Salam semua. Hampir ke penghujung Februari, beberapa entry sahaja yang sempat untuk di kongsi disini bulan ini. Alhamdulillah dengan kelapangan masa yang dapat diperuntukkan hari ini. Moga ia bermanfaat dan dapat ita kongsikan sesuatu yang baik agar dapat digunakan dimasa hadapan sebagai rujukan.
Labels: Kek
Salam semua. Lama sudah ita tidak ke blog. Terkadang ada juga ita intai-intai blog ini tapi memang tak sempat untuk balas komen setiap yang berkunjung apatah lagi untuk balas komen di blog kawan-kawan. Terkadang amat rindu dengan gurau senda kawan-kawan blog namun kemampuan ita tak terkejar jika ingin buat semua benda jadi ada yang perlu dikorbankan. Harap kawan-kawan blog tak melupakan ita ye..:(
Alhamdulillah hampir 2 bulan Simple Homemade Cake beroperasi dan kami amat berpuas hati dengan perkembangannya. Walaupun tidak la semaju mana tapi bagi ita ia cukup mengubah kehidupan harian ita tambahan yang paling ita suka, masa ita terisi dengan padat aktiviti yang menyeronokkan disamping galakan suami, keluarga dan kawan-kawan membuatkan ita sentiasa bersemangat. Suami ita adalah tulang belakang ita yang sentiasa memberi semangat dan idea dan terima kasih Allah dengan nikmat-nikmat ini. Buat kawan seperti kak June dan Ida yang memberi semangat dari awal lagi ita amat menghargainya.
Labels: Halal Cake Japan, Halal Frozen Food Japan
Salam semua. Ini adalah auto publish post. Semalam selepas je masukkan entry Tart Buah-buahan tu ita terus masukkan entry ni juga untuk di siarkan hari ini. Nak tunggu masa yang betul-betul free tak tahu bila jadinya ita masukkan sebelum banyak lagi gambar dan resepi yang ingin dikongsi tidak dimasukkan.
Hari ini tuan rumah tak de InsyaAllah dah sampai ke Yeti Snow town di kawasan gunung Fuji. Hujung minggu lepas suami ita ajak pergi dia kata nak main ski walaupun bulan 12 hari tu dah pergi Hakuba tapi disebabkan rasa nak main lagi suami ajak ita pergi tempat bermain ski yang dekat dengan Yokohama iaitu dalam 2 jam perjalanan menaiki kereta. Yang menariknya kawasan ini dibelakangi permandangan gunung Fuji. Cantik jika hari cerah boleh ambil gambar dengan jelas. Sebenarnya waktu kawan ita dari Malaysia datang tempohari kami nak bawa kesini tapi tak kesampaian disebabkan waktu tu kereta kami tak tukar tayar untuk salji. Jadinya terpaksa la kami main salji di kawasan rehat sahaja. Bagi yang berada diJepun yang ingin bermain salji sambil melihat keindahan gunung Fuji bolehla ke sini.:)
Berbalik kepada resepi yang ingin ita kongsikan hari ini. Kek ini adalah kek tempahan dari Ida yang menempah untuk harijadi suaminya. Suami ida diYokohama ni dan Ida di Malaysia. Kebetulan kami di Yokohama ada buat majlis ilmu dan perpisahan untuk beberapa adik dan rakan-rakan yang ingin pulang terus ke Malaysia jadi Ida minta untuk membuat kejutan buat suaminya. Berdebar juga ita untuk menjalankan amanah orang tambahan orang jauh. Alhamdulillah dipermudahkan dan seronok bila suaminya happy dan ramai yang menyatakan amat beruntung suami kerana mendapat isteri yang mengingati dan tidak lupa menggembirakan suami walaupun berjauhan. Terima kasih ida kerana percaya pada Akak..:)
Kek ini adalah kek Black Forest. Sedap kek ini. Ita kongsikan disini resepinya. Walaupun ita ada menerima tempahan bagi ita resepi yang kita gunakan tidak perlu dirahsiakan tambahan kita juga mengunakan resepi orang lain...:) Bagi ita jika mampu boleh buat sendiri tapi kalau tak cukup masa dan mungkin kemahiran belum cukup ita boleh tolong buatkan..:P kek ini bagi ita sedap gabungan kek coklat dan jelly blueberry serta taburan buah blueberry dan coklat chip membuatkan kek ini tambah sedap.
Untuk resepi ini boleh la lihat di Blog kak Ena Lovely Kitchen. Ada step by step disitu. Ita juga lihat di blog kak Azlita sebagai panduan.Terima kasih ye kak. Sedap kek ini boleh cuba bagi yang mengemari kek coklat.
Kek Black Forest
RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)
BAHAN A:
* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.
BAHAN B:
* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.
Cara-cara:
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.
BAHAN C:
* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar
* Loyang kek 18cm / 7inci
Cara-cara:
1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.
CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST
Bahan-bahan:
* Whipped Cream (200ml) ( ita guna 300 ml)
* 25 gram gula halus
* Chocolate Syrup Hershey's
* Jem blueberry ( ini ita tambah)
* Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je
* Buah cherry bertangkai secukupnya
* Chocolate parut
Cara-cara:
1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis.
2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. Ita sapukan blueberry jem yang dicairkan sedikit.
4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas jem blueberry tadi.
5. Susun Dark Pitted Cherry. ita gunakan buah blueberry segar dan taburkan juga coklat chip.
6. Tutup dengan satu lapisan kek.
7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek.
9. Tabur chocolate parut di tepi kek.Jika tiada gunakan coklat rice pun boleh.
10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek dan letakkan cherry diatasnya.
11. Boleh tulis wording jika mahu atau hias ditengahnya.
Labels: Kek
Salam semua. Salam ceria dan seronok rasanya dapat manaip disini. Kebetulan sekarang Fateh tengah tidur dapat la mama nak berkongsi cerita disini. Sebenarnya banyak sangat cerita dan gambar yang ingin dikongsi dan diletakkan di blog sebagai kenangan. Namun kekangan masa tak dapat nak dilaksanakan. Kalau dulu sempat juga tidur lambat sikit untuk berlegar-legar diblog tapi sekarang jika ada tempahan untuk 'Simple Homemade Cake'untuk esoknya ita kena bangun awal untuk menyiapkan tempahan. Walaupun begitu ita happy dengan jadual dan aktiviti sekarang.. Alhamdulillah..:)
Cerita tentang resepi hari ini, adalah antara tempahan minggu lepas. Alhamdulillah ita dapat 2 tempahan tart minggu lepas. Ita paling suka tart. Tak kisah la tart apa pn hanya yang ita tak pernah makan dan belum cuba adalah tart telur. Tak tahu rasanya macam mana, ita ni sebenarnya kurang gemar dengan resepi yang berbau telur sebab itu belum cuba agaknya. Bila buat tart ni seronok je makannya walaupun nak menekan kulit tart ni satu persatu ambil masa juga. Tambahan ita tidak menggunakan acuan tart seperti di Malaysia tu.. Di jepun ni belum jumpa lagi.. InsyaAllah kalau ada rezeki nak minta kakak ita tolong poskan. Suka ita dengan resepi ni hanya untuk kastadnya ita tidak menggunakan dari resepi Mat gebu ni. Ita guna resepi yang biasa ita guna kerana ia tidak menggunakan telur. Buah-buahan diatas tu ikut suka dan kegemaran tapi ita lebih suka gunakan banyak buah seperti Kiwi, Strawberi, peach, Blueberry dan limau. Gabungan buah-buah ini amat serasi.
Resepi ini untuk Pastrynya ita mengunakan resepi Mat gebu ini, tetapi untuk intinya ita menggunakan resepi yang lain seperti dibawah ye. Terima kasih kepada Mat Gebu diatas perkongsian resepi ini. Fathnin dan suami ita amat mengemari tart ini...:)
Tart Buah-Buahan
Labels: pastry
Salam semua. Alhamdulillah dah masuk bulan Februari. Cepat sungguh masa beredar moga masa yang berlalu membuatkan kita makin dekat padaNYA dan melakukan kebaikan serta sentiasa memperbaiki diri.Bila cerita tentang masa ita suka dengan jadual masa ita sekarang, walaupun agak sibuk sejak ita membuka Page Simple Homemade Cake tapi bagi ita masa lebih terisi dengan sesuatu yang bermanfaat dan yang penting setiap hari ita tidak melakukan perkara yang sama. Terkadang terkejar-kejar juga, hanya sekarang untuk berblog masa ita agak terbatas. Bukan tak boleh curi masa tapi jika ita buka saja komputer mesti berebut dengan anak-anak jadinya kena la mamanya beralah. Untuk itu ita tak berkesempatan nak berblog siang-siang, hanya Fb je sempat ita tengok sekali sekala sebab senang menggunakan iphone.
Jangan berkecil hati ye kawan-kawan ita rindu sangat nak menaip dan mencuba resepi baru sambil ambil gambar dan menjenguk blog kawan-kawan yang lain tapi memang tidak berkesempatan. InsyaAllah moga ita lebih bijak menguruskan masa dan dapat berblog seperti biasa. Hari ini ita nak kongsikan resepi nugget yang ita buat untuk anak-anak. Anak-anak ita suka nugget, makan sambil tengok TV je. Biasa la musim sejuk begini perut cepat saja laparnya. Jadi biasanya ita frozenkan nugget ni dan bila diorang nak je selalunya waktu petang ita akan gorengkan. Bila dicucuk dengan mencucuk yang berbentuk-bentuk seperti didalam gambar tu berebut-rebut dioarang makan.. Alhamdulillah moga anak-anak terus sihat dan bijak, rasa satu kepuasan bila mereka makan dari hasil tangan mamanya..:)
Resepi ini adalah dari kak yani myresepi. tapi cara membuat tu ita ubah sedikit cara ita. Ita suka dengan resepi ini anak-anak pun suka. Fathnin kata macam makan nugget KFC...:) Kembang kempis sekejap hidung mamanya.. Terima kasih kak yani. bagi yang ingin membuat nugget sendiri boleh la mencuba resepi ini.
Nugget Ayam
Bahan-bahan
* 400g isi ayam
* 4 sudu besar mayonis
* 1 sudu kecil serbuk lada sulah
* 1/2 sudu kecil garam
* 100g okara/breadcrumbs
* 2 sudu besar tepung gandum
* Jika suka boleh letak 2 sudu kecil baking powder.
untuk kulitnya ita guna sebiji telur dan breadcrumb
Cara-cara
1. Masukkan isi ayam ke dalam pengisar.
2.Kisar sampai hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan lain.
3.Kalau rasa kering boleh tambah mayonis.
4. Buat bentuk yang dikehendaki, adunan ni agak lembik sedikit , jadi caranya golekkan didalam tepung atau cara ita golekkan didalam bread crumb dan bentukkan.kemudian celup dalam telur dan salut dengan breadcrumb lagi sekali.
5.Kemudian goreng dengan minyak penuh.
Labels: ayam