Salam semua. Dari sehari ke sehari ingin menaip disini. Banyak yang ingin dikongsikan. Gambar pun banyak juga didalam simpanan kamera, tapi peluang amat tipis nak menaip disini jika disiang hari. Sebenarnya ita dan suami ingin mengurangkan masa anak-anak duduk didepan komputer dan laptop. Jadi bila disiplinkan anak-anak dengan mamanya pun tak boleh nak sentuh jadinya bila anak-anak dah tidur baru sempat nak menaip disini. Alhamdulillah moga anak-anak terus istiqomah dan memberikan perubahan yang positif dengan usaha ini.
Simple Homemade Cake page yang ita buka pun semakin hari Alhamdulillah ramai juga yang memberi sokongan. Seronok sangat sebenarnya bila kawan-kawan memberi sokongan. Ita terkadang risau juga bila kita memegang amanah dan duit pembeli.. Setiap kali selepas order berdebar-debar juga menunggu respon pembeli. Alhamdulillah positif... Jika ada kekurangan dan kelemahan ita akan cuba perbaiki. yang pasti kami akan buat yang terbaik moga usaha ini diberkati dan dianggap sebagai ibadah.. InsyaAllah..:)
Hari ini ingin berkongsi resepi pancake yang lembut dan gebu ini. Fathnin suka sangat dengan Pancake.Jadinya ita buat frozen untuk Fathnin bila dia nak makan je ita akan masukkan sebentar dalam microwave. Memang jadi lembut dan gebu. Suka ita dengan resepi ini tambahan ia mudah disediakan. Bagi yang ada anak-anak kecil yang suka makan pancake boleh buat cara ita. Bila nak makan hanya panaskan di microwave je.
Resepi ini dah banyak kali ita cuba tapi tak pernah kongsikan disini. Mana taknya asyik tak sempat nak bergambar je. Tapi kali ini ita buat 2 adunan kebetulan ita nak frozenkan jadinya sempat la bergambar pancake-pancake ni. Ita gunakan kuali yang bersaiz 14 cm jadi sama je la saiz pancake ni. Resepi ini berasal dari Hajar Fp tapi ita ambil dirumah kak nor.. Gebu sungguh melihat pancake dirumah kak nor..:)Ita lihat juga pancake dirumah kak Ana yang telah diberikan tips.. jadinya ita kongsikan resepinya disini pula ye.
PANCAKE
Bahan-bahan
6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 biji telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri- ita guna tepung gandum
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam
* tambah secubit soda bikarbonat jika menggunakan tepung gandum- tips kak Ana
Cara-cara
Labels: kuih muih
maklong pun selalu buat pancake..
sebab suka makan.. cuma selalu penin pikir nak cicah dengan apa..
cantiklah rupa pancake ita..
Harap2 akak sihat2 selalu. Sini pun sama lah kak, pantang balik sekolah terus capai komputer nak main. Jenuh juga nak beritahu tak boleh main game banyak sangat. hmmm :)
ayu ni selalu buat guna tepung pancake terus...dasar pemalas ekkk dush!
salam ukhuwwah..baru terjumpa blog ita...suka..k noni penah dok kat yokohama dulu(1997) ikut suami bekerja kat mitsubishi heavy industry kat sakuragicho..belakang landmark plaza..terkenang masa kat jepun..sekarang ni k noni ada kat eastern province jubail arab saudi. juga ikut suami bekerja di sini..
halus mulus je permukaan pancake Ita ni, geram dan berselera je nak makan...teringin plk nak makan pancake arini..