Salam semua. Hari ini cuti bagi negara Jepun. Cuti hari perkerja. Tapi bagi suami yang tidak berkerja ni tetap ada kerja yang perlu diselesaikan. Hari yang sungguh cerah untuk keluar bersiar-siar hari ini di Yokohama ni walaupun suhu tetap sejuk namun matahari sungguh cemerlang memancarkan cahayanya.
Sekadar berkongsi satu lagi resepi kek yang ita buat hari ahad baru-baru ni.. Kek lagi..?hihihihihi kekini ita buat untuk dibawa ke majlis sambutan Aidiladha di Universiti suami. Ita ada beli 1 kg cheese jadi nya kalau ita nak buat untuk makan dirumah nanti mahu tak boleh kancing pula kain nanti.. :) Jadinya baik buat jika ada majlis- majlis sebegini. Ita makan 2 sudu je sekadar nak rasa. Alhamdulillah sedap kek ni. Ini adalah kali ke 2 ita buat oreo cheese cake ni. Di jepun ni biskut oreo ni agak mahal sikit harganya jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Lebih kurang RM8 satu pek. Jadinya kadang-kadang je ita beli itu pun beli kena beli 2 pek satu untuk makan dan satu untuk buat kek ni sebab sambil buat kek ni dah habis satu pek dimakan oleh anak-anak.
Resepi ini amat mudah dan sedap. Bagi penggemar oreo dan cheese boleh la cuba kek ini. Untuk tambah lebih meriah sebenarnya di dalam nya ita tambah sedikit kepingan coklat tango dari Malaysia yang berperisa cookies. Sedap terasa coklat-coklat didalam nya. Lupa pula ita nak ambil gambar coklat tu.
Resepi ini ita intai di rumah kak ummi. memang dulu pun ita guna resepi ini. Sedap.. Resepi asal dari Joyce (Jthorge). Terima kasih buat kedua-duanya.
Oreo Cheese Cake
Bahan:-
Base :-
Filling:-
Labels: Kek
terlioq dah ni kaka
cheese cake lagik nangesssss
isssyyy 1kg cheese issyyy lepas ni banyak la menu cheese....nk terjah sana la rasa ngeeee!
wah 1kg cis...hmmm nk pengsan kak Nur...apa2 pun kek yg dihasilkan sungguh menakjubkan,cantik dan selera mata memandang...anak-anak suka ni oreo ciskek...dulu2 kak nur pernah buat tapi biasa2 aja lah tak lah secantik yg di deco Ita...anak2 kak nur suka.
Oreo cheese cake tentunya yummy.... dah lama tak mkn...tengok Ita tayang ni terasa nak buat juga....bilalah rajin. 1 kg cheese...mmg byk tu...
samal kak,aritu pun ade gak buat oreo ciskek,tp xletak lg dlm blog..
anyway,cntiknye ciskek akk tuh..
sy browse blog utk buat cheesecake. surprisingly sy jumpa satu blog ni yg cara & bahan yg sebijik sama a.k.a copy paste dgn blog ni.
cer check: http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/02/resepi-oreo-cheese-cake.html
hmmmm.... ape pon.. nak try lah. kalau pakai microwave oven boleh tak? selalu buat yg tak payah bakar.. =)