11 October 2010

Jalan-jalan Kansai USJ day 1

salam semua.. dah lama sangat tak jenguk blog ni.. tuan rumah makan angin ke area kansai kebetulan suami ada conferance di sana.. Kami menginap di Osaka. Dari osaka mudah nak travel ke kawasan yang lain iaitu Nara, Kobe dan Kyoto. Balik je sibuk dengan aktiviti badminton, beraya ke Chiba dan hari sukan Fathnin jadi malam ni ambil masa sikit untuk cerita tentang jalan2 area kansai day 1.

Kami memilih untuk pergi menaiki bas kali ni sebab kalau pergi kawasan yang jauh2 ni mudah menaiki shinkansen iaitu keretapi laju tapi disebab ada pengalaman sebelum ni menaiki shinkansen dengan membawa anak2 dan beg jadi rasanya agak mudah bagi kami naiki bas. lagi pun jimat masa sebab bas ke Osaka bertolak malam dari Yokohama dan sampai pagi di Osaka jadi sampai saja di Osaka boleh terus jalan2 setelah tidur lebih kurang 7 jam didalam bas. Lagi pun reason yang perlu dipertimbangkan juga adalah kos dengan 4 tempat duduk didalam bas jauh lebih murah berbanding 2 harga tempat duduk menaiki shinkansen.


Keretapi ke USJ


Pintu masuk USJ .. tutup lagi tu..

Destinasi pertama yang kami pergi setelah menyimpan beg di coin locker adalah ke Universal Studio Japan. Nak masuk hotel tak boleh lagi sebab disini waktu check in bermula jam 2 petang jadi nasib ada coin locker jadi simpan semua beg dan mula menaiki keretapi ke arah USJ. untuk masuk ke USJ ni tiket bagi dewasa iaitu 6100 yen dan 4400 yen bagi kanak2. kami sampai di USJ tu pagi2 lagi pintu pagar USJ pun belum buka lagi.. sebab waktu operasi pada haritu bermula jam 10 hingga 7 malam. Sempat la bergambar dan sebagainya di pintu masuk tu sebelum ramai orang.



Orang tak ramai lagi boleh la bergambar dengan aman di logo USJ ni. Jadi sempat snap beberapa gambar disini.Bila mula je kaunter buka mula la serbu permainan mana nak main dulu. jadi disebabkan Fateh ni tak cukup ketinggian untuk main jadi kami terpaksa bergilir2 suami isteri. Kakak Fathnin seronok la sebab di boleh main semua permainan ni. nasib masa yang diperuntukkan untuk menunggu permainan ni tak lama sangat lebih kurang 15 ke 25 minit je.


Mari kita serbu..



alkisahnya Fateh ni sebenarnya kurang gemar dengan Elmo kartun dalam Sesame Street tu. Jadi tengah rehat2 tunggu Papa masuk untuk main permainan back to the future keluar kartun ni dari pagar betul2 depan tempat kami rehat. Apa lagi terus la peluk mama dia.. tambahan baru bangun tidur plak waktu tu lagi la mood kurang sikit.. hanya baiknya nasib tak menangis.. Fathnin pula terus cakap mama nak pergi salam dan ambil gambar. jadi layankan fathnin pergi bergambar tambahan waktu tu belum ramai orang serbu lagi. dapat la Fathnin salam,peluk dan bergambar dengan Elmo suka betul dia..



ELMO

hampir semua permainan kami masuk hanya ita je skip 2-3 sebab dah pening kepala sebab kebanyakkan permainannya banyak pusing2... huhuhuhu. Alhamdulilah seronok dalam pukul 645 je kami keluar dari USJ dan terus menuju ke Hotel untuk berehat..

2 Comments:

  1. ijayuji said...
    Salam kak ita! aduhaiiiii sonoknyer jalan2! kita pun tak pernah jejak ke sana lagi :D ntah bila dapat jejak ehehehe maklomlah PIL kat kampong hihihi...tersgt jelesnyer jeles thp merapu :D
    ieda said...
    salam dikkk lama tul akak x singgah sini .. jalan sahaja ita nie .. akak tumpang tgk tmpt2 menarikk nie :))

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG