Salam semua. Rindunya pada blog dan kawan-kawan. Maaf beberapa hari yang sibuk tak sempat nak balas segala komen dan memasukkan entry. Bila jalan-jalan ni memang banyak la kerjanya selepas balik tu dan badan pun lenguh-lenguh.. Jadinya tak sempat nak tengok-tengok blog sangat. Hanya sempat masukkan gambar di FB je sambil-sambil buat kerja.
Alhamdulillah perjalanan kami ke Izu dipermudahkan oleh Allah dapat camping dengan kawan-kawan disini dengan jayanya. Kami dah rancang untuk camping ni beberapa minggu lepas jadinya dah bincang semua perkara sebelum bertolak sebagai persiapan di tempat camping ni. Ita pergi dengan family Nik, Aliza, Maz, dan Aisha. Di izu secara khususnya dan shizuoka secara amnya banyak tenpat-tempat menarik tapi disebabkan kami memang nak camping dan kami sempat jalan untuk hari kedua je jadinya kami pergi tempat yang sesuai buat kanak-kanak dan dewasa. Kalau nak jalan satu izu ni katanya mahu 3-4 hari baru puas dan poket kena la banyak yen nya..:)

























Labels: Aktiviti, tempat dilawati

Salam semua. Tuan rumah amat sibuk 2-3,4 hari ni sebab buat preparation untuk camping ke Izu , Shizuoka dengan kawan-kawan disini. Jadinya semalam keluar beli barang-barang sekejap dan hari ini sibuk packing barang mana yang patut untuk bawa sambil melayan karenah anak-anak ini. jadinya nak online pun tak sempat. Semua komen-komen yang ditulis di blog ini dibaca dengan teliti dan perasaan yang sangat happy tapi tak sempat nak balas lagi di blog tapi dah pergi terjah blog kawan-kawan semalam selepas balik dari beli barang.
Untuk pergi camping ni dah beberapa minggu juga kami rancang nak pergi dan ita tidak pergi sekeluarga je tapi kami pergi 5 keluarga dan 5 buah kereta. Aisha dari Osaka pun turut sekali pergi.InsyaAllah.. Harap semua tujuan dan harapan kami akan tertunai dan dipermudahkan urusan oleh Allah. Doakan perjalanan pergi dan pulang kami selamat ye...:)
Okla tak boleh nak berceloteh panjang banyak lagi barang nak kemas tu.. pagi-pagi lepas subuh nak pergi so malam ni kena tidur awal. Resepi roti mayonis ni banyak tengok dirumah kawan-kawan tempohari hanya tak sempat nak meroti je hari tu. Ita buat versi roti sosej dengan menggunakan doh roti mayonis ni. Cuba doh ni pun untuk bawa esok buat kunyah-kunyah dalam kereta sewaktu perjalanan esok. Ambil gambar pun terkejar-kejar jadi tak de la prop apa2 pun..:)
Resepi roti ni ita ambil di rumah mas.. Resepi asal dari kak yani. Thanks ye kak yani dan mas.. Ita kongsi disini pula ye..:)
Labels: roti

Salam semua. Entry harini adalah entry yang tertunggak, bagi ita hanya meluahkan apa yang dirasa di lubuk hati tidak sekali riak dengan apa yang ada. Hari ini ita nak ucapkan terima kasih pada suami ita yang telah menghadiahkan kamera baru untuk ita.Walaupun dah lebih 3 minggu ++ suami ita hadiahkan.. rasa happy sangat sebab sekarang sedang belajar-belajar mengendalikannya. Terima kasih banyak-banyak. Memang suami ita ni tahu isteri dia ni suka jalan-jalan dan ambil gambar dan dengan menghadiahkan kamera ni rasa happy sangat. Kata laling ita tu hadiah ni sempena homeschool Fathnin dan jaga anak di rumah. Sambil ajar anak-anak untuk naikkan semangat anak-anak ambil gambar mereka...:) sebab anak-anak ita suka bergambar.


Salam semua. Semalam ita rasa mengantuk sangat waktu tengah hari tu. Selalunya tengahari untuk hilangkan mengantuk ita akan main masak-masak di dapur sama ada cuba resepi baru atau masak untuk dinner. Tapi semalam suami kata dia tak makan balik malam nanti jadinya tak perlu la masak sebab untuk kami dirumah makanan masih ada. Cadangnya nak rehat je tapi asyik nak tertutup je mata ni mengantuk. Jadi segarkan badan dan bangun untuk main masak-masak juga di dapur.
Tanya fathnin nak makan apa. Dia kata nak cookies. Jadinya ita selak-selak resepi terbekenan la pula dengan resepi dari rumah kak Azlita ni. Nampak comel je dan cookies yang ada oat ni memang anak-anak ita berkenan. Jadinya ita cuba buat dengan fathnin sebab suruh dia tidur dia tak nak tidur, fateh dah tidur waktu ni. Dia bab tolong di dapur ni memang suka. Fathnin gaul bahan-bahan kering sambil ita pukul mentega bagi gebu.
Untuk resepi ni ita cuba 1/2 adunan je. Sedap tau cookies ni. Cuba jangan tak cuba sebab amat dicadangkan. Tak rugi cuba tau. Boleh dijadikan koleksi bagi mereka yang mencari biskut untuk dibuat juadah hari raya nanti.
Okla untuk resepi ini ita ambil dirumah kak Azlita dan resepi ni dari rumah izah dan resepi sumber dari koleksi resepi oats mak lang Azie. Terima kasih semua. Ita share disini ye.
Oat Crips Cookies
Bahan-bahan
130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko
½ sk serbuk penaik
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis- ita tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
badam nips- ita tukar pecan
Cara-cara
Labels: biskut
Salam semua. Sekarang ni musim panas di jepun ni. Panasnya membahang dan kadang tak tertahan siap ambil air letak atas kepala lagi. Alhamdulillah bila ada angin bertiup rasa kurang sikit panasnya. Semua tingkap kat rumah ita buka bagi udara beredar dan angin masuk melalui tingkap. Rumah baru ita tak pasang aircond sebab rasa nak duduk sini sekejap je lagi pun summer dijepun ni dalam 4 bulan je setahun lain tu semua musim yang sejuk. InsyaAllah moga mampu bertahan.

Labels: Aktiviti, tempat dilawati

Salam semua. Dah abis baca tentang diri ita tu.. hihihii.. habis semua rahsia terbongkar ye. Tengah malam-malam menulis macam-macam yang terkeluar ceritany. Ok la semalam buat panna cota untuk berbuka puasa suami. Buat pun dah lambat macam cerita kak azlita ia memang lambat sejuk tapi takut tak sempat suami nak makan ita letak dibahagian chilled didalam peti sejuk cepat sejuknya. Alhamdulillah memenuhi citarasa kami sekeluarga. Ita suka panna cota ni lembut dan nak makan pun sedap sebab ada buahan yang di blender diletakkan diatasnya.
Untuk resepi ini ita buat 2 bancuhan. Sebab panna cota memang tak rugi cuba. lagi pun nenas ni ada banyak takut nanti fathnin makan berebut-rebut plak. Jadinya biar puas kami makan sekeluarga.
Resepi ni dari rumah kak Azlita. Tengok panna cota kak ita terus terliur nak buat. Resepi asal dari gert tapi sumber dari kak nor. Katanya resepi ni adalah resepi dari mango panna cota. Terima kasih semua yang menyumbang kepada resepi ini. Ita share disini pula yek.
Pineapple Panna Cota
Bahan-bahan
7 gm gelatin
3 camca besar air
2 1/2 cwn susu segar
1/4 cawan gula halus
1 camca teh esen nenas
sedikit nenas dalam tin di potong dadu dan separuh darinya di blender halus.
Cara-cara
Labels: puding