30 January 2009

Hari- hari yang dilalui di Yokohama

Sejak 1 Januari ita datang ke Yokohama rasa macam tak membina otak kalau tak menulis atau buat catatan apa yang berlaku disini. Jadi untuk membuatkan otak ini tak berkarat ita cuba search blog yang free and ita dapat blog ni.. ita pun kalau ikutkan bukan ada banyak masa sangat nak menulis but rasa macam kosong je kalau tak menulis.. bila dapat luahkan sesuatu macam yang tengah buat ni rasa fresh sangat.. tambahan alhamdulilah anak-anak pun tengah tidur dapat la ita menulis sekejap... anyway ini adalah permulaan hope dengan adanya blog ni boleh freshkan otak ita dan memberi banyak input pada cikgu yang bercuti dari dari berkerja disekolah ni...
so untuk memperkenalkan family ini adalah gambar anak-anak. Yang pertama Fathnin Farisa Binti Fariz sekarang berumur 3 tahun 4 bulan dan yang kedua Muhammad Fateh Bin Fariz sekarang berumur 8 bulan 1 minggu.



so rutin harian jaga anak-anak sementara suami pergi universiti belajar... anak dah perkenalkan jadi nak perkenalkan suami ita pula.. macam mana nak memperkenalkan ni yek.. ok mula dengan nama ye. Namanya Fariz bin Ali kalau kat Malaysia bekerja sebagai lecturer so datang Yokohama ni sambung belajar study PHD. Kami dah kenal lama sejak dari sekolah rendah lagi.. tapi tak la bercinta waktu tu.. sebab waktu tu hanya kenal kenal gitu je.. waktu universiti baru kami kawan baik, bercinta dan terus kahwin...

1 Comment:

  1. youngjazari said...
    Oh cikgu rupanya...sekolah mana dulu?

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG