09 February 2010

Kek Pisang


salam semua.. buat kek pisang ni semalam sebab hari tu kawan ita Maz bawa datang rumah ita waktu buat majlis Yassin minggu lepas. sedap kek ni.ita minta resepi dari Maz.. ita letak kat sini ye maz.. senang nak rujuk bila diperlukan. Yang ita suka sebab kek pisang ni ada bintik2 hitam tu.. happy sangat sebab buat kek pisang menjadi bintik2 hitam tu.. selain tu kalau dibakar garing sikit sedap juga tapi jangan sampai rentung sudah la.. ita buat separuh adunan je sebab pisang ada 2 ketul je..

1 ¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung jagung
1 cawan gula
3 biji telur
4 biji pisang
1 cawan minyak
1 camca kecil soda bikarbonat
Secubit garam

Cara:
1.Pisang dilenyek hingga hancur.( ita buat tak hancur racik2 halus je)
2.Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan soda yang telah diayak ke dalam adunan.
3.Bila telah sebati, masukkan pisang, garam dan minyak, gaul hingga sebati.
4.Bakar dengan api yang kecil lebih kurang selama 1 jam.

2 Comments:

  1. Sue @ Nenie said...
    Salam Ita..
    Yang nak dapat bintik² itam tu bergantung kepada jenis pisang juga ke or mana² pisang pun boleh dapat cam tu?
    Cantik ar kaler dia
    Juwita Jamaludin said...
    em rasa nya tak kisah pisang montel ke pisang mas pun boleh rasanya

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG