19 October 2009

Moist chocolate cake



Lama sangat rasa tak update blog ni.. bukan tak masak macam2 masak tapi mood nak update tu tak sampai.. agaknya dah sejuk sekarang ni mood nak ambil gambar pun dah merudum.. hihihhih.. saja nak share kek yang ita buat last week.. baru hari ni nak post resepi nya.... bukan apa takut lupa nanti nak buat rujukan nanti senang.. sebab cadang hari ni nak try kek coklat resepi lain plak.. hihihi.. resepi ni dari blog kak hana..


Bahan-bahan

  • 2 Cawan tepung gandum
  • 2 Cawan gula halus
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bircabonat soda
  • 1 Biji mentega (250gm)
  • 4 biji telur
  • 2 Cawan susu coklat (dlm kotak atau botol)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bircabonat soda, ayak tinggi.
  2. Pukul mentega dengan gula halus.pukul sampai kembang kemudian masukkan telur satu persatu hingga sebati.
  3. Masukkan pula susu coklat.pukul sehingga sebati.
  4. Bubuh esen vanilla.
  5. Masukkan tepung, kacau adunan sehingga sebati.
  6. Masukkan aduanan kek ke dalam loyang yang telah dilapisi kertas minyak yang disapu mentega.
  7. Bakar 180ºc selama 45 minit, jgn terlalu lama..nanti tak lembab.


03 October 2009

Conney Dog


Semalam berfikir- fikir apa nak masak untuk breakfast. Tengok kat myr ada conney dog ni. sedap juga lama tak makan. jadi terus buat roti dan pagi ni buat la conney dog ni.. sedapnya hilang rindu nak makan kat A&W. Thanks kak fida atas resepi ni. Minta Copy disini ye.

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 400 gm daging kisar
  • 3 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sdk serbuk lada (chilli powder)
  • 3/4 sdk lada hitam - kisar halus
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
  • 10-12 biji sosej / frankfurter

Cara-cara

  1. SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
  3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  4. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
  5. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

Saja ambil gambar Fathnin dah Fateh yang sibuk buat kerja masing-masing. Ini la rutin harian ita melayan dua permata hati ni. Moga anak-anak ita akan membesar dengan sihat dan bijak . Amin..









01 October 2009

Kuih Ketayap


Kuih ketayap kuih yang ita suka beli kalau pergi gerai jual kuih diMalaysia. Sedap dan mudah. resepi asal dari kak an tapi ita c & p dari blog kak hana

Bahan-bahan

  • *1 biji telur
  • *2 cawan tepung gandum
  • *1/2 sudu teh garam
  • *2 cawan air( ita guna susu cair)
  • *1 sudu besar air pandan
  • *sedikit pewarna hijau
  • minyak untuk mendadar( jika ingin cantik kulitnya guna non-stick pan tak perlu guna minyak)
Cara-cara
  • Blend semua bahan yg bertanda *.
  • Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
  • Angkat.Masukkan inti dan gulung.
  • Siap dihidang.

;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG