
Salam semua. Alhamdulillah dah masuk bulan Februari. Cepat sungguh masa beredar moga masa yang berlalu membuatkan kita makin dekat padaNYA dan melakukan kebaikan serta sentiasa memperbaiki diri.Bila cerita tentang masa ita suka dengan jadual masa ita sekarang, walaupun agak sibuk sejak ita membuka Page Simple Homemade Cake tapi bagi ita masa lebih terisi dengan sesuatu yang bermanfaat dan yang penting setiap hari ita tidak melakukan perkara yang sama. Terkadang terkejar-kejar juga, hanya sekarang untuk berblog masa ita agak terbatas. Bukan tak boleh curi masa tapi jika ita buka saja komputer mesti berebut dengan anak-anak jadinya kena la mamanya beralah. Untuk itu ita tak berkesempatan nak berblog siang-siang, hanya Fb je sempat ita tengok sekali sekala sebab senang menggunakan iphone.
Jangan berkecil hati ye kawan-kawan ita rindu sangat nak menaip dan mencuba resepi baru sambil ambil gambar dan menjenguk blog kawan-kawan yang lain tapi memang tidak berkesempatan. InsyaAllah moga ita lebih bijak menguruskan masa dan dapat berblog seperti biasa. Hari ini ita nak kongsikan resepi nugget yang ita buat untuk anak-anak. Anak-anak ita suka nugget, makan sambil tengok TV je. Biasa la musim sejuk begini perut cepat saja laparnya. Jadi biasanya ita frozenkan nugget ni dan bila diorang nak je selalunya waktu petang ita akan gorengkan. Bila dicucuk dengan mencucuk yang berbentuk-bentuk seperti didalam gambar tu berebut-rebut dioarang makan.. Alhamdulillah moga anak-anak terus sihat dan bijak, rasa satu kepuasan bila mereka makan dari hasil tangan mamanya..:)
Resepi ini adalah dari kak yani myresepi. tapi cara membuat tu ita ubah sedikit cara ita. Ita suka dengan resepi ini anak-anak pun suka. Fathnin kata macam makan nugget KFC...:) Kembang kempis sekejap hidung mamanya.. Terima kasih kak yani. bagi yang ingin membuat nugget sendiri boleh la mencuba resepi ini.
Nugget Ayam
Bahan-bahan
* 400g isi ayam
* 4 sudu besar mayonis
* 1 sudu kecil serbuk lada sulah
* 1/2 sudu kecil garam
* 100g okara/breadcrumbs
* 2 sudu besar tepung gandum
* Jika suka boleh letak 2 sudu kecil baking powder.
untuk kulitnya ita guna sebiji telur dan breadcrumb
Cara-cara
1. Masukkan isi ayam ke dalam pengisar.
2.Kisar sampai hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan lain.
3.Kalau rasa kering boleh tambah mayonis.
4. Buat bentuk yang dikehendaki, adunan ni agak lembik sedikit , jadi caranya golekkan didalam tepung atau cara ita golekkan didalam bread crumb dan bentukkan.kemudian celup dalam telur dan salut dengan breadcrumb lagi sekali.
5.Kemudian goreng dengan minyak penuh.
Labels: ayam
Cuma beza x letak mayonis guna recipe ros JMC
Adam ni mmg hantu nugget taw Kena buat frozen Selalu kt dia...hari tue Hanis terjah umah smpt Kasi dia rasa sbb dia ckp dia buat nugget jenis lain...elok akak update pun nnt blh dia try jugak (。-_-。)
nampak sedappp..nyummy!!
macam yg dibeli dah..he3
Alhamdulillah ita simply homemade dah berjaya
tahniah
mmg betul buat sendiri nugget puehati,buat banyak2 frozenkan..senang jimat,bersih lagikan...semuga akak lebih sukses..mmg betul kalau dah banyak kerja cam tak cukup ajer masakan..
I've tried your pudding recipe, nice. Sila singgah kat dapur saya :-
http://dapurmoden.blogspot.com
akak bru balik dari perarakan majlis maulidur rasul nie ... penat x habis layie ... ;)
hurmmm cuti2 tgk lauk sedap2 nie lapoor je raseee ;)