Hari ni nak share kuih yang dibuat semalam untuk berbuka puasa. Suami ita kalau nak makan kuih kena buat yang pedas-pedas sikit, kuih yang manis-manis kurang dapat sambutan dia.. jadi pening kepala nak buat kuih apa, ita jalan-jalan rumah kak ummi kuantan. kak ummi ni rajin masak kagum ita ada je menu baru yang dimasaknya. jalan-jalan jumpa resepi ni. ita letak sini ye kak resepi nya.. thanks.. Alhamdulilah sedap kuih ni walaupun nak buat tu kena melalui beberapa step tapi bila makan puashati. Ini untuk rujukan ita akan datang.
Bahan Untuk Inti:-
300 gm daging cincang
2 biji kentang (dipotong dadu)
1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
- 1 1/2 sudu rempah kari ayam ( ini ita tambah sendiri )
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
5 biji cili padi (hiris halus) - ita tak letak
sedikit daun bawang (dihiris halus)- tak letak
Bahan Untuk Kulit:-untuk 6 ketul
Cara Memasak Inti:-Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.
Masukkan kentang dan carrot.
Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.
Cara Menyediakan Kulit:-
Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
Masak dengan api perlahan.
Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap.
Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
anyways ita + bakap, we would like to give u the Creative Blog Award. feel free to drop by at our blog to collect it ok.
to nur.. sedap nur tapi tu la nak buat tu kena ada kerajinan sebakul baru jadi.. itu akak la..
salam kak wati.. ita sihat hanya nak berblog je yang tak sihat.. hihihi try kak sedap
to fizi .. lapar ye.. ita tgk pun lapar gak tapi nak buat tu yang bercinta sikit.... anyway tahnsk for the award