Menu pemanis mulut semalam. Bubur chaca memang kegemaran ita semua famili ita tahu. jadi memang chaca ni kakak selalu akan poskan untuk ita tambahan bila ramadan ni kalau malas2 je leh buat bubur chaca je.. tapi kali ni teringat resepi diblog kak ummi bubur chaca candilnya amat mengoda jiwa.. jadi ita cuba buat, bagi ita amat sesuai dan sedap tambahan gabungan warna yang cantik. bagi yang nak cuba boleh ke sini dan ini untuk rujukan ita ye.. thanks kak ummi..
BUBUR CHACHA CANDIL WARNA WARNI
Bahan Untuk Candil :-
Labels: Manisan
Salam .. Sudah beberapa hari tak sempat-sempat nak update blog.. minggu lepas agak busy mana taknya tuan rumah buat majlis iftar kecil-kecilan dirumah ajak kawan-kawan yang berdekatan untuk sama-sama berbuka dan solat terawih bersama. Disebabkan rumah diJepun ni kecil jadi banyak la pengubahsuaian yang terpaksa dilakukan untuk melapangkan rumah bagi tujuan solat terawih... Jadi agak busy sikit tambahan hri ahad ada tempahan tart lagi. Buat tart ni bagi saya perlukan masa dan tumpuan yang baik untuk menghasilkan tart yang ranggup, sedap dan comel. itu bagi ita yang kadang kelam kabut dengan urusan anak2 ni.
Menu nasi kari berdaging ni menu minggu lepas hari khamis. Tapi disebabkan sibuk tak sempat nak post kat sini. Alhamdulilah sedap bagi ita dan mempunyai kelainan. Resepi dari nure myresepi. ini untuk rujukan saya akan datang.. ita padankan dengan kerabu tomato ikan bilis dan ayam tandoori.
Labels: Nasi
Dah beberapa hari tak update blog .. mana taknya kalau hujung minggu je sibuk memenuhi jemputan berbuka jadi masak yang simple2 je untuk bersahur..dan dua tiga hari lepas masak makanan yang dah ada dalam senarai resepi iaitu nasi jagung, laksa penang.. so semalam sempat mencuba resepi ayam percik ni.. makan dengan nasi goreng dan kangkung goreng. Berselera je papa makan.. kuih ita buat paratha puff berinti ayam tengok kat umah kak nor ganu dan sagu gula melaka memang kegemaran ni sebenarnya. jadi untuk resepi ayam percik copy dari rumah kak ummi .. resepi asal dari sajiemas, Myr.. sekarang ni fathnin dah mula bersekolah.. Ponat juga mama sebab bangun awal nak buatkan bentou...
AYAM PERCIK PASAR MALAM (Sajiemas,MyR)
Bahan:-
Cara-Cara:-
Labels: ayam
Bulan puasa ni bersemangat masak nasi yang berperisa ni.. Sebab kalau bulan tak puasa ada juga buat tapi dengan busy urusan rumahtangga kadang selesai masak tak sempat nak ambil gambar... tujuannya bukan nak menunjuk-nunjuk tapi senang nak rujuk masa akan datang tak la mencari2.. nak letak resepi tanpa gambar tak best pula tak ingat plak nanti rupa macam mana.. hihihiihi.. berblog pun bukan apa untuk seronok2 dan kepuasan sendiri... ok jangan melalut... Nasi Aswan ni bagi ita amat sedap.. rasa ala2 nasi tomato ayam.. so siapa yang belum cuba boleh cuba amat berbaloi..resepi dari sini. Hari ni ita gandingkan bersama kerabu taugeh bonda kak ummi, kurma daging dan Ayam Goreng berempah serai dari Love2cook
Nasi Aswan
Bahan-bahan
Bahan hiasan untuk ditabur:
Cara-Cara:-
Pemanis mulut macam ni memang Fathnin suka sangat. Saja tunjuk pada dia gambar puding ni dirumah kak zana sebelum buat .. terus tak sabar nak buat dan makan. Makan sejuk2 waktu berbuka nyaman tekak... ita copy resepi ye kak...
Bahan2 puding :
1/2 cwn tepung kastard
2 sb gula
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn air
Cara-cara
masak & kacau hingga pekat atas api sederhana.. masukkan dlm acuan. sejukkan
Kuah : Susu cair + 2 sd gula + puding + buah2an.. sejukkan..
Labels: puding
Wireless buat hal plak kat rumah ni.. payah sikit nak update blog. Tambahan komputer Fathnin ni pun suka nak terpadam je. Ini yang mood nak update merudum ni... hihihii.. so nasi ni ita buat kelmarin sebenarnya. Bulan puasa ni makan nasi macam ni best juga senang nak fiki laukk masak apa...Resepi ini ita ambil dari rumah kak ummi.. Suka jalan2 umah kak ummi sebab resepi semua best. untuk nasi ni ita padankan dengan rendang ayam, daging dendeng dan jelatah.
Bahan:-
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit.
5 cawan air
2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, hijau dan kuning
Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - mayang
1/2 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis
Cara Memasak:-
Labels: Nasi
Alhamdulillah jumpa juga gambar Fruit tart yang agak clear .. Ini bukan menu berbuka ye.. Tempohari ada tempahan tart ni jadi waktu dah siap2 tu tak dapat nak ambil gambar sebab abang tertinggal kamera di Lab. Jadi Alhamdulillah hari ni terjumpa gambar ni dalam salah satu gambar majlis tersebut dapat nak share kat sini. Setelah minta izin nak copy dari tuan yg ambil gambar baru boleh tempek disini. Dah beberapa kali buat selalu lupa ambil gambar. Two thumb up to Mat gebu atas resepi ini.
Lain betul gambar yang diambil guna Dslr ni.. huhhuhu... saya tak de.. nak beli takut tak berbaloi plak tambahan harganye yang ribu riban itu...
Hari ni berbuka dengan nasi beriani dan lauknnya ayam beriani dan salad kobis. Berselera suami makan dan hati rasa happy je... Fathnin pun suka.. makan bertambah. Tapi cerita kelakarnya harini jiran ita, adnin pun masakk nasi beriani. Jadi kami ni alhammdulilah setakat ni hari2 mesti tukar lauk, tetiba bila fathhnin hantar lauk kerumah Adnin dengar adnin gelak ingatkan apa rupanya termasak menu sama... nasib lauk ada beza sikit adnin masak ayam kurma ita masak ayam beriani dan sayurnya pun lain juga.. Adnin kalau bagi lauk pada ita mesti banyak jadi bulan puasa ni untuk elak pembaziran ita masak sikit2 je kuantitinya.. takut berlebih plak.. sayang nanti... Thanks Adnin rajin bagi lauk walaupun mengandung... Jom kita tengok resepi nasi beriani dari belakanng pek rempah beriani adabi. ita suka resepi ayam beriani ni sedap..
Bahan A:- (akak buat 1/3 dari resepi asal ni)
Cara-Cara:-
Buat kuih cara manis untuk berbuka hari ni. Lemak2 resepi kuih cara ni. Buat guna acuan takoyaki je..
Bahan-bahan
* 100gm tepung
* 100ml santan
* 100ml susu cair
* 1 biji telur
* 1/2 sudu teh garam
* beberapa titik pewarna hijau
* sedikit esen pandan
inti
Gula
Cara-cara
1. Campurkan tepung, santan,susu, telur dan garam. gaul hingga rata. (ita blender)
2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan gula sebagai inti
3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje. Tutup atas acuan dgn tutup periuk untuk masak sekata
Labels: kuih muih
Buat ikan bakar berempah semalam. Bulan2 puasa ni ikan ni bakar memang laku di rumah ni. Dah biasa sangat buat ikan bakar jenis sumbat hari ni tukar selera sikit.. resepi dari dapur kak ummi.. thanks kak ummi..
Labels: ikan
Request dari fathnin.. tadi puasa separuh hari lagi hari ni, kesian plak buatkan la untuk dia. Resepi dari rumah noreen. dah lama pun tak buat muffin... buat muffin mudah dan senang anak2 nak makan.
Bahan-bahan :
175g tepung gandum
1 1/2 camt baking powder
75g marjerin atau unsalted -biarkan lembut
175g gula kastor- ita kurangkan 120g je
2 camb madu lebah
1 biji telur
1 camt esen vanila
100ml susu segar
110g blueberries
* ita letak jem blueberry dan kurangkan sedikit gula.
cara:
Labels: Kek
Bulan puasa kena rajin2 update menu masak2 ni.. hiihhi baru bersemangat nak masak dan tak la terasa sangat rindu masakan Malaysia..:). So hasil skodeng semalam tak tahu nak masak apa so buat la nasi tomato dan kawan-kawannya sebagai pembukaa tirai menu ramadan ni.. lagi pun lama juga tak masak nasi tomato dan check dalam entry tak pernah masuk plak. jadi hari ni kita share menu ni ye...
Nasi
Bahan-Bahan:
Labels: Nasi
Salam semua... entry pertama bulan ogos walaupun dah nak masuk 2 minggu ogos berlalu.. yang lebih mengembirakan lagi esok bermula la seluruh umat islam didunia mengerjakan ibadat puasa.. ini kali kedua berpuasa dan beraya di jepun InsyaAllah dan kali ketiga beraya di perantauan sebab dulu penah jga berpuasa dan beraya di Adelaide, Australia waktu suami buat master dulu...
Syahdu plak rasanya... sebabnya kalau puasa kat Malaysia terasa kemeriahannya tambahan bila dapat balik kampung dan berbuka bersama mak dan keluarga mertua.. kami kahwin satu tempat jadi insyaAllah selalunya tak de masalah nak balik rumah siapa dulu untuk berbuka bersama keluarga.
Dikesempatan ini ita sekeluarga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan maaf dipinta jika ada perlakuan dan tutur kata yang menyinggung perasaan sesiapa semoga ibadat kita di terima olehnya dan memperolehi ganjaran yang berlipat kali ganda.. InsyaAllah...
pstt... moga2 rajin la ita lepas ni nak update blog ita ye... hihihihhi
Labels: Aktiviti