27 May 2012

Nanohana Spring 2012

Assalamualaikum.. Sambil tunggu roti naik dan dibakar ita cuba masukkan satu entry.. Terima kasih buat rakan-rakan yang meninggalkan komen di blog ita ni.. Maaf ita belum sempat untuk buat kunjungan balas.. bukan sombong tau.. bagi kawan-kawan yang melawat blog ita jika sudi tinggalkan pesan jika tidak ita tak kecil hati sebab ita tahu ita tak mampu untuk membalasnya buat masa ini.. entry ini sekadar untuk ita simpan doblog sebagai kenangan dimasa depan...




Nanohana

pemandangan nya berdekatan dengan jambatan..
Ita kalau tension bila banyak kerja setakat ni senang je nak bagi otak ni atau perasaan ni happy dengan melawat ke ladang atau ke taman bunga. Musim bunga pun dah tinggal hujung-hujung je kat jepun ni. jadi sebagai mengingati kenangan diJepun ini ita kongsikan kenangan sewaktu ita ke ladang Nanohana ni.. bunga ni dalam bahasa melayu ita tak tahu tapi kalau dalam bahasa jepun dipanggi Nanohana.. Cantik bunga ni.. Ladang ni bolehlah dikatakan dekat dengan rumah ita.. dalam 20 minit macam tu .ini link nya.Ladang ni berdekatan dengan Seya..Ita tahu tentang ladang ni pun pergi ke blog ida.. thanks ida bagitahu tentang ladang ni..Ramai juga yang kesini. Waktu ita pergi tu kebetulan ada tuannya, jadi ita minta izin untuk ambil gambar.



Model mama..:P

Ramai juga orang yang datang
Saujana mata memandang sebenarnya.. itu pun waktu ita pergi belum kembang semua.. sangat cantik SubhanAllah.. tak tergambar rasanya.. waktu ni ita pergi dengan Fathnin je sebab papa tak mahu ikut.. jadi Fateh dan papa tinggal di dalam kereta.

nak juga bergambar.. suruh fathnin yang ambilkan



permandangan ditepi ladang



Peace.. Esok Fathnin nak ke DisneySea sambut Birthday Fateh..:D

6 Comments:

  1. Shahriah Abdullah Novelis said...
    Salam dear.. Subhannallah.. cantiknya!! terus segar biji mata ni hah! model mama tu pun cantiknya... :)) kuning aje terbentang depan mata.. bilalah nak dapat ke sana.. jauhnya.. Insyallah dengan izinnya manalah tahu yer tak.. wahh esok Bday Fateh? Happy Birthday yaa cayang.. muahhzzz
    Unknown said...
    Assalam Ita, cantiknya gambar dgn view dan model pun lawa..kat sini pun masih dok byk bunga lagi tapi last week dh panas tak lama lagi dah masuk summer la..akak suka musim bunga ni sebab kalau kat sini tak sejuk dan panas sgt..sedangx2 jer cuacanya:)
    fazilamz @ iLa said...
    Ita kat sana brape lama lagi??? Saja tanya....kut ada rezeki nak ke sana , bleh jumpa ita...
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    tinggai tanah jer skrng ni kan kaka ngeee...kawaii anak dara anak ni sama ngan mama nyer gak @.@
    Unknown said...
    Kalau akk la....dah golek2 mcm dlm filem hindustsn tu...gmbr kayu tu menarik!
    HomeKreation said...
    Aslmkm Ita. Lama dah tak jenguk sini, apa khabar semua? Nampak seronok makan angin, gambar pun sgt cantik!

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG