01 December 2009

Puding roti marble



Untuk pemanis mulut berbuka abang semalam ita buatkan puding roti marble ni.. sedap puding ni dah beberapa kali buat.. sedap resepi kak hana ni.. ita buat setengah adunan je sebab roti yang lebih pun sikit je. resepinya disini

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

2 Comments:

  1. blogresipi.com said...
    Ala kiutnye puding tue kak ita...nak satuuu!!! :)
    are_u said...
    saya dah try resepi puding ni..sedap... nanti nak buat lg..bawak p taska anak...

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG