24 May 2012

Elmo Macaron



Assalamualaikum.. rindunya lama tak menaip disini.. sampaikan tadi waktu buka untuk buat entry ni rasa maca pelik sangat sebab dah berubah wajah.. Nasib abaik agak mudah juga kalau tak tak terlaksanalah entry ni. .. Hampir sebulan ita tak menulis.. lama betul rasa.. memang sejak tak menulis disini rasa sangat rindu dan sunyi je bila tak dapat menaip disini..meluahkan apa yang ita gemari dan berkongsi sesuatu agar bermanfaat buat ita dan sesiapa yang inginkan perkara itu. Dalam dua tiga hari ini melonjak-lonjak keinginan nak update blog tapi tak terlaksana juga Alhamdulillah hari ini curi sekejap masa dan menaip disini..


Rutin yang agak 'pack' sebenarnya sejak ita membuka Simple Homemade Cake. Alhamdulillah rezeki dari Allah dan bersyukur dengan galakan dan sokongan yang diberikan oleh semua penempah dan rakan-rakan. Moga ia bermanfaat buat ita dan keluarga. Tapi bila difikirkan balik rasa rugi jika ita biarkan sahaja blog ni.. dari blog ini lah ita kenal banyak benda dan tahu banyak juga benda. Jadinya ita kena juga curi masa untuk update apa-apa untuk dikongsi terlalu banyak bahan yang tersimpan dan biarlah ia dijadikan kenangan disini.


Baiklah untuk hari ini ita nak kongsi resepi Elmo macaron yang ita buat. Comel sangat bagi ita macaron ni di Blog kak wan jadinya memang hati melonjak-lonjak nak cuba.Resepi asal dari cekvisionhomes. ita ambil di blog ka cek.Alhamdulillah cara yang diberikan agak mudah dan ia menjadi dengan baik.Resepi ini lebih kurang dengan resepi yang pernah ita buat sebelum ini. Hanya pengalaman ita yang tak seberapa buat macaron ni , untuk mendapat hasil yang cantik buatlah ketika hari agak panas dan kering, barulah macaron yang terhasil cantik kejadiannya. Terima kasih kak wan atas perkongsian resepi ini.

ELMO MACARON 
BAHAN-BAHAN

Swiss Meringue

  • 80g putih telur ( seeloknya putih telur yang telah disimpan didalam fridge dalam lingkungan 3 - 4 hari kemudian dikuarkan dari fridge sekurang2nya 2 jam sebelum digunakan...)
  • 65g gula kastor 
  • 80g ground almond
  • 140g icing sugar ( boleh guna 130g....)
  • 1/2tsp lemon juice
  • Pewarna serbuk @ gel color pilihan masing2

CARA-CARA PENYEDIAANNYA


Swiss Meringue Macarons

  •  Lapikkan baking tray dengan baking sheets
  •  Menggunakan round template atau duit 50 sen...lukiskan bentuk bulatan dibahagian bawah pelapik baking sheets...(bertujuan utk mendapatkan saiz bentuk macaron yang hampir sama...)...ketepikan
  • Ayak ground almond dan icing sugar ketepikan...
  • Menggunakan kaedah double boil....masukkan gula dan putih telur kedalam mangkuk tahan panas...
  • Kacau sebati putih telur dan gula sehingga suam ( anggaran 50 - 55 darjah Celcius
  • Bila campuran putih telur dan gula telah mencapai kepanasan 50 - 55 darjah Celcius....tuangkan campuran ini kedalam mangkuk pengadun....pukul dengan kelajuan sederhana laju....campurkan juga lemon juice....( jika menggunakan gel color...bolehla dimasukkan kedalam adunan....pukul/kacau sebati...sehingga soft peaks....)
  • Pukul lagi hingga adunan putih telur mula sejuk ....medium peak....berkilat dan bertanduk...( jika terbalikkan mangkuk pengadun adunan putih telur tak jatuh...)
  • Masukkan campuran ground almond & gula icing berwarna kedalam adunan putih telur....menggunakan spatula...kacau sebati adunan ini...tapi jgn over mix ...bimbang kalau ter over mix adunan akan menjadi cair...cukup kacau sebati dan adunan agak pekat ....
  • Masukkan kedalam piping bag...dan pipekan adunan keatas pelapik baking sheets yg telah dilukis bentuk2 bulatan tadi.....
  • Biarkan macaron lebihkurang 30 minit hingga 1 jam
  • Panaskan oven 150 darjah celcius....bakar dalam lingkungan 20 - 25 minit....terpulang kepada jenis oven.
  • Bila masak kuarkan dari oven..
  • Setelah sejuk bolehlah diletakkan filling kesukaan. 
  • Untuk membuat elmo. cairkan coklat putih dan paipkan untuk dijadikan mata. letakkan choc chip diatas coklat putih tadi. Untuk hidungnya warnakan coklat putih tadi dengan pewarna oren dan paipkan untuk dijadikan hidung.. sejukkan sebentar dan dah siap.

Buat juga bentuk Rillakuma yang takde telinga..:)

20 Comments:

  1. Qasey Honey said...
    asslm Ita...comeiii2nye macaron tu...jd syg pula kalau nk dimakan...hehehe
    adda syuhada said...
    aduhaiii comel-comelnya makaron ni..pestime nengok makaron comel ni..terguda tauuu...
    Liza said...
    salam ita, comelnya, geram akk tgk...
    Chik Mimi said...
    cantiknya ita akak belum ada keberaniaan nak cuba buat
    Mamasya said...
    Salam Ita.lama tak dengar berita...rupa2nya sibuk....moga terus murah rezki. alahai tomeinya makaron tu...elmo yg cute...geramnya tengok.
    pena rozie said...
    comelnyer...
    Chah said...
    Errr ni ita kan? Hehe...lama mengeram...tup2 kuar elmo cumil2... Cantik...mula la syang nk mkn...
    Shahriah Abdullah Novelis said...
    Salam wow cantik sangattttttt... cutenya... :)) terbaikk
    sabar dubai said...
    salam kak ita cayang yg kawaii...kite kan ari2 masuk blog akak kot2 ade update rindu nk bace coretan akak....rajin2 la update tau...ehhehee.. elmo macaroon tuh pergh ottosan ckp akak kreatif gilee....tabik aa
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    alahai kawaii sgt nak makan qhasa syg...bz betui akak smpi nak berblog 2 minggu sekali baru nmpk gituew...rinduuuuuu
    nnt update pics tgk bunga tue na @.@
    nur easy said...
    alolo comelnya...
    Yani said...
    kawaii... kodomo mesti suka ni..
    FnF Simple Life said...
    sgt comel elmo macaron nih Ita
    Ummi said...
    Assalam Juwita cantik jelita...amboiii lawonya elmo macs diaaa....sangat kretip laaaa..mesti bebudak lagi teruja nak makan macs kan...ntah2 org tua pun sama...hehehe... Cantiiikk...tabik spring kat Ita...muaaahhh!
    K.Nor said...
    wahh cantik!! ita mmg talented.. & tahniah dr k.nor utk ita yg kini juga dilamar jelita.. :)
    εïзmmyHazaεïз said...
    k.ita.. cantik macaroon tu especially rilakkuma xdek telinga tu hihihui
    Qawiem Khairi said...
    Wah hebat kak.
    Macam ada seorang akak di Jordan ni pun mcm tu.
    Amik cuti tanpa gaji utk temankan suami buat PhD..

    Moga Allah rahmati keluarga akak. :)
    MamaFaMi said...
    Comelnya macaroon Ita!! Kalau mama dapat macaroon ni kan... mama belek belek.. tenung tenung je.. tak makan dulu tau... nanti dah lamaaaa sket, anggar sebelum expired, baru makan. Makan pun gigit sikiiiit sikiiiiit je... tak sampai hati... ahaks...

    Moral of the story... jangan bagi mama macaroon comey comey cenggini!
    Sheery Dream Cakes said...
    Assalamualaikum ita...
    Cantiiknya macarons yg ita buat niee... Akak jer yg x pandai menjadi bila buat macarons nie.. Siap buat elmo macarons lg tu.. Cantiiik sgt.
    Anonymous said...
    akak...kawai :)

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG