Salam semua. Salam permulaan minggu. Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan semakin cemerlang pada minggu ini. Hari ini adalah hari jadi kakak ita. Selamat hari jadi yong. Moga gembira selalu bersama keluarga tersayang, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dirahmati Allah selalu. Kakak ita ni memang baik orangnya. Lemah lembut je tak macam ita yang agak kasar sedikit..:) Dulu kalau waktu ita belajar di Universiti dulu suka minta tolong dia kalau rasa duit dah hujung-hujung nyawa je... hihihiihi.. Terima kasih yong..:)
Untuk kek ini ita buat atas permintaan Fathnin yang nak makan kek ni. Tambahan ita nak kirimkan gambarnya buat kakak ita. Dulu waktu harijadi adik ita pun ita ada masukkan entry untuknya waktu tu ita buat cup cake. Sekarang ni dijepun banyak sangat gambar kek ni sebab nak krismas. Tapi ita buat bukan sempena itu, ini disebabkan Fathnin teringin nak makan nampak kek ni banyak sangat di gambar, TV dan dikedai-kedai kek. Tambahan ita jumpa strawberry yang agak murah sedikit harganya.
Bagi ita kek ni sedap. Satu keluarga pun suka. Tengok la kek ni tak sempat nak keraskan sekejap didalam peti sejuk, Fathnin dan fateh tak sabar makan jadi bila potong tak nampak strawberi kat dalam tu..ita cadangkan kek ini dibuat.. Nak buat pun mudah. Gabungan krim dan strawberi tu amat kena. Tambahan ia amat berseri dengan kehadiran strawberi. Boleh di hias mengikut citarasa sendiri , ita saja hias begini sebab nampak simple saja. Walaupun agak comot rupanya. Bagi yang ingin meraikan hari istimewa kek ini amat sesuai.
Resepi ita ikut resepi dari blog kak hana. tapi hari ni nak cari link tu blog kak hana tak leh buka pula. kalau ikutkan banyak sebenarnya resepi yang lebih kurang sama. Ita sempat salin dalam buku masakan ita didapur jika link kak hana ok nanti ita link kan ke blog kak hana.. InsyaAllah Terima kasih ye.. ita kongsikan disini resepi ini.
Strawberry Shortcake
Bahan-bahan
3 biji telur saiz M
90 gm Gula
80 gm tepung kek ( ita guna tepung gandum je)
30 butter yang dicairkan
sedikit esen vanila
Cara-cara
cantiknya SS....rajin Ita tangkap gambar step by step...strawberry tu memang mengancam....happy birthday untuk kakak Ita ye...
Oishii sou
Hepi bufday to ur sista
Bertuah Ada Adek yg rajin Mcm akak ni
Sapa ckp akak kasar???
Bg Ayu sgt lemah lembut n soft spoken gituew
Syok sembang ngeeee
Cantik & anggun pulak tgk cake starwberry shortcake.. pernah dgr nama kek nih tapi blm pernah mkn lagi.. pasti sedap ngan gabungan buah strawberry tuh :P
cantiknyaa kek tu ita... mana der comot.. cantik ler d mata akak... pandai ita deco kek.. kalu akak bab2 deco birthday cake nie mmg gagal ler.. akak x reti nak deco kek..
wduh cantik kek ita buat tu...
strawberry shortcake ya namanya..akak cuma tahu strawbery shortcake yang cartoon tu aje..wakaka..rupanya ada kek bernama yg sama..Happy birthday juga buat kakak ita ya..
wah cantiknya kek yg di hasilkan ini...dh mcm kat bakery nampaknya....hehe...happy belated birthday buat kakak Ita ya.
kak Nur tengok dari raut wajah Ita org nya nampak lemah lembut..pendapat akak sama mcm ayu tu...hehe.
cantik strawbery shortcake..akak pun terperasan gak..dulu hana pun ada tunjuk kt blog dia..kt sini strawbery CM je yg murah..tp masam..
wah ada step by step..bagus ita..
fathin tersenyu riang nk potong kek ye..adik masam je...gelagat bdk2..hehehe
tp skrg ichigo mahal lg..kena tunggu bila murah nnt...hepy birthday to ur sister...
Ceria kakak jadi model kek...model no 2..abg pun comeii.kek ni nampak lembut...ada strawberry kat atas tu nampak menarik