28 March 2012

Puding Bunga Coklat Putih



Salam semua. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk menaip disini. Minggu ini ita sibuk dengan urusan persekolah fathnin mingu depan. Memang tak sabar sangat Fathnin nak bersekolah tambahan bila dia lihat barang-barang sekolahnya yang baru. Untuk pengetahuan kawan-kawan di Malaysia tahun baru atau permulaan sesi persekolahan di Jepun adalah pada bulan April. InsyaAllah Fathnin akan masuk darjah satu disekolah Jepun di Yokohama ni.


Baikla 2 minggu lepas ita ada mencuba Puding Bunga Coklat Putih ini. Idea ini datang setelah fathnin dan fateh suka makan coklat, disebabkan banyak didalam peti sejuk ita cuba untuk buat puding ini. Alhamdulillah sedap sangat pada tekak kami sekeluarga dan suami ita juga memuji kesedapan puding ini. Rasa puding ini seakan-akan rasa puding susu tapi lemak sedikit.Tambahan sebagai asas dibawahnya ita gunakan biskut mentega dan bila ia dimakan bersama puding memang serasi. Disebabkan Sakura bakal menjelma di Jepun ita buatkan corak bunga di atas puding ini. Sebenarnya dah 2 kali ita buat puding ni, pertama buat untuk mencuba kali kedua ita buat disebabkan permintaan anak-anak ita sempat ambil gambar untuk puding ni dapatlah ita kongsikan resepinya disini. Bagi yang ingin mencuba boleh cuba resepi ini, hanya untuk membuat corak diatas puding ini agak rumit sedikit jadi boleh baca cara ita buat ye dengan teliti.




Puding Bunga Coklat Putih.

Saiz acuan 15 cm x 15 cm
Lapisan bawah ( asas)

60 gm biskut digestive atau mentega
30 gm mentega
1 sudu susu cair

Lapisan Tengah ( coklat putih)

4 g serbuk agar-agar
200 ml susu cair
250 ml air
50 g coklat putih
sedikit esen vanila
2 sudu gula ikut kemanisan masing-masing
sedikit pewarna pink

Lapisan atas

3 g serbuk agar-agar
100 ml susu cair
200 ml air
80 ml yogurt
5 sudu gula

Cara-cara
  1. Untuk membuat lapisan bawah dahulu. Kisar halus biskut dan cairkan mentega. Gaul mentega dan biskut sehingga rata masukkan satu sudu besar susu. Gaul rata.
  2. Ambil acuan 15 cm x 15 cm dan alaskan dengan kertas minyak. Tekan biskut kedalam acuan hingga rata. Masukkan ke dalam peti sejuk sebentar.
  3. Untuk membuat lapisan tengah. Masukkan air kedalam periuk dan masukkan agar-agar dan masak menggunakan api sederhana . kacau dan masukkan susu,gula, coklat putih yang telah dicairkan, esen vanila dan sedikit pewarna pink. Setelah rata dan mendidih sedikit tutup api dan bahagikan 1/3 bahagian. 1/3 bahagian tadi di masukkan ke dalam bekas kecil yang sedikit tingi. simpan sebentar didalam peti sejuk.Ini untuk membuat bunga diatas agar-agar ini. baki 2/3 dibiarkan didalam periuk tanpa dibuka apinya. Sambil membuat lapisan atas masukkan adunan 2/3 kedalam acuan agar-agar tadi.
  4. Untuk membuat lapisan atas. Masukkan air kedalam periuk kemudian masukkan agar-agar, gula dan kacau sebentar masak menggunakan api sederhana. Setelah gula larut masukkan yogurt. Kacau terdapat titik-titik putih terbentuk disebabkan yogurt tadi. Kacau dan tutup api.
  5. Ambil adunan 1/3 yang telah keras dan tekap mengikut bunga kesukaan dan ketepikan. Untuk adunan didalam acuan tadi,setelah lapisan tengah agak keras sedikit lorek-lorekkan sedikit dan susun bunga-bunga yang telah ditekap tadi. Bunga-bunga ini biar tinggi sama rata dengan lapisan yang ingin dibuat.
  6. Curahkan lapisan atas perlahan-lahan menyamai lapisan bunga yang dibuat tadi.
  7. Biarkan puding mengeras dan bolehla dipotong setelah ia siap.


23 Comments:

  1. sabar dubai said...
    waaa kak ita...pudding utk haru dah kuar dah.......sakura gitu...heheh tentu sedap kan..
    Kamalia said...
    kak ita..sanagt cantik puding tu..sayangnye nak makan deh..
    ada sakura lagi tuh..sangat talented la akak ni..:))
    wa said...
    lawaaaaa + sedappp = huby sayang..:)
    KakAsma said...
    terpegun sebentar....sangat cantik!!!kek kat bawah nun pun cantik..tak tau nak cakap aper..Tahniah..
    Mas said...
    wahhh...cantikk puding bunga coklat putih tu ita.....
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    おいしいそう la akak
    canteknyer bunga ataih tue
    suker puding tapi malas biler nmpak renyah gini sebab x rajin la ngeeee....tp ayaq tangan akak mmg best terbaek gituew!
    Cheq Sue said...
    allah... memang tabik tol dengan kerja tangan ita nih...kalau cheq sue la kena tunggu angin elok betul baru leh cuba
    Qasey Honey said...
    asslm kak Ita...sukanye tgk puding tu...sgt suka lg kaler pink tu...mesti sedap ni kan...bleh la nk cuba nti...
    Mamasya said...
    Salam Ita.cantik puding tu siap ada bunga2 kat atasnya....berlapis2 lagi..menarik.ohh kat sana mula sesi baru sek bulan April,kat tempat akak mula Sept.
    Mama Hawa/Mama Nani said...
    Salam Ita..
    cantik jer kejadian puding coklat ni mesti anak2 suka :P
    Yatie said...
    Assalamualaikum Ita,
    seronok melihat hasil air tangan Ita..makin cantik sangat...puding ni pun menariklah..sweet gitewww..
    nuwairani ismail said...
    hahah! kreatif betol la kak ita ni...suke sgt tengok ni...nak buat tu tak tahu bile la
    mimie said...
    waaa....nampak sedap n sayang plak rase nak mkn...cantek bbnor.....
    Ummi said...
    Assalam Juwita cayang...lama x masuk dapur Ita, tengok Ita bz jerk...byk tempahan yea...sempat lg memuding eh..nampak tu terus jer rasa tekak akak sejuk.... ^__^
    Asmara said...
    Ita, kreatif betul tgn Ita ni. suka tengok hasil kerja tangan Ita. :)
    ASMAH YUSOF said...
    Salam perkenalan k.ita....singgah sini kejap,tgk trs tergoda...puding bunga gitu...cantik kak..mesti sedap kalau ade rasa coklat putih tue :))
    Nieza said...
    Assalam Ita, cantiknya puding tu..warna yg menarik.:)
    norliha said...
    menarik, bolehlah akak cuba resepi ni.
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    memang comeeiii.. patutlah budak2 suka.. tambah2 rasanya yg sedap tu kan..
    Naz / Nadz COSK said...
    Ita, comelnya puding ita ni.. Kreatif!

    Akak dok tgk kek2 tempahan ita kat bawah tu.. Cantik2 sangat! Suka akak tgk...Tahniah!
    ieda said...
    sooooo sweeet ju ..
    eii geram akak tgk ! ... ;)
    Nur-nba said...
    Wah cantiknya puding ni.. Kreatif betul akak ni.. :)
    HomeKreation said...
    yuhuuuuuu.... mana tuan rumah ni, senyap jer...

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG