said...
    saya pun sama kak ita tak pandai langsung urus masa. bestnya tadika fathnin tu. maira ni dok dlm waiting list agi.. huhu..
    Idayu said...
    mmg seronok bdk2 nih pgi skool kn.. fathnin dh bole nihonggo blom?
    Juwita Jamaludin said...
    to kak ieda.. tula nak cakap bahasa jepun tu sikit2 leh la nak guna bahasa pasar jepn lagi ita tak pandai.. hihihi

    to murni ye ke.. dia tak panggil2 lagi ye.. tak pe kalau tak tahun ni tahun depan leh sekolah maira tu

    to kak ayu.. sikit2 leh la nihongonya tapi fathnin ni dia tak banyak ckp dengan kawan tu yang belum banyak vocabnya..
    aitotyati said...
    chumel chumel chumel!!!

    aktiviti yg sangat menyeronokkan.

    nak jadi kanak2 lagi lah.

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG