21 August 2011

Rojak Tauhu



Salam semua. Moga hari ini memberikan kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan. Hari cuti seperti hari ini tentu banyak aktiviti yang dilakukan. Tambahan Aidilfitri semakin hampir tentu banyak persiapan yang ingin dilakukan.



Semalam ita hanya masak yang simple-simple je terkadang sedap juga makan macam ni,tambahan suami ita suka makan rojak. Semalam ita buat Rojak tauhu. Ita guna kuah yang mak mertua ita poskan kelmarin iaitu Kuah Rojak Mak Bee. Sedap dan sesuai dengan tekak kami. Hanya bagi yang tak suka pedas tentu berapi juga nak makan sebab kuah ni agak pedas sikit. Tapi bagi yang tak ada kuah rojak yang segera boleh buat sendiri dan ita lampirkan disini juga resepinya.

Okla resepi Rojak tauhu ni ambil dirumah kak hana. Lama blog kak hana tak update tentu sibuk ye kak.. rindu dengan celoteh dan resepi akak yang best-best tu..:) ita kongsikan disini ye kak. Terima kasih.



Rojak Tauhu


Bahan-bahan

Bahan Rojak

  • Tauhu Pok/Tauhu biasa - bakar/goreng dahulu
  • Timun
  • Taugeh celur
  • Kangkung celur
  • Nenas



Kuah Rojak
  • 1/2 botol kicap
  • 1/2 botol sos tomato
  • 10 biji cili padi dikisar halus - ikut kepedasan masing2
  • 1 senduk besar gula merah dimasak dgn 1/2cwn air & ditapiskan
  • 1/2 kg gula pasir
  • 2 sudu makan belacan jenis yang betul2 kaw ok!
  • 1 cawan air
  • sedikit air asam jawa
  • 1 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan2 kuah diatas dan masak atas api sehingga betul2 pekat.
  • Biarkan ia sejuk terlebih dahulu.
  • Tuangkan kuah ke atas bahan2 rojak.Taburkan kacang tanah tumbuk.
  • Sedia dihidang.





16 June 2011

Rojak / Pasembur



Salam semua. Hari ini ita nak keluar sekejap sebab ada check-up Fateh di ward office disini, ward office tu macam pejabat daerah kalau kat Malaysia, ia menguruskan semua urusan tentang penduduk didaerah tersebut. Di Jepun ni setiap kanak-kanak yang berumur 1 tahun 6 bulan dan 3 tahun akan ada check up ni, jadinya temujanjinya hari ni dan temujanji ini telah ditetapkan bukan boleh datang sesuka hati je.

Hari ini nak kongsi resepi rojak yang ita buat semalam. Rasa nak makan rojak ni bermula sejak nampak Kamalia tunju rojak dia lepas tu nampak kak ida plak.. jadinya tak tunggu dah terus beli barang pagi semalam. Petang tu godek-godek didapur untuk makan dinner. Ita selalunya masak waktu petang sebab dah siap mengajar fathnin dan kerja-kerja rumah, jadinya senang sikit nak masak dan biasanya Fateh tidur petang senang sikit tak la terkejar-kejar sangat nak melayan dia.

Resepi ni ita ambil di blog kak noreen@my home cooking blog . Sedap resepi ni. Hanya di cucur lembut tu ita tambah kelapa sikit bagi rasa-rasa lemak sikit suka cucur gitu. Hanya dalam gambar ni tak de telur baru perasan tak masukkan telur..:P

Rojak / Pasembur

Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 camt serbuk cili
3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati

Bahan Sampingan:
tauhu goreng
sengkuang
timun
kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
telur, direbus & dihiris

30 April 2009

Rojak Mee


Hari ni buat Rojak mee. Rojak ni kegemaran abang.. sedap makan.. Jadi buat untuk breakfast dan abg bawa pergi lab... Ita tak plan nak masak rojak mee ni, tapi tengok ada bahan dalam peti ais so ita buat la rojak ni..

Bahan-bahan
#cucur udang
200g tepung gandum
1/4 bawang merah
1/2 sudu kecil cili serbuk
1/2 kunyit serbuk
1/2 sudu kecil dry yeast
sedikit garam
udang mengikut kegemaran masing
sedikit air
* bancuhan dibiar 1 jam baru digoreng

#bahan lain
1 paket mee
3 biji kentang direbus dan digoreng
1 mangkuk taugeh di celur
1 biji timun
1/2 biji lectuce
5 ketul dada ayam digoreng
2 keping tauhu digoreng
#kuah kacang mengikut kegemaran masing

10 March 2009

Rojak Kegemaran suamiku


Lama tak update blog ni banyak entry yang menanti ni heheheehh.. tapi tak sempat nak post.. anyway request dari abang nak makan rojak.. abang memang hantu rojak kalau kat melaka kami suka makan rojak kat satu gerai ni namanya gerai bukit godek melaka. best rojaknya walaupun gerainya biasa2 je.. jadi nak hilangkan rindu kat rojak tu ita cuba la buat.. first time ni... yang risaunya tentang kuah dia takut tak sedap so sebelum buat tu try la ingat step2 buat kuah kacang untuk nasi impit dulu.. dulu pernah buat waktu open house itu pun mak yang ajar.. hehehhe so alhamdulilah jadi kuah kacang ta.. best abang kata.. tapi memang tau..( haha puji masakan sendiri) jadi plak.. rasa best sangat.. so buat la step untuk rojak plak.. ita masuk je apa yang ade kat dalam peti ais tu,so terhasil la rojak ayam ni...

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG