Cuba buat kuih jepun pula.. Kuih ni Ros jintanmanis yang promote untuk makan hari tu.. sejak tu kalau jumpa kat supermarket suka nak beli. Sedap kuih ni..tambahn ada strawberry tu.. saja search di japanesefood.com jumpa resepi kuih ni.. so apa kata ita cuba... alhamdulilah sedap... hanya perlu diperbaiki dari segi bentuk je.. so dibawah ni ita dah translatekan untuk memudahkan ita rujuk untuk masa akan datang.. bagi yang nak tengok resepi asal klik disini ye..
Bahan-bahan,
Labels: kuih muih, masakan jepun
Menu untuk pagi ni cuba resepi dari dapur kak ummi dan resepi asal dari kak ayu kuwait (aymy).. makan dengan sup ayam jagung dan nasi goreng.. sedap.. lagi satu ia adalah menu sihat sebab tak goreng ayam ni .. bakar cara memasaknya...
Bahan:-
Labels: ayam
Kek yang dah lama buat tapi baru nak letak resepi disini untuk rujukan akan datang. First time buat kek lapis. Buat pun sebab tengok tergolek2 hawflakes dalam peti sejuk tu tak makan. Baik cuba resepi kek lapis ni. Tapi disebabkan loyang kukus itu tu kecil dapat sikit je la sebab ita pun buat 1/2 adunan.. bukan apa first time takut tak jadi nanti sayang plak.. Alhamdulilah memenuhi citarasa, sedap kek ni... resepi ni ita ikut dari blog kak ummi.. thanks kak .. resepi asal dari kak Fida MYR.. tapi tengok la warna kek tu tak betul susunannya.. hihihhi sebab terlupa lepas tu warna apa.. pakai bubuh je...
Labels: Kek
Kami di Nagaoka dari 21-24 mac tempohari. Kami pergi pun disebabkan papa ada present paper di conference. Present paper ni adalah salah satu syarat untuk Phd papa.. pada mula papa tak janji nak bawa kami ke Nagaoka tapi bila paper diterima papa tukar fikiran untuk bawa kami sekali disebabkan bila lagi nak bawa kami jalan2 luar Yokohama.. seronok sangat dapat tengok tempat orang terima kasih papa..
Untuk ke Nagaoka kami pergi menaiki Shinkansen. Shinkansen ni ada macam2 jenis sebnarnya untuk ke Nagaoka kami menaiki jenis Toki. Seronok naik shinkansen ni cepat sampai dan rasa macam naik kapal terbang sebenarnya. Waktu dalam shinkansen tu kami lalu satu kawasan iaitu Echigo - yuzawa.. kat situ tempat orang main ski masih ramai lagi yang main dan salji masih lebat turun.
Sampai je di Nagaoka kami terus ke hotel ditemani adik umi dan alifah.. kami menginap di hotel Hokke club. Selesa sangat bilik di hotelnya mana tak nya sewa agak mahal juga iaitu 12 ribu yen bagi satu malam.
Sepanjang papa pergi conference kami jalan2 dikawasan station nagaoka tu je sebab hotel tu di kawasan station tu jadi sempat juga la cuci-cuci mata di situ. Papa present paper di Nagaoka university of Technology jauh juga dari hotel tu lebih kurang 20 minit kalau tak silap. Habis je papa present paper abang sufian suami kak ayu bawa papa dan Aliza ke rumah kak Ayu. ita memang dah ada dirumah kak Ayu sebab sebelum tu kak Ayu dah ambil ita di hotel dan bawa anak2 main di tempat permainan. tak de gambar nak letak sini sebab papa bawa kamera ke conference.
Esoknya sebelum balik kak ayu dan keluarga bawa kami jalan2 Nagaoka.. disebabkan kami ni teringin nak main ski jadi kami nak pergi echigo hill park. Tapi malang sikit sebab salji semua dah cair jadi tak dapat la nak main ski tu..
setelah habis jalan2 kawasan park tu kak ayu bawa kami di tepi laut iaitu teradomari pasar ikan. Banyak sangat ikan dan ketam yang murah disini. Yang best ketam besar murah2 disini. ita tak beli sebab susah nak bawa naik shinkansen nanti. jadi makan kat situ je la ikan bakar yang dijual. Bukan main sejuk sebab angin laut menderu2.
Sebelum kami ke nagaoka station untuk balik kak ayu tumpang solat di halal house. sempat la juga ita beli beberapa air untuk ita minum didalam shinkansen nanti. Jam 645 petang kami meninggalkan nagaoka.
Labels: tempat dilawati
Salam semua... sudah lebih seminggu tidak meng"update" blog.. mana tak nya tuan rumah ni kalau nak berjalan-jalan atau ada kerja yang nak dilakukan tak berkemas la blog ni. Kami sekeluarga baru balik dari mengikut suami ita menghadiri conference di Nagaoka, jepun. Nagaoka dengan Yokohama agak jauh juga disebabkan yokohama di sebelah timur dan nagaoka di bahagian barat jepun..kami ke sana menaiki shinkasen mngambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit dan tiket pergi balik lebih kurang 16 ribu yen seorang bagi tempat duduk reserve. Shinkansen ini adalah keretapi laju dijepun dan ini adalah pengalaman yang pertama ita menaiki Shinkansen.
secara peribadi Nagaoka adalah bandar yang aman, jauh dari kebisingan kota dan mudah juga sebab semua supermarket yang besar2 ada disitu.. selain permandangan bukit2 yang cantik tambahan sewaktu kami datang salji masih bersisa. Dengan kos sara hidup yang agak rendah berbanding kehidupan kami di Yokohama, rata-rata rakyat Malaysia di Nagaoka berkenderaan tidak seperti kami di Yokohama hanya family yang berkerja sahaja yang mampu menggunakan kereta.
Di Nagaoka,rakyat malaysia ada lebih kurang 100 orang termasuk kanak-kanak.. ini dari info kak ayu..ramaikan.. berbanding kami di Yokohama university yang hanya 4 family dan 5 adik ijazah( bilangan ini hanya untuk pelajar universiti sahaja). ita ada kenalan sebelum ke sana kak ayu namanya..ita berkenalan di blog je.. itu la kelebihan berkawan di alam maya bila bersua rasa tak janggal dan seperti lama dah kenal.. Kak ayu dan suami abang sufian banyak membantu kami disana.Kak ayu dan keluarga meluangkan masa menjemput ita untuk menjamu kami makan dan membawa kami jalan2 sekitar Nagaoka kalau tak susah untuk ita dan family berjalan2 sebab tidak biasa dengan kawasan tersebut.
Selain itu kami juga sempat berkenalan dengan abang syukri dan keluarga serta 3 orang adik Ann, Umi dan alifah sewaktu disana. kebaikan dan layanan kawan-kawan diNagaoka amat kami hargai dan adakah kami mampu membalas layanan yang sama jika kalian ke Yokohama nanti.Terima kasih banyak-banyak ye dan jemput la keYokohama..
Labels: tempat dilawati
Donut ni kiranya tiap-tiap minggu kena buat. Sebab fathnin suka sangat makan donut. Tapi donut fathnin mesti ada coklat dan biji-biji yang berwarna warni tu.. kalau tak dia tak berapa suka.. Adik Fateh pun suka juga donut coklat.. tapi abaikan sapuan coklat yang comot tu ye..so try guna water roux untuk buat donut ni sebab ada lebih water roux buat roti kelmarin.. untuk resepi water roux ni boleh pergi ke blog mamafami.. thanks mamafami.. so resepi donut ni ita edit sikit untuk tatapan mata ita supaya senang kemudian hari.. resepi yang dah biasa ita guna boleh lihat disini
Bahan-bahan
200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
40 g water roux
100ml susu segar
20g butter ( ita guna shorterning lebih gebu)
minyak masak untuk menggoreng
coklat bar
kacang atau manik hiasan
Cara-cara
*ita guna home bakery so pilih menu dough.
1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2.Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
3.Masukkan pula butter
4.Uli sehingga tak melekat ditangan
5.Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
6.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
8.Terap menggunakan donut cutter
9.Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda. ( kalau tak sabar tak buat step yang ni pun ok)
10.Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
11. coklat bar dan susu satu susu di panaskan didalam microwave dalam 10 -15 saat atau hingga cair.
12. Letakkan coklat dia atas donut tersebut dan hiaskan dengan hiasan yang disukai.
Labels: kuih muih
Musim bunga di jepun ni banyak bunga-bunga yang kembang dan mekar. Dan yang menariknya setiap musim ada je bunga-bunga yang berlainan untuk menjadi tatapan mata. Dua tiga hari ni hari cerah jadi sempat la ambil gambar bunga-bunga kat belakang rumah ni... bunga-bunga belakang rumah ni tumbuh meliar je dan ada banyak plak spesis bunganya.. tapi sikit lagi berhutan la kalau tak ditebas... yang paling best tengok bunga ros yang pokoknya tinggi tu.. rimbun dengan bunga..
ini bunga kegemaran ita.. suka tengok bunga ni.. rasanya namanya daffodil kalau tak silap...
so layan la hutan bunga kat belakang rumah ni.. yang paling banyak bunga purple ni...
Labels: Aktiviti
Dah seminggu asyik gambar salji je... mana taknya lepas main salji hari tu badan Fateh panas.. nak demam .. tu yang mama tak boleh la nak memasak sangat.. buat simple2 je dengan blog pun tak jenguk.. hari sabtu kawan2 ajak pergi petik strawberi sebab fateh pun dah kurang panas sikit tapi silap bila jalan2 badan dia still lagi belum kebah.. so terperap je dia tak bermaya..
cerita tentang strawberry picking ni kami pergi ke tetayam, area Chiba. Jauh juga lebih kurang 2 jam perjalanan.. yang bestnya nak pergi sana kena ikut Aqua line highway jika naik kereta.. aqua line highway dibawah laut.. memang menakjubkan.. tak sempat nak amik gambar sebab ita tak leh nak bergambar dalam kereta sebab pegang fateh... yang pasti tolnya pun agak mahal...
sampai di ladang strawberi tu diberi masa 30 minit untuk makan strawberi tu.. makan la sampai kembung2 perut.. petik yang besar2 dan cantik je.. hihihihi.. manisnya sedap... makan dengan susu pekat manis.. tapi ita makan gitu pun sedap..
lepas pergi strawberry picking tu pergi tetayama seaside takut sungguh tengok laut dia... besar dan ganas.. macam nak tsunami pun ada.. besar ombak tu... ok la layan la gambar outing ramai2 dengan sebahagian family di yokohama ni...
Labels: Aktiviti, tempat dilawati
Hari ni salji turun lagi di Yokohama. Sebenarnya kalau ikut ramalan pagi tadi tidak ada salji cuma hujan je... Fathnin nampak salji je seronok sangat terus kata nak pergi main.. tapi mama kata biar banyak dulu baru seronok. Bila malam salji banyak .. kali ni bawa adik fateh main salji.. diam je dia sebab sejuk agaknya atau terkejut apa yang jatuh atas kepala dia.. Sebelum salji ni turun hari tu fathnin ada kata bila la nak turun salji lagi.. mama kata doa la... mulut dia terkumat kamit doa.. hari ni bila ada salji dia kata yea.. seronok Allah dah bagi salji kat Fathnin dah.. alhamdulillah...macam2 anak mama ni.. tapi pelik juga.. salji waktu spring .. apa-apa pun semuanya ketentuan Allah..
Alhamdulilah Allah masih memberi peluang untuk ita bernafas sehingga ke umur 30 hari ni moga Allah memanjang dan memberkati umur ita dan akan terus memberi peluang untuk memperbaiki diri sebagai seorang isteri, ibu, anak,diri, guru dan masyarakat yang berguna dan cemerlang InsyaAllah.
Terima kasih banyak-banyak pada ibu ita dan sekarang yang menjaga ita iaitu suami tersayang yang banyak membahagiakan ita. terharu dengan kesungguhan dia untuk membuat ita gembira dihari kelahiran ita thanks ye abang... hadiah pun beli macam-macam.. ita rasa terharu sebab nak ita rasa dihargai sampai belanja makan kat luar 2 kali.. tah ita dapat membalas ke tak sambutan harijadi macam ni buat abang nanti.... bagi ita abang dah buat ita bahagia sudah memadai.. tapi tahun depan kalau nak bagi lagi ita tak tolak.. hihihihi :)..
thanks juga buat abang puza dan Adnin sebab ajak pergi makan sushi hari ni.. seronok sangat walaupun bukan sempena sambut birthday ita tapi ita rasa happy sebab kita dapat mengahabiskan masa bersama... moga persahatan ini berkekalan..
buat aliza dan ali.. seronok dapat makan-makan selepas main badminton semalam.. makan kenyang dan seronok ..
kepada rakan2 blog yang memberi ucapan ingatan dan doa terima kasih moga persahatan kita walapun di alam maya berkekalan...
di bawah ada beberapa gambar sepanjang semalam sehingga hari ni...