Salam semua.. nak share disini beberapa aktiviti yang dibuat baru-baru ni.. maklum la sekarangkan musim bunga jadi tak nak lepaskan peluang untuk bergambar dengan bunga2 ni.. tapi tak banyak tempat pun pergi sebab hubby agak sibuk sikit tambah baru2 ni sibuk hal pindah dan gempa yang melanda jepun jadi lari sikit jadual hubby... sian .. ganbatte ne abang.. ni la dugaan orang belajar susah senang pahit manis semua kena tempuh walaupun susah dan payah duduk diperantauan.. moga Allah memberi kekuatan dan kemudahan buat suamiku..
Hujung 2 minggu lepas sempat ke shiki no mori park ( Forest 4 season). Taman ni dekat je dari rumah baru kami ni.. dalam 10 minit naik kereta. Taman ni agak luas, rasa lenguh kaki-kaki jalan-jalan dalam taman ni. Tambahan tempat bunga-bunga yang cantik agak berjauhan dari satu dengan yang lain.. kami kesini sebenarnya saja nak cari sakura lagi tapi taman ni dah hampir gugur sakuranya..
Dalam taman ni pun ada taman permainan untuk kanak-kanak, tak la besar sangat tapi boleh la buat anak2 kalau nak main. Dah puas main jadi kami sambung jalan-jalan lagi dalam taman ni..
Minggu lepas sempat juga ita bawa anak-anak keluar tanpa ditemankan suami. Pada mulanya nak ke Yokohama station je, saja bawa diorang main-main kat Sogo sebab kat situ ada kawasan permainan untuk kanak-kanak. Tapi tetiba teringat ada outlet di Minami machida station iaitu Granberry Mall. Cuba cari dalam peta agak mudah juga nak pergi, anak-anak pun nampak ok je.. jadi saja cuci-cuci mata kat outlet ni.. masuk la beberapa kedai berjenama tapi tak membeli pun hanya nampak baju untuk Fathnin agak murah jadi beli la untuk dia je.. bila dah puas jalan-jalan, balik semua ke Yokohama Station dan bawa anak-anak main di Sogo. Bila dah puas baru balik rumah..
Labels: Aktiviti