13 June 2010

salam semua..
semakin teruk pengurusan masa sekarang.. langsung tak pandai nak curi masa untuk masukkan entry tambahan dengan mood rajin yang kian menyerang :).. Acara masak-masak macam biasa berjalan tapi jarang dah masak menu yang baru dan pelik-pelik jadi entry masak2 ni dah semakin luntur plak nak dimasukkan.. tunggu la jika ada menu yang best2 nanti ita akan masukkan ye.. sekarang ni nak jalan rumah kawan2 di alam maya ni pun dah jarang.. kadang ada juga pergi sebab nak merasa terliur dengan masakan kawan dan menaikkan semangat sendiri untuk masak yang best2.. hihihihi tapi tu la datang sekadar skodeng dari tingkap je tak bagi salam pun.. maaf sangat.. InsyaAllah nanti ita datang dan bagi salam balik ye.. :). jangan kecik hati tau..

Lately ni banyak juga urusan Fathnin di Youchien (tadika) so kadang ada juga ambil gambar untuk tatapan di Malaysia nanti.. fathnin seronok sangat pergi sekolah sampai kadang tanya mama kenapa sekolah sekejap sangat kenapa tak sampai malam... :P. sedangkan tadika disini dari pukul 9 pagi hingga 2 petang lebih lama dari tadika di malaysia rasanya.. tapi memang tabik spring pada sensei tadika di jepun ni amat baik dan aktiviti di sekolah yang banyak membuatkan kanak2 suka sangat ke sekolah .. tak tension sebab tak belajar sangat hanya banyak untuk perkembangan jasmani dengan aktiviti kreativiti yang menarik. selalu juga fathnin bawa hasil kerja di youchien dan ibu bapa digalakkan untuk meyertai kebanyakkan aktiviti anak2.

Ini adalah aktiviti hari senaman sekolah Fathnin. ibu bapa dijemput untuk memberi semangat dan melihat bagaimana anak2 mereka bersenam setiap minggu. Jadi mama ambil peluang untuk merakamkannya.. hari sebelumnya ada juga latihan kebakaran dilakukan dan ibu atau bapa dikehendaki untuk meyertai sama... Patut la youchien disini digalakkan kepada ibu bapa yang salah seorangnya tidak berkerja disebabkan perlu selalu ke sekolah untuk menjayakan aktiviti anak-anak.. tapi hari kebakaran tu lupa plak bawa kamera tambahan fateh yang mood kurang baik waktu tu..






Disamping itu seronok juga sejak fathnin sekolah ni dapat ramai juga kawan-kawan jepun.. yang paling baik dengan ita iaitu Yuka. Sebab dia boleh berbahasa Inggeris.. seronok juga dia sebab ramai yang puji dia bagus sebab boleh berbahasa inggeris sebab rata-rata mak kawan2 fathnin ni tak boleh berbahasa inggeris.. so kalau ada program apa2 di sekolah jika jumpa Yuka best sangat sebab at least ada la banyak benda boleh sembang berbanding jumpa mak2 jepun ni je.. dia orang baik hanya bila nak berkomunikasi tu tak lancar sangat la sebab ita tak boleh berbahasa jepun dengan lancar..


ini la Yuka cantik orangnya selain baik hati suka translate aktiviti sekolah fathnin untuk ita..


ini mak2 kawan fathnin yang lain .. masa ni ada aktiviti lunch sama2 di restoran.

03 June 2010

Oreo cheese cake

Untuk birthday Fateh ita buat oreo cheesecake.. sedap sangat bagi ita.. Tak muak dan memenuhi citarasa.. tapi ita guna loyang 22cm sepatutnya 18 cm je so dapat pendek plak kek tu terpaksa la ita modified dengan topup chocolate mousse atas dia.. resepi ni ita hanya letakkan resepi oreo cheesecake sahaja.. so resepi ni dari rumah kak ummi kuantan .. resepi asal dari Joyce..thanks ye kak.. ita letak sini ye resepi ni untuk rujukan masa akan datang..

Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream- ita ganti dengan whipping cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.


Oreo cheesecake.. abaikan hiasan kek yang buruk tu.. mama dah penat memasak itu ini.. dah tak de idea nak mendeko..


Fateh dah lebih seminggu masuk 2 tahun. baru mama sempat nak masukkan entry untuk birthday Fateh.. kesian anak mama.. Sambutan hari jadi fateh buat simple2 je minggu lepas tumpang masa buat majlis Yassin kat rumah Adnin.. tapi ita masak makanan utama tu.. sebab saja nak bagi makan ahli yassin sempena majlis malam tu.. kek birthday fateh pun mama buat Oreo Cheese cake then topup atas dia dengan chocolate mousse.. Oreo adalah biskut kegemaran fateh... perkembangan fateh terbaru, setakat ini Fateh belum boleh bercakap dengan banyak lagi.. hanya dia dah mula kenal huruf ABC.. ganbatte ne Fateh kun..mama tahu anak mama bijak dan boleh bercakap dengan baik nanti. mama sentiasa doakan semoga Fateh menjadi anak yang soleh, bijak, mendengar kata mama dan papa, menjadi muslim yang sejati, murah rezeki dan berjaya didunia dan akhirat. Thanks kepada Adnin, aliza, aisya, mariam dan Maz yang memberikan hadiah kepada fateh.. moga kalian juga dimurahkan rezeki.




susah sebenarnya nak ambil gambar fateh ni.. taknak langsung tengok kamera tengok waktu tertentu jika mood baik itu pun susah sangat.. ni gambar yang agak baru ..

01 June 2010

Air terjun Shiraito



Untuk melengkapkan perjalanan, kami sempat ke air terjun shiraito. Melihat permandangan air terjun ini amat cantik sekali, tambahan air yang keluar dari celah-celah bukit. Ramai juga pengunjung yang datang.. untuk kesini tidak dikenakan bayaran tetapi untuk parking kereta boleh la pilih tempat parking kereta yang bersesuaian untuk mendapatkan harga yang mahal atau murah. Kebiasaan bayaran bagi parking kereta ni dari 300- 500 yen. rasa juga air yang mengalir di air terjun ni amat sejuk. Kalau mandi mahu mengigil..






31 May 2010

Gua Ais dan Larva Narusawa

Dikawasan berhampiran gunung Fuji ni ada banyak kawasan menarik salah satunya adalah gua ais dan larva di Narusawa. Didalam gua ni agak sejuk lebih kurang 0- 3 darjah celcius. sempat juga kami ke tempempat ni walaupun sebenarnya dah hampir nak tutup. Disebabkan baby yak boleh bawa jadi kumpulan yang pergi ni dibahagi 2 untuk gilir2 jaga anak-anak yang kecil.. yang kecil pun hanya zameer dan Fateh je.. kanak2 lebih 3 tahun dah boleh masuk dah.. bukan tak boleh masuk tak digalakkan disebabkan permukaan tanah yang licin dan berair disebabkan ais yang cair.. jadi takut licin dan merbahaya untuk kanak-kanak kecil.. tambahan ada kawasan yang memerlukan untuk tunduk atau merangkak...










Shibazakura di Gunung Fuji

Alhamdulilah berkesempatan juga nak pergi tengok Shibazakura ni.. walaupun pada mulanya macam tak de rezeki je.. Shibazakura ni adalah rumput yang ditanam dan hanya akan kembang setahun sekali je macam musim bunga sakura.. ia biasanya kembang bermula pada pertengahan bulan April hingga hujung bulan Mei.. jadi kami mengambil peluang untuk pergi tahun ni. perjalanan dari Yokohama ke kawasan ni hanya 2 jam sahaja dan tiket untuk masuk ke kawasan ini adalah 500 yen bagi seorang dewasa dan 500 yen untuk parking kereta.

Hanya tahun ni bunga ni kembang kurang cantik sikit ( dilihat dari pemerhatian dan dalam website pun ada tulis). Tambahan waktu kami pergi tu gunung Fuji tu malu2 plak nak menunjukkan diri.. sedangkan sepanjang perjalanan cantik je permandangannya.




Shibazakura ni ada pelbagai warna pink, putih, ungu muda pun ada.. jadi bila ia berselang seli tu nampak cantik sangat.. tambahan ada tasik yang ditengah-tengah taman ni.


Brochure shibazakura

ini la bunga yang warna ungu muda







warna putih

11 May 2010

2 minggu lepas kami ke Harajuku dan Imperial palace.. pergi dengan keluarga Adnin je yang lain tak ikut sebab kurang sihat.. ini pun family adnin yang plan kami ikut je sebab dia orang tahu banyak tempat menarik kat jepun ni.. seronok bila dapat jalan-jalan.. hanya sekarang ni cuaca dah mula panas dan badan pun mula letih bila berjalan banyak sebab kurang air.. baru jalan sikit dah nak minum.. sampai berbotol2 air dibeli.. sebab yang bawa pun habis..



Tempat pertama disebelah station Harajuku adalah Meiji Jingu Shrine... dibina pada zaman Meiji.. memang bila jalan2 di kawasan ni suasana pokoknya macam berada pada zaman meiji .. hanya tak naik kuda je.. hihihi.. jauh juga berjalan baru sampai ke shrine tu.. kat situ banyak la aktiviti bagi orang jepun yang melawat seperti bayar nazar, sembahyang, upacara perkahwinan.. bagi kita sekadar melihat-lihat je untuk tujuan melancong.. ramai juga pelancong asing yg datang...











kemudian kami melalai lorong yg mana semua deretan kedai2 bejenama terkenal... bagi yang mencari barang2 berjenama boleh la ke sini... sudah penat berjalan kami ke Imperial palace.. taman ni sangat besar.. disebabkan penat sangat jalan tak cover semua pun.. so layan la gambar2 di 2 kawasan ni..





07 May 2010


kaum wanita dan anak2 yang menyertai

Alhamdulilah dah beransur sihat anak2 dan mamanya sekali.. dah lebih seminggu kami dilanda sakit tekak, demam sedikit, batuk dan selsema.. mana taknya hujan dan panas yan tak menentu dalam 2 minggu ni membuatkan ramai yang tak sihat... Jadi sempena cuti golden week tempohari kami tak kemana2 sangat pun hanya menghadiri BBQ di tepi sungai yang dibuat oleh warga Yokohama ni..



tengah sibuk membakar

Meriah sungguh BBQ kali ni sebab ramai juga yang join tapi masih ada lagi warga yokohama yang tak join program ni.. Makanan banyak sampai tak larat-larat nak mengunyah... semua sedap-sedap belaka..



sungai yang sangat sejuk

bila dah selesai makan untuk sesi pertama dan dah solat zohor kami ramai-ramai pakat tukar baju dan nak mandi disungai.. nampak hari panas ingat airnya panas.. tapi tak sejuk sangat .. macam ais.. huhuhu baru letak kaki je dah kebas dah.. tak leh la nak mandi beria macam kat msia... ita celup kaki sekejap je.. tapi papa bagus mandi siap meyelam lagi.. katanya best air sejuk...



kami menang acara bingo tempat kedua

anyway terima kasih pada penganjur iaitu Idanuar dan aishashaheer yang bertungkus lumus survey tempat danmenjemput kami menjayakan program ni..

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG