28 September 2010

Birthday Fathnin ke 5 Tahun


Alhamdulillah semalam genap 5 tahun umur Fathnin Farisa Fariz. Dah besar anak mama.. macam baru semalam je mengandung dan melahirkannya. Dengan waktu mengandung Fathnin ni banyak alahan dan tak leh buat kerja berat serta drive hingga umur 8 bulan. Apa2 pun syukur dah besar dah anak mama ni.



Semalam kami sambut sederhana je birthday dia. mama buat kek simple sebab minggu lepas dah buat kek deco2 dah.. Papa berusaha cari masa untuk beli hadiah juga, dapat la hadiah train sebab bila tanya nak hadiah apa dia kata nak train. So papa beli set thomas. Seronok main tapi yang lebih excitednya adik dia.. hihihi..




Di sekolah sensei pun sambut birthdaynya.. seronok je balik dari sekolah. Dapat hadiah bekas air dan kad birthday bentuk buku cerita.. Balik je terus ajak mama bercerita macam mana sensei bercerita dengan dia. Excited dia dengan birhday dia... mana taknya berapa lama tunggu sebab antara kami 4 orang dia yang agak lambat bulan birthdaynya bulan 9, mama bula 3, papa bulan4, adik bulan lima lepastu baru dia bulan 9..



Minggu lepas ada buat open house disini. Jadi mama tumpang buat birthday fathnin sikit. Buat kek je sebab nak buat birthday party besar2 tak kot sebab nak jalan2 kansai seminggu minggu ni. Bila dah balik dah lambat dah so ramai kawan2 yang datang bawa anak jadi Fathnin boleh celebrate dengan kawan2. Tapi waktu datng open house tu tak cakap buat birthday tak nak menyusahkan orang bawa hadiah. Thanks pada kak mekti, Adnin dan Murni belikan hadiah untuk Fathnin.. dia suka sangat...





Mama sentiasa mendoakan Fathnin Farisa Fariz menjadi anak yang cemerlang, baik, mengikut suruhan agama, taat pada mama papa terutama perintah Allah, berjaya dalam hidup, baik akhlaknya dan sentiasa sihat.. kami amat menyayangi mu sayang...

22 September 2010

Blueberry Cheese Tart


Saja nak simpan resepi Blueberry cheese tart ni.. buat sebab banyak cheese dalam peti sejuk dan untuk hidangan open house anjuran kami disini. Gambar pun ambil dari kamera mariam sebab dah masak2 untuk open house tu langsung tak sempat nak ambil gambar tart ni.Ita memang suka pastry macam ni. kalau boleh memang teringin sangat nak belajar secara serius. Hanya buat pastry ni pada pandangan ita kena banyak sabar kerana menuntut ketelitian dan masa yang panjang. masih amatur dengan bentuk tart tambahan acuan yang ita guna bukan acuan tart macam kawan2 kat msia tu.. tapi cukup la untuk merasa makan. Resepi ni ita ambil dari sini.. thanks kepada Che pah kerana berkongsi resepi. untuk pastry ita guna yang biasa ita buat tapi filling ita guna resepi ni.

Pastry

  • 113 g mentega
  • 75 g gula halus
  • 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
  • 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.

Filling

250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

Blueberry filling

6. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.
7. Pipekan cheese dlm pastry dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka.
8. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.

20 September 2010

Aidilfitri 2010

Salam semua.. Sudah seminggu lebih 1 syawal berlalu.. Mood nak update blog pun masih suam2 kuku.. Bukan tak banyak entry yang menanti tapi nak duduk hadap komputer tak boleh lama sebab kadang berebut dengan Fathnin dan fateh..

Kali ini family ita dan Adnin berkongsi untuk menyewa kereta 3 hari 2 malam untuk memudahkan pergerakan ke embassy dan ketempat2 lain sewaktu aidilfitri. Dari malam raya kami dah berjalan.. yela orang tak de kereta bila dapat kereta nak jalan macam tak cukup tanah je :P...




malam tu kami ke Masjid Otsuka untuk berbuka dan takbir raya. Jadi disebabkan agak lambat jemaah untuk memulakan takbir raya jadi kami bertukar fikiran ke masjid Tokyo Camii. malangnya dimasjid ini ada majlis raya di adakan. Setelah berbincang dengan Family adnin dan Aliza kami bercadang untuk ambil angin di Odaiba sambil berbuka puasa dengan hidangan raya yang kami bawa.. makan ketupat, rendang, lemang tortilla, kuih karipap dan cream puff. kekenyangan dan seronok sambil melihat permandangan malam.





1 Syawal tahun ini kami ke Kedutaan Malaysia untuk menghadiri solat sunat dan meraikannya bersama kawan-kawan. Seawal pukul 6 pagi bertolak ke kedutaan di shibuya dengan manaiki kereta. Di embassy seperti tahun sebelumnya disediakan jamuan raya.. alhamdulilah menu2nya bersesuaian dan sedap. walaupun agak simple iaitu nasi tomato ayam dan sedikit nasi impit dan kuah kacang.. sewaktu di embassy fateh agak meragam mana taknya banyak tengok muka yang tak biasa jadi asyik nak berdukung je.. mama pun tak dapat nak bersembang2 sangat dengan kawan-kawan tapi kebetulan ramai juga kawan2 yang menjaga anak2 di tingkat bawah bangunan embassy tu jadi sembang dengan kawan2 kat situ jela.. sambil tu kawan-kawan ajak ambil gambar dan berkenalan dengan kawan-kawan yang baru.

Disebabkan hari tersebut adalah hari Jumaat,lebih kurang jam 11 pagi kami bertolak ke Masjid Tokyo Camii Masjid turki untuk menunaikan solat jumaat. Masjid ni cantik dan besar, rasa bangga ada simbol keislaman di bandar tokyo ini, ramai jemaah yang menghadiri solat jumaat pada hari tersebut.Lama juga kami disitu selesai solat dan menyalin pakaian untuk ke destinasi keseterusnya.



Selesai semua urusan di masjid kami ke YomuiriLand di kawasan Tokyo juga..Pada mulanya kami bercadang ingin ke Tokyo Dome tapi setelah berbincang Yomuiri land yang menjadi pilihan. Yomuiri land adalah taman tema untuk kanak2 dan orang dewasa.Sampai saja disana kami berkira2 untuk masuk dan memilih pakej yang berpatutan untuk menghabiskan masa disana kerana kami hanya punya masa 1 jam 30 puluh minit sahaja. kami bersetuju untuk mengambil pakej permainan kanak2 berharga 1900 yen dan 2900 yen untuk dewasa dan boleh main apa saja untuk kanak2. Sampai pening2 kepala ita temankan fathnin main setiap permainan kanak2 tu.. fathnin seronok je sebab dia rasa puas sangat dapat pergi tempat macam tu...


Setelah puas bermain perut pun kembali lapar jadi disebakan kami pergi bersama Family kak ira jadi kami mengajar kak ira makan sushi untuk dinner malam tu. Di sebabkan rasa pening kepala main permainan di Youmuiri Land tu ita rasa tak berselera sangat nak makan tambahan fathnin pun tidur jadi kurang la sikit pinggan sushi kami malam tu. selalunya kalau tak lebih 20 pinggan tak sah kami... tapi malam tu hanya 18 je... setelah kekenyangan kami pun balik kerana esoknya nak menghadiri majlis hari raya di rumah aliza untuk kawan2 utem di yokohama dan birthday party aina anak Aisha.

06 September 2010

Biskut raya pertama tahun 2010 ni.. hihhihi.. sebenarnya bukan tak nak buat biskut raya tapi hari tu mak mertua dah bagi biskut raya dah ada lagi sikit baki2 nya tu.. jadi bila tanya husband dia kata terpulang la kalau nak buat buat sikit dan yang anak2 suka makan. Kalau ikut selera kami ni suka biskut yang berkacang jadi cari2 resepi berminat nak buat biskut suji pelangi ni.. cantik dan tentu sedap. alhamdulillah sedap dan sebanarnya tinggal beberapa ketul je lagi.. sebab buat satu adunan anak2 dh usung balang dari siang semalam lepas je siap dan semalam pun ada buat terawih kecil kecilan dengan jiran2 kat sini ada hidang sikit so tinggal sikit je lagi hiihiihi.. pagi ni buat satu lagi biskut sebab tengok bahan semua ada kat rumah ni iaitu chocolate oatmeal cookies .. nampak best je.. resepi ada di bawah ye..


Biskut suji Pelangi
sumber kak fida Myresepi.

Bahan-bahan ( 40-50 keping )

  • 100 g minyak sapi ( 8 1/4 sb rata )
  • 50 g gula icing - ayak ( 1/2 cwn rata dan kurangkan 1 sb rata )
  • 1/8 sk garam halus
  • 200 g tepung gandum ( 1 1/3 cwn rata ) + 1/8 sk b.soda - diayak bersama
  • 20 g badam kisar ( 2 1/2 sb rata )
  • pewarna merah,kuning,hijau
  • Secukup gula halus - untuk tabur
  • secukup paper cup

Cara-cara

  1. Minyak sapi,gula icing dan garam dikacau hingga sebati.Masukkan badam kisar dan kacau rata.
  2. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan dan mangkuk.Jika doh masih melekit,tambah tepung secukupnya lagi.
  3. Bahagi doh kepada 4 bahagian dan warnakan merah,kuning,hijau dan 1 bahagian warna asal.
  4. Ambil secubit adunan drp keempat2 doh berwarna,campur dan bulat2kan sebesar guli. ATAU.... canai setiap doh berwarna dan tindihkan antara 1 dgn yg lain,kemudian dipotong 1/2 inc persegi.Ambil setiap persegi doh dan bulat2kan seperti dlm gambar contoh....
  5. Susun di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 min pd suhu 160C atau sehingga garing.
  6. Golekkan biskut dgn gula halus dan masukkan ke dalam paper cup.



Chocolate Oatmeal Cookies dari sini
dari blog aishashaheer
Bahan-bahan

  • 90g butter
  • 25g gula perang
  • 25g gula halus
  • 1 biiji telur (60g) - kocok
  • 1 sk esen vanila
  • 1/4 sk garam
  • 100g tepung gandum
  • 100g oatmeal - hana campur nestum
  • 20g dark semisweet - cincang - hana tk ltk
  • 50g walnut - cincang - juga tak letak
  • 60g chocolate chips
  • 1 sudu besar tepung jagung - nih hana tambah

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 190. Alaskan loyang dengan baking paper.
  • Dalam mangkuk, satukan butter dan gula. Pukul menggunakan whisk hingga fluffy.
  • Masukkan telur, esen, garam. Kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung dan kacau menggunakan spatula.
  • Masukkan choc chips, walnut dan dark choc. Kacau lg sebati.
  • Ambil sesudu demi sesudu dan letak si atas loyang yang beralaskan baking paper td. Dan tekan sedikit menggunakan garfu.
  • Bakar selama 10-15min atau hingga keperangan.
  • Sejukkan di atas redai. Siap dihidang.

Taufu fa laici


Pemanis yang mulut yang amat mudah dan sedap.. tambah makan sejuk2 nyaman tekak.. bulan puasa ni kadang selepas terawih sambil duduk2 layan anak2 suka juga buat acara suap menyuap puding atau pemanis mulut ni.. berebut2 makan mama, papa dan anak2.. resepi asal dari Love tapi ita ambil di blog kak hana... thanks kakak2 berdua ni..

Bahan-bahan

  • Taufu lembut
  • Laici dalam tin
Cara-cara
  • Kukus taufu fa selama 10-15min @ microvawekan selama satu minit.
  • Sejukkan taufu dan juga syrup lychee dan laici dlm peti ais beberapa jam sebelum dihidang.(nak lg cepat,buh jerk ice cube)
  • Sendukkan taufu ke dalam mangkuk puding dan tuang syrup laici dan juga laici yg dsiat kecil.
  • Sedia utk dingap!!

Ikan Masak Stim


Tempohari pergi pasar nampak ikan ni macam ikan merah tapi tak tahu la nama apa kat jepun ni..:p.Balik terfikir nak masak apa la dengan ikan ni. Kalau kat rumah ni ikan yang dibakar memang cepat je licinnya.. tapi dah selalu pula buat jadi hari ni tukar buat stim tapi resepi stim ni sedap dan amat mudah resepi dari kak dayang jack.. Thanks kak amat kena dengan selera kami.. nak buat pun mudah..

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 1 ekor ikan segar (ape2 je jenis ikan yg digemari. dyg prefer ikan Red Dragon sb rasanya sedap, xde bau dan harga pun xlah mahal sgt)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 5-7 biji cili api (diketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 sb sos ikan
  • 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi)
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 labu bwg besar (dihiris)
  • sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 1-1½ liter air
  • sedikit cendawan dan bunga kobis
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
ita tambah 2 keping asam keping..

Cara-cara

  1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
  3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.

02 September 2010


Kuih talam suji ni ita buat semalam. Buat pun dah berbuka huhuhu.. kes tak sempat nak siap sebelum berbuka la ni... sekarang ni dah semakin awal berbuka tapi maintain start masak kul 4 lebih tu yang terkejar2 nak masak kuih muih dan makanan berbuka tu.. sambil berhenti sekejap2 tengokkan Fathnin dan Fateh ni. Talam suji ni kegemaran ita dan kakak sebenarnya. jadi tempohari waktu kakak tanya ada ke stok makanan yang nak untuk bulan puasa ni ita suruh kakak carikan tepung suji ni.. hihihi.. thanks kepada Yong dan Yeop yang rajin melayan untuk pos macam2 untuk adiknya ni. Ita dah dapat makan talam suji ni... alhamdulillah suka sangat. Resepi talam ni dari rumah kak Hanieliza.. thanks kak.. ita share disini ye.. semalam berbuka mee rebus tapi sebab dah kelam kabut masak nak ambil gambar pun tak sempat...


Lapis bawah :

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.





Samosa inti Tuna

samosa inti tuna ni menu hari ni.. ini pun sama kes sikit lagi nak berbuka baru siap.. kelam kabut dibuatnya..tengok la lipatan samosa pun tak kemas.. huhuhu.. tak pe la makan masuk mulut jugak yek.. yang pasti suka samosa ni sedap... ambil dari rumah kak hana tapi resepi asal dari rumah bro rozzan.. hari ni berbuka Yong tau fu tapi resepi dah ada dalam blog so ita tak share sini ye...



Bahan-bahan

  • Kulit Popia secukupnya
  • 300g tuna dalam tin - toskan minyak - bleh tuko sardin
  • *1/4 bawang besar kuning
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 sudu makan ikan bilis
  • *1/2 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk kari - bancuh ngan 1sb air
  • 1/2 kiub pati ayam - optional
  • 1 biji kentang kecil - potong dadu
  • 1/4 btg carrot - potong dadu - leh ganti kentang n carrot dgn mix vege
  • Daun sup - hiris halus
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  • Blend bahan yang bertanda * .
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan pes kari, kiub ayam dan sedikit air. Masukkan kentang dan juga carrot. Biarkan seketika hingga empuk.
  • Kemudian masukkan tuna. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir skali masukkan daun sup. Matikan api.
  • Untuk membuat kelongsong samosa, rujuk step by step di blog Bro Rozzan. Thanx bro.. Masukkan inti tuna dan lipat seperti biasa.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG