23 July 2012

Kek Di Simple Homemade Cake

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah nak masuk 3 hari berpuasa.. moga amalan puasa an kebaikan yang  kita lakukan diterima olehNya. Mencari-cari masa yang sesuai untuk menulis disini, namun masih belum berkesempatan, ada resepi baru yang sempat diambil gambar untuk dikongsi disini ada yang di cuba juga tapi tidak sempat untuk diambil gambar.. InsyaAllah dilain kesempatan boleh dikongsikan disini.


Alhamdulillah dengan perkembangan Simple Homemade Cake, tempahan kek tidak putus setiap minggu mesti ada.. Syukur dengan rezeki yang Allah berikan. Namun suami selalu mngingatkan ita, bukan wang jadi ukuran tapi niat memberi pilihan makanan halal di Jepun yang lebih besar pengertiannya. Tambahan selain itu ia juga tempat ita menyalurkan minat ita yang mndalam dalam bidang ini. Walaupun begitu masih banyak yang perlu  ita dipelajari dan perbaiki dalam bidang ini. Untuk kenangan ingin ita kongsikan juga disini sebahagian kek yang ita hantarkan kepada pelanggan.

















21 February 2012

Salam semua. Lama sudah ita tidak ke blog. Terkadang ada juga ita intai-intai blog ini tapi memang tak sempat untuk balas komen setiap yang berkunjung apatah lagi untuk balas komen di blog kawan-kawan. Terkadang amat rindu dengan gurau senda kawan-kawan blog namun kemampuan ita tak terkejar jika ingin buat semua benda jadi ada yang perlu dikorbankan. Harap kawan-kawan blog tak melupakan ita ye..:(

Alhamdulillah hampir 2 bulan Simple Homemade Cake beroperasi dan kami amat berpuas hati dengan perkembangannya. Walaupun tidak la semaju mana tapi bagi ita ia cukup mengubah kehidupan harian ita tambahan yang paling ita suka, masa ita terisi dengan padat aktiviti yang menyeronokkan disamping galakan suami, keluarga dan kawan-kawan membuatkan ita sentiasa bersemangat. Suami ita adalah tulang belakang ita yang sentiasa memberi semangat dan idea dan terima kasih Allah dengan nikmat-nikmat ini. Buat kawan seperti kak June dan Ida yang memberi semangat dari awal lagi ita
amat menghargainya.


Contoh Bentou menu nasi putih
Contoh Nasi lemak
Pembukaan Simple Homemade Cake sebenarnya sekadar memberi pilihan untuk mereka yang mencari Cake Halal dan Frozen food halal ( kek halal dan makanan sejuk beku halal) diJepun ini. Selain ia juga sebagai mengisi masa yang ada dengan perkara yang bermanfaat buat ita. Alhamdulillah..:) Seronok rasanya bila setiap pelanggan yang memberi komen yang positif dan membina walaupun mungkin ada kelemahan kami dimana-mana namun setiap yang dititipkan itu amat berharga buat ita. Ingin ita kongsikan disini setiap gambar yang dikongsikan oleh penempah namun cukup la ini sekadarnya untuk tatapan semua orang agar ia menjadi sebagai semangat buat ita dan kenangan di masa hadapan.
Red velvet Cake
Blueberry Cheese Cake
Blueberry crumble pie
Penghantaran bento mengunakan plastik makanan

Dibawah antara komen-komen yang dikongsi menggunakan sms



Kami juga mendapat banyak pertanyaan dan cadangan untuk menghantar kek dan frozen food keseluruh Jepun bagi yang memerlukannya. Sebagai memenuhi permintaan Alhamdulillah kami telah pun membuka tempahan bagi mereka yang menginginkan makanan sejuk beku secara pos. Di Jepun perkhidmatan pos amat efisyen dimana kita boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran secara sejuk beku dan ia boleh sampai kepada penempahnya dalam masa paling awal 1-2 hari saja. Alhamdulillah dengan setiap bantuan ini. Makanan- makanan yang kami tawarkan seperti ikan sumbat sambal, karipap, donut, pancake, pizza, nugget dan beberapa item lagi yang boleh dilihat di album frozen food. Penerangan dan cara untuk penghantaran ada dimuatkan di album delivery info di pages Simple Homemade Cake. Untuk memudahkan penempah kami juga telah merangka pakej yang menguntungkan untuk memaksimumkan kos penghantaran. Bagi yang menginginkan penjimatan tersebut boleh lawat di pages kami juga..:)


Pakej yang menguntungkan

Terima kasih diatas sokongan semua. Moga ia memberi manfaat buat diri kami dan mereka yang memerlukannya..:)

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG