Sambung lagi cerita jalan-jalan area kansai ni... Lupa plak nak cerita tujuan ita ke osaka ni ikut suami ada conferance di Osaka. Jadi ambil peluang jalan-jalan kawasan nara, kobe dan kyoto juga sebab dekat. Kalau tak pergi Conferance tak tahu bila nak pergi jalan2 ni.. huhuhu.. Kami pergi awal 4 hari dari tarikh conferance supaya senang nak jalan2 dah abis jalan baru papa pergi conferance.
Untuk hari ke 5 ni kami jalan di kawasan osaka . Itu pun kami keluar agak lewat lepas solat zuhur sebab bagi papa buat persediaan sikit tentang conferance untuk presentation paper yang papa kena buat lepas dah siap semua kami pun keluar. Kami ke Kaiyukan iaitu akuarium antara terbesar didunia. Akuarium ni besar dan pelbagai hidupan laut dapat tengok. Di pintu masuk akuarium ni akan diberi jadual untuk melihat show yang ditunjukkan di sini dan tiket bagi ke akuarium ni 2000 yen bagi dewasa dan 400 yen bagi kanak2. Fateh dan Fathnin apa lagi suka la sangat tengok ikan dan semua hidupan laut ni. Dah abis semua tingkat kami jelajahi kami keluar dan jalan2 di kawasan luar akuarium ni. Dikawasan luar pun ada banyak juga aktiviti2 menarik yang boleh dilakukan antaranya ada shopping kompleks, ferris wheel dan beberapa permainan lain yang disediakan untuk pengunjung. Makanan halal pun senang di dapati kerana ada 2 kedai halal disini.
Labels: tempat dilawati
ika.. nihon ni ikimashou.. hihihi.. kebetulan husban ada kerja ikut je la.. kalau tak tahu bila nak sampai..
to kamalia.. hihihi.. tula lawak je fateh tu.. tak leh mama pelik sikit suka nak nangis
to murni.. tak pe murni bila2 leh gi tunggu joe cuti je... banyak juga tmpt murni tapi banyak shrine.. akak ni gi naik densya pilih mana yang senang je