Pada 6 Disember 2009, Sabtu baru-baru ini, 4 family beserta 3 orang bujang telah ke Yamanashi University utk menyertai pertandingan badminton antara Malaysian seluruh Jepun 2009 anjuran adik-adik di Yamanashi University. Kamini bukanlah pandai main sangatpun, sekadar pergi utk suka-suka jer. 2 biji kereta telah disewa. Bila sampai jer, kecut perut jugak bila tengok adik-adik yg datang hebat-hebat belaka. Rasa-rasanya cuma team Yokohama jer yg dtg dengan family dan penyokong-penyokong cilik...hehehe jenuh mengejar di luar court. So, masa main terpaksalah bergilir-gilir antara husband and wife. Alhamdulillah kedua-dua team, lelaki dan wanita Yokohama dapat pingat. mama perak, papa gangsa.
Team wanita: Aliza(single), Juwita & Mariam (Bergu), Adnin & Aishah (Bergu)
Team lelaki: Saifulza(single),Fariz & Fahmi (Bergu), Shaheer & Ali (Bergu)
Manager merangkap sub: Kuyu
Penyokong cilik: Fathnin, Yaya, Fateh, Zameer & Aina
Untuk pemanis mulut berbuka abang semalam ita buatkan puding roti marble ni.. sedap puding ni dah beberapa kali buat.. sedap resepi kak hana ni.. ita buat setengah adunan je sebab roti yang lebih pun sikit je. resepinya disini
Labels: puding
Semalam abang puasa jadi untuk menu berbuka abang memang suka yang simple. Jadi disebabkan tengahari tu ita masak pasta jadi malam tu ita buat ayam bakar blackpepper bermayonis resepi dari ros ni.. sedap resepi ni dan mudah je... thanks ros diatas resepi yang sedap ni.. minta izin letak kat sini.
Bahan-bahanye
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah
Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)
Labels: ayam