18 March 2011

11 Mac 2011 gempa bumi jepun..

Hari ini genap seminggu gempa dan tsunami melanda Jepun. Tak tergambar dengan kata2 perasaan saat2 itu walaupun kedudukan rumah saya bukan dikawasan pusat gempa dan tsunami tersebut. Pengalaman yang tidak terfikir dibenak untuk melaluinya namun ia adalah pengalaman yang akan dikenang sampai bila-bila. Sejak saya menjejakkan kaki diJepun pada tahun 2009, sudah beberapa kali juga saya merasai gegaran gempa bumi ini, namun ia adalah dalam skala yang kecil. Waktu tengah rehat, tengah tidur ia pernah datang dan saya pasti akan tersedar akan gegarannya. Pada pertama kali merasai gentar juga dihati namun setelah beberapa kali ia seperti alah bisa tegar biasa bagi kami. Namun apa yang dilalui pada 11 Mac 2011 adalah sesuatu yang berlainan dan ia amat menakutkan. Sejak dari hari itu setiap kali gempa bumi berlaku hati ini akan sentiasa berdebar.

Sewaktu hari kejadian saya sedang sibuk menbuat kek yang baru pertama kali ingin dicuba. Tambahan permintaan Fathnin untuk membuat kek sempena hari jadi saya yang telah lepas 3 hari dari tarikh hari tersebut kerana pada hari jadi kali ini kami menyambutnya di karuizawa tanpa kek hari jadi. Tengah sibuk memukul telur supaya ia kembang elok saya merasa gegar yang pertama pada pukul 3 petang. Pada mulanya saya sangkakan gegar biasa namun ia bertukar menjadi kuat dan saya terus meninggalkan bancuhan kek tersebut dan terus mencapai iphone sambil memeluk anak2. Lama juga gegar yang saya rasa kali ini lebih dari 3 minit. Rumah bergoyang dan kotak2 yang saya susun untuk urusan berpindah juga beralih kedudukannya. Berdebar dan mengeletar itu yang saya alami waktu itu tambahan saya tidak dapat menghubungi suami kerana line telefon terputus dan tidak dapat dihubungi. Hanya Facebook menjadi hubungan sementara buat saya dan suami serta rakan2 untuk memulihkan debaran tambahan selepas tu terdapat 2 kali gegaran yang kuat yang saya rasai lagi. Saya terus mendapatkan perkembangan terkini dari televisyen Jepun untuk mengetahui situasi sebenar. Amaran tsunami dikeluarkan dan di televisyen jelas kelihatan air telah memenuhi beberapa kawasan dan ia amat menakutkan dan menyayat hati. Tidak lama selepas itu suami saya pun pulang dan ia menghilangkan debar dihati saya dan kami berkemas2 dengan dokumen2 yang penting untuk dibawa bersama jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Sehingga hari ini kami masih berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan. Mungkin gempa dan tsunami telah berakhir namun apa yang kami di Jepun ini sedang risaukan adalah nuclear power plant yang mengalami kerosakan dan pihak berkuasa kerajaan Jepun sedang berusaha gigih untuk mengatasi masalah ini. Ramai juga rakan-rakan Malaysia disini telah pulang ke Malaysia dan kami masih disini. Bukan tidak mahu pulang namun banyak lagi urusan yang amat penting disaat ini untuk diuruskan tambahan kami ingin berpindah dalam masa seminggu ini. Setakat ini keadaan di Yokohama masih terkawal dan kami menjalani kehidupan seperti biasa hanya saya mengurangkan aktiviti diluar rumah untuk tidak terdedah dengan udara luar. Setakat hari ini tahap radiasi semakin berkurang dan ianya tidak merbahayakan kesihatan. Doakan keadaan akan semakin pulih dan kami akan menjalani kehidupan seperti biasa disini sehingga suami menamatkan pengajiannya.

Klik disini ada animasi yang menarik yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu tentang nuclear power plant tersebut dalam bentuk animasi. :)

10 Comments:

  1. Bibu said...
    sekom.

    dah seminggu kejadian tsunami ni.moga mereka tabah menjalankan kehiduan seharian mereka akan dtg.take care
    aitotyati said...
    salam akak,

    semoga akak sekeluarga selamat. begitu juga penduduk jepun yang lain
    Ummi said...
    Salam Ita, alahaaiii x dpt nak digambarkan perasaan Ita semasa mengalami gegaran dengan skala yg kuat begitu...apapun, alhamdulillah Ita dan family selamat dan akak doakan segala urusan dipermudahkan buat Ita dan keluarga...muaahhh!
    Sue @ Nenie said...
    Salam..Didoakan semoga semuanya selamat..Take care

    Note:- Suke tgk video tu..kreative...tapi mesejnya sampai....
    special moments said...
    syukurlah keluarga sume dlm keadaan baik...
    auNie said...
    alhamdulillah..ckgu n fmly slamt... :)
    Intan Suhana Mohamad Rahim said...
    moga keadaan sekarang jd lebih baik ye kak. Take care n kirim salam kengkawan yg lain =)...
    Anonymous said...
    alhamdulillah..semoga tabah. didoakan ita dan femly selamat selalu ya.
    Juwita Jamaludin said...
    anie.. thanks ye.. tula.. moga sentiasa tabah juga

    thanks ti.. insyaAllah

    thanks kak ummi.. thanks lawat blog ita yang biasa2 je ni
    Juwita Jamaludin said...
    sue. eira, auni. intan dan anonymous.. thanks atas doa2 kalian

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG