29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Salam semua. Tentu masing-masing sudah sampai ke kampung halaman masing-masing. Seronoknya pengalaman itu. Ibu bapa pun tentu gembira melihat anak cucu berkumpul dan memasak hidangan untuk disajikan dipagi raya bersama-sama. Bagi ita disini InsyaAllah akan beraya di Kedutaan Malaysia diJepun bersama kawan-kawan. Moga hati ini terus tabah, yang penting rasa bersyukur kerana masih dapat berkumpul bersama keluarga kecil ita dan kawan-kawan disini.

Dikesempatan ini Fariz, Ita serta anak-anak Fathnin dan Fateh mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin jika ada keterlanjuran yang dilakukan kepada sesiapa jua. Moga Ramadhan yang bakal berlalu dan Syawal yang bakal menjelma memberikan kita seribu keberkatan dan kebaikan didalam diri kita.





26 August 2011

Biskut Tembikai



Salam semua. Hari ini di Malaysia tentu dah ramai yang akan memulakan perjalanan balik kampung. Seronoknya bila terkenangkan pengalaman itu. Memulakan perjalanan awal supaya tidak bersesak di jalan raya adalah perkara yang perlu dilakukan. Terasa sayu pula. lagi tambah sayu semalam sempat hantar kawan ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia berhari raya. Seronoknya bila tengok kawan-kawan nak balik Malaysia, tergambar keseronokan dan keluarga didepan mata tapi mengenangkan banyak lagi perkara dan perjuangan yang belum selesai disini hati yang sayu tabah semula...:)

Biskut tembikai ini ita buat awal minggu ini. Biskut ini pun tinggal sikit je. Fathnin suka sangat dengan biskut ini. Ita buat biskut ni pun sebenarnya untuk makan-makan sendiri je. Disini amalan kunjung mengunjung tu tidak la seperti di Malaysia. Jadinya jika ada biskut pun sekadar ingin memberi sedikit sahabat handai untuk merasa jika berjumpa dan selebihnya untuk makan sekeluarga. Ita buat biskut ini 1/2 adunan je dikhuatiri tak habis pula nanti tapi tanggapan ita meleset Fathnin gemar dengan rasa dan bentuknya. Fathnin pun amat teruja dengan kejadian biskut ini yang comel katanya.


Ita buat biskut ini sebab tertarik dengan biskut kak Azlita dan Ika yang telah mencuba resepi ini. Berseni dan cantik kejadian biskut-biskut ika dan kak Azlita. jadinya ita cuba buat. Seperti kak Azlita kata banyak juga 'kesabaran' yang perlu ditempuhi nak buat biskut ini. .. kalau tak sabar banyak jadilah seperti biskut ita ni kurang cantik je kejadiaannya. tak pe la.. yang nak makan ita sekeluarga baru pertama kali buat mungkin banyak kelemahan yang boleh diperbaiki lagi kemudian hari.

Waktu nak ambil gambar Biskut Tembikai ni, saja pinjam peralatan permainan memasak Fathnin, dia pun nak bergambar sekali katanya... seronok je tengok di bergaya depan kamera..:) Sambil ita ambil gambar tu tak henti-henti mulutnya mengunyah biskut ini. Akhir-akhir ini ita tak benarkan dia berpuasa sebab tempohari bibirnya kering disebabkan berpuasa dalam keadaan panas menyebabkan mulutnya pecah dan melecet .. ramai kawan-kawan yang tegur kesian fathnin .. jadi ita biarkan dia tidak berpuasa dahulu sehingga mulutnya sihat dan pastikan dia minum air yang banyak.



Okla resepi ini ita ambil dari dapur kak Azlita. nak tengok versi tembikai kuning boleh tengok di dapur Ika. Resepi asal dari Kak wan ( citarasawan) yang penuh dengan biskut-biskut menarik.. Terima kasih kepada semuanya dan ita panjang-panjangkan resepi ini disini ye.



Biskut Tembikai

150 gm gula kastor
150 gm mentega
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu pekat
320 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder (lain kali kena kurangkan)
1/8 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan hijau
paper cups
bijan hitam




Cara-cara

  1. Pukul gula dan mentega hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata.
  3. Bubuh tepung gandum yang sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam.
  4. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan kepada 3 bahagian, merah, hijau dan plain.
  5. Buatkan bebola kecil dengan doh merah. Canai doh plain nipis2 je..pastu salutkan dengan bebola merah tadi.
  6. Canai doh hijau nipis2 gak, kemudian salutkan dengan doh tadi. Buat seperti buah tembikai.
  7. Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).
  8. Belah 4 bebola tadi, pastu letak lah bijan hitam sikit dan aturlah dalam paper cups dan barulah diletak di dalam tin pembakar.
  9. Bakarlah pada suhu 160 drj celcius selama 20-25 minit atau hingga masak.

25 August 2011

Biskut Koko Rangup



Salam semua. Ramai yang dah kemas barang nak balik kampung dan menyediakan persiapan terakhir untuk hari raya. Bagi ita disini macam biasa seperti tahun-tahun sebelumnya tidak ada persiapan yang istimewa yang dibuat. Kuih raya yang dibuat dah tinggal balang hanya ada satu je kuih raya yang tinggal disebabkan seisi rumah kurang menggemarinya iaitu tart nenas..:P jadi disebabkan ita punya masa pagi tadi dan tergoda dengan kerajinan aisha kawan ita diOsaka tunjuk di FB jadi gagahkan diri untuk buat biskut ni.

Biskut ini amat mudah dan sedap bagi yang suka coklat biskut ini amat sesuai. Ita gandakan adunan tapi dapat tebal la pula.. Sepatutnya nipis sikit baru best.. jadi bagi yang buat itu ita nasihatkan jangan buat tebal2 tau..:) sebab nipis lagi rangup..opps lupa nak tulis tadi sebenarnya ita saja letakkan kacang pecan dalam adunan ni sikit.. bagi terasa kacang2.. lagipun kacang ni ada banyak anak2 tak suka makan gitu je baik masukkan dalam biskut..



Resepi ini agak sikit sukatanya kalau nak buat untuk biskut raya bagi ita baik la gandakan 2 atau 3 adunan.. ita ni saja je buat makan-makan anak-anak ini pun sebenarnya waktu entry ni ditulis tinggal la kurang 15 keping je kot.. hahahaha sebab fateh suka sangat makan..

Okla kita semak resepi dari kak yani, ini ita ambil di myresepi. Kak yani dah keluarkan buku masakan jadi boleh dapatkan dikedai berhampiran ye... Terima kasih kak atas perkongsian ini, ita kongsikan disini pula ye...



Biskut Koko Rangup

Boleh gandakan adunan jika ingin dapat lebih banyak
Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm )

* 50g mentega tanpa garam
* *70g tepung
* *15g serbuk koko
* *1/8 sk serbuk kulit kayu manis
* *1/4 sk baking powder
* *40g gula perang
* *2 cubit garam



Cara-cara

1. potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven paper
2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
3. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. ( lagi rangup jika dibuat nipis. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
4. Bakar selama 25-30 minit.
5. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

Kuih Tako



Salam semua. Makin kita menghampiri ke penghujung Ramadan. Makin kita rasa sayu untuk melepaskan bulan yang penuh keistimewaan ini. Pastinya Syawal menanti dengan rasa gembira dan meneruskan amalan-amalan baik yang dilakukan dibulan Ramadhan ini dibulan-bulan lain juga..:)

Beberapa hari yang lepas ita teringin nak makan kuih Tako. Tapi belum berkesempatan nak buat. Alhamdulillah semalam mula masak awal sikit jadinya sempat la buat kuih tako ni. Hajat dihati nak makan kuih tako yang dalam daun pandan juga tapi faham saja la duduk diperantauan stok daun pandan bukan ada banyak pun, itu pun stok yang mak kirimkan baru-baru ini. Ita hanya korbankan 2 helai sahaja. Bila duduk diperantauan semua daun-daunan ini amat la berharganya ita akan pakai sebaik-baiknya...



Resepi kuih tako ini amat mudah nak buat. Lagi pun sedap pula rasanya. Memang tak perlu beli la kalau dah pandai buat. Nak buat pun mudah tak sampai 10 minit.. seronok sangat. Rasa berbaloi. Suami ita makan yang guna daun pandan dan tak guna daun pandan suami ita kata sedapnya guna daun pandan sebab wangi je baunya. Bagi ita pula rasa tetap sama hanya bau wangi dan terasa 'original' jika guna daun pandan..:) Untuk resepi ini sesuai untuk keluarga kecil ita.

Oklah resepi ini ita ambil dirumah kak Azlita. Blog kak Azlita juga ada menunjukkan cara-cara nak membuat kotak kuih tako ini. Terima kasih kak ita kongsikan disini pula ye..



Kuih Tako
Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe hijau ( ita guna putih)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak ada boleh guna buah pear) - ita guna buah pear
ita tambah sedkit esen pandan dan pewarna hijau

Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air
secubit garam


Cara-cara

  1. Susun kotak pandan atas tray.
  2. Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
  3. Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.
  4. Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
  5. Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
  6. Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
  7. Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
  8. Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!


24 August 2011



Salam semua. Syawal semakin menghampiri dan Ramadhan bakal berlalu. Moga kita sama-sama dapat bertemu kembali Ramadhan yang bakal dirindui ini tahun hadapan. InsyaAllah..

Hari ini ita nak share resepi Easy Parmesan- garlic Chicken @ Ayam Bawang putih bersama keju Parmesan yang ita ambil dari buku "busy Family Recipes" oleh kraftfood. Ita baru beli sebenarnya buku ni. Nampak menarik semua menu-menu didalamnya. Ita buat menu ni pada hari Ahad baru-baru ni. Kisahnya ita keluar beli barang dapur balik lagi 1 jam 30 minit je masa nak berbuka. Solat asar sekejap terus bersilat didapur dalam fikiran tak sempat nak masak menu nasi terus fikr masak pasta carbonara, Ayam Bawang putih bersama keju Parmesan ni dan salad dan kuih karipap yang difrozenkan.. alhamdulillah semuanya cepat masak dan jadila menu berbuka kami pada hari tu..:)



Bagi yang ingin mencuba resepi ni bolehla mencubanya. Ia sedap jika dimakan bersama salad dan sos cili bagi yang inginkan pedas. Resepi dari Busy Family Recipes.



Ayam Bawang Putih bersama Keju Parmesan


Bahan-bahan

3-4 ketul ayam ( bahagian dada)
3 sudu keju Parmesan ( Lebih pun tak pe bagi yang suka)
1/2 sudu serbuk bawang putih ( boleh gantikan dengan bawang putih cincang)
sedikit oregano
sedikit basil
sedikit cayanne ( jika inginkan pedas)
sedikit lada sulah
secubit garam

Cara-cara.

  1. Panaskan oven 180 c
  2. Potong ayam bagi nipis dan memanjang.
  3. Lumurkan semua bahan-bahan diatas ayam tersebut dan perap seketika.
  4. Setelah itu bakar di dalam oven selama 25-30 minit sehingga masak.


22 August 2011

Roti Sosej Rangup



Salam semua. Alhamdulillah dah habis masak dah untuk menu berbuka hari ini. Disebabkan hari mendung tak de nak pegang kamera petang ni jadi ada masa sikit untuk masukkan entry. 2-3 hari yang lepas amat sibuk dengan urusan rumahtangga. Penat rasanya nak jalan-jalan dapur kawan-kawan pun ada yang tak sempat.

Hari ini sampai blog kena hack dengan suami sendiri .. :P bukan apa saja suami ita masukkan info supaya sesiapa yang mencari maklumat tentang AP ini dapat. Senang katanya simpan dalam blog ita ni nak rujuk nanti buka je entry yang tu.. Suami ita adalah tulang belakang blog ni.. Dia mesti baca dan bagi komen apa2 yang ita tulis kat blog...:)



Ita buat roti sosej ni hari sabtu sebenarnya. Resepi ini dah banyak kali buat tapi tak pernah masukkan sebagai entry. Kali ini ita masukkan. Ini adalah menu yang semua seisi keluarga suka. Sedap dan mudah. Kalau jalan-jalan tak tahu nak masak apa ada roti keping menu ni la yang suka buat.Kanak-kanak suka sangat dan ia mengenyangkan.



Resepi ini ita ambil dirumah kak Nor secubit garam. Tengok tadi izah pun ada buat untuk anaknya. Tapi kali ini ita tak letak keju sebab tak de dalam simpanan. Terima kasih kak nor atas perkongsian resepi ini. Ita kongsi disini pula ye


Roti Sosej Rangup


Bahan:
10kpg roti
10 batang sosej ~ direbus sekejap- ita masukkan dalam microwave sekejap
10kpg slice cheese- ita tak letak kali ni tak de stok
1 bj telur ~ dipukul sedikit
sedikit garam diletak didalam telur- ita tambah
sedikit lada sulah diletak didalam telur- ita tambah
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara:

  1. Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  2. Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 batang sosej.
  3. Sapukan hujung gulungan roti dgn sedikit telur (utk melekatkan)
  4. Gulung dgn kemas. Buat hingga habis.
  5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  6. Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan
  7. Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  8. Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.


Tumpang lalu, ni suami ita nak share kalau ada yang mungkin mencari maklumat berkenaan ini. Maaf ya.








21 August 2011

Rojak Tauhu



Salam semua. Moga hari ini memberikan kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan. Hari cuti seperti hari ini tentu banyak aktiviti yang dilakukan. Tambahan Aidilfitri semakin hampir tentu banyak persiapan yang ingin dilakukan.



Semalam ita hanya masak yang simple-simple je terkadang sedap juga makan macam ni,tambahan suami ita suka makan rojak. Semalam ita buat Rojak tauhu. Ita guna kuah yang mak mertua ita poskan kelmarin iaitu Kuah Rojak Mak Bee. Sedap dan sesuai dengan tekak kami. Hanya bagi yang tak suka pedas tentu berapi juga nak makan sebab kuah ni agak pedas sikit. Tapi bagi yang tak ada kuah rojak yang segera boleh buat sendiri dan ita lampirkan disini juga resepinya.

Okla resepi Rojak tauhu ni ambil dirumah kak hana. Lama blog kak hana tak update tentu sibuk ye kak.. rindu dengan celoteh dan resepi akak yang best-best tu..:) ita kongsikan disini ye kak. Terima kasih.



Rojak Tauhu


Bahan-bahan

Bahan Rojak

  • Tauhu Pok/Tauhu biasa - bakar/goreng dahulu
  • Timun
  • Taugeh celur
  • Kangkung celur
  • Nenas



Kuah Rojak
  • 1/2 botol kicap
  • 1/2 botol sos tomato
  • 10 biji cili padi dikisar halus - ikut kepedasan masing2
  • 1 senduk besar gula merah dimasak dgn 1/2cwn air & ditapiskan
  • 1/2 kg gula pasir
  • 2 sudu makan belacan jenis yang betul2 kaw ok!
  • 1 cawan air
  • sedikit air asam jawa
  • 1 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan2 kuah diatas dan masak atas api sehingga betul2 pekat.
  • Biarkan ia sejuk terlebih dahulu.
  • Tuangkan kuah ke atas bahan2 rojak.Taburkan kacang tanah tumbuk.
  • Sedia dihidang.





19 August 2011

Blueberry Crumble Pie



Salam semua. Selesai sudah puasa hari ini. Moga diberikan kekuatan untuk meneruskan puasa untuk hari-hari terakhir Ramadhan. Hari ini dijepun terasa beberapa kali gegaran. Terkadang cemas juga namun bila ianya berakhir dan semakin perlahan hati yang bergoncang reda semula. Alhamdulillah moga dijauhkan segala musibah.Amin..

Sejak ita buat Farmbrozen Kenari (FK) kelmarin terasa-rasa lagi kesedapannya. Jadi disebabkan masih ada blueberry yang berbaki baik ita gunakan sebelum ia kecut dan busuk. Resepi yang terfikir untuk dicuba iaitu 'Blueberry crumble pie'. Tempohari ada nampak dirumah Saba resepi ini.. lawa pie saba tempohari jadinya tertarik untuk mencuba. Tapi disebabkan sudah jatuh cinta dengan resepi 'crust' dari FK kelmarin menyebabkan ita menggunakan resepi crust dari FK.




Banyak juga resepi crust yang pernah dicuba resepi crust ini paling sesuai dengan tekak ita. Dan yang paling best ia mudah dipotong. Cukup ranggupnya dan sedap pula tu..:)Untuk "crumble"nya pula ita guna yang di Blog Saba tu tapi untuk butter tu ita adjust sikit untk mendapatkan crumble yang cantik...:)

Okla jom kita lihat resepi yang telah ita olah sana sini iaitu dari resepi Farmbrozen kenari (FK)dan juga blog Saba ( ShiawaseMrsBangpek) untuk menghasilkan pie yang enak ini. kebetulan ita bawa kerumah kawan untuk berbuka dan kawan-kawan pun mengemarinya. Alhamdulillah..:) InsyaAllah akan buat lagi dan lagi..:) Terima kasih Saba ye..;)



Blueberry Crumble Pie

Bahan-bahan ( untuk acuan 7 inci)

Lapisan Crust - base

150 gram tepung gandum
25 gram Gula kastor
90 gram mentega

cara-cara

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang atau putih
  2. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang
  4. Canai adunan ke dalam loyang dan cucuk-cucuk dengan garfu
  5. Bakar selama 20 minit dgn suhu 160'c.
  6. Keluarkan doh setelah masak
  7. Bila sejuk sikit.
Tips : Doh agak melekat2 ditangan sewaktu menekan didalam acuan ita sapukan tangan dengan tepung untuk memudahkan untuk menekan didalam loyang.



Crumble

70 g tepung gandum
25 g gula
40 g mentega- yang sejuk dipotong kecil2


Cara-cara
  1. Gaulkan tepung dengan gula dengan rata
  2. keluarkan mentega dari peti sejuk dan masuk sedikit - sedikit kiub2 kecil dan gaul dengan tangan mentega dan adunan tepung tadi untuk menhasilkan crumble yang cantik. Jika tidak habis mentega itu pun tak pe .. Jangan uli seperti doh hanya gunakan hujung jari sahaja.

Inti

6 cawan blueberry
1 cawan gula
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu perahan lemon
sedikit lada

* Jika tiada buah blueberrry yang banyak boleh gantikan dengan blueberry jem dan taburkan dengan buah buleberry diatasnya.


Cara-cara:
  1. Didalam mangkuk yang besar masukkan semua bahan-bahan dan lenyekkan 20% dari blueberry tadi dan gaulkan sebati dengan tepung jagung hingga ia pekat. ketepikan.
Cara-cara membuat
  1. Ambil 'base' yang telah dimasak , masukkan inti yang telah digaul kemudian letakkan 'crumble' diatas inti tadi.
  2. Bakar 170 c selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

Ikan Bakar Sumbat Kelapa



Salam semua. Ramadan semakin hampir berganjak ke penghujungnya. Semakin hari semakin sibuk kita dengan persiapan semakin kita diuji dengan berkurangnya melakukan amalan yang perlu direbut dibulan yang mulia ini. Moga sentiasa teguh hati-hati ini mengaut semua pahala yang dijanjikan NYA.

Akhir-akhir ini banyak jemputan berbuka yang perlu dihadiri. Hampir setiap hari. Kelmarin ita mengajak kawan-kawan berhampiran rumah berbuka bersama-sama dirumah.Semalam ada majlis di Universiti suami belajar dan hari ini ada jemputan dirumah kawan disini. Esok juga jemputan telah menanti untuk diberi jawapan. Alhamdulillah meriah sungguh Ramadhan kali ini. Jadinya beberapa hari tak pegang kamera..:)masa nak mengupdate pun berkurangan disebabkan balik dari berbuka dirumah kawan kepenatan jadinya tak sempat nak masukkan entry. Moga diberi sedikit masa yang boleh dicuri untuk dimasukkan entry disini.

Okla ikan bakar sumbat sambal kelapa ini adalah menu yang ita bawa ke rumah kawan minggu lepas untuk berbuka bersama. Alhamdulillah ramai yang suka dengan resepi ini. Ita pun suka jika dibandingkan dengan ikan bakar sumbat sambal, resepi ini bagi yang gemar kelapa mungkin lebih mengemarinya. Ita tambah santan sedikit disebabkan ita guna kelapa kering. Kaedah masih sama ita bakar diatas kuali grill je dan ditutup dengan aluminium dan kali ini baunya lebih terasa disebabkan dibalut dengan daun kunyit pemberian mak yang baru tiba minggu lepas...

Oklah resepi ini dari dapur tanpa sempadan siapa yang tak kenal dengan cik mat gebu kita tu.. Resepinya tak terkejar macam-macam. Menjadi je masakannya...:) Terima kasih ye ita kongsikan disini pula..:)



Ikan Bakar Sumbat Kelapa

Bahan-bahannya
3 ekor ikan kembong hijau (jenis besar)

Bahan dikisar halus:-
4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 biji buah keras- ita tak letak
1 cm halia
1 cm belacan- ita gantikan dengan ikan bilis segenggam
1 camca teh ketumbar biji
1.5 cm kunyit hidup

Bahan lain:-
1/2 cawan kelapa parut putih- ita masukkan sedikit santan sebab guna kelapa kering
1/2 camca teh jus pekat asam jawa
1 camca teh gula
1/4 camca teh garam
2 camca besar cili kisar
1 helai daun kunyit, dimayang halus

Cara membuatnya:-
1- Potong muncung ikan, tarik keluar insang dan isi perut ikan, berhati2 jgn perutnya terbelah. Kemudian belah belakang ikan perlahan2 hingga menjadi seakan2 poket. Cuci bersih, toskan dan lumur dgn sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.

2-Satukan bahan2 kisar dan bahan2 lain dan gaul hingga semua sebati dan mesra. Sumbat bahan2 tadi ke dalam ikan sehingga habis. Ikat dgn tali di tiga bahagian badan ikan (gunakan tali jenis cotton dan redam dalam air terlebih dahulu) seperti dalam gambar diatas. ( ita tak buat guna benang ni.. ita balut dengan dun kunyit je)

3- Bakar dalam oven pada suhu 190C, selama 20 minit. Lepas 10 minit terbalikkan ikan dan bakar lagi 10 minit. Buang tali pengikat sebelum dihidangkan.(ita guna kuali grill dan tutup atasnya dengan aluminium foil sehingga masak, terbalik-terbalikkan ikan tersebut.)

18 August 2011

Ikan Tempra Nyonya




Salam semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan rukun islam ketiga ini dengan baik.Moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari seterusnya akan bertambah baik InsyaAllah.

Kelmarin ita ke Pasar Matsubara di kawasan rumah lama ita. Jadinya jumpa ikan 500 yen seekor besar tau. Jadinya beli dan fikir nak masak apa dengan ikan ni. Dalam list dah lama sebenarnya nak buat resepi Ikan tempra Nyonya hanya ikan yang sesuai je yang tak jumpa. Hajat dihati nak tunggu jumpa ikan yang besar macam ikan siakap atau kerapu tapi pergi memang takde ikan-ikan sebegitu disini. Susah betul nak jumpa. Jadinya guna la ikan ni.

Bagi ita dan suami resepi ni amat sedap. Tambahan kami berdua suka masakan sambal-sambal merah ni. Resepi ni memang kena sangat dengan selera kami. Nampak bahan ringkas je dan cara masaknya berbeza sikit dari masak ikan sambal tapi rasanya cukup sedap. Bagi yang suka masakan sambal atau merah-merah macam ni adalah digalakkan untuk mencuba..:)

Okla resepi ini dari kak Diana. Kata kak Diana resepi asal dari buku "Nyonya Recipes". Terima kasih kak Diana atas perkongsian ini.. Ita kongsi disini pula ye.



Ikan Tempra Nyonya

Bahan-bahan
4 ekor ikan selar atau ikan kembung _ di bersihkan
Daun bawang
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukup kegunaan
Minyak
Perencah pati ayam / Kiub pati ayam -Tak bubuh pun tak apa

Bahan A ( Di goreng garing )
12 ulas bawang merah _ d hiris
12 ulas bawang putih _ d hiris

Bahan B
5 - 8 biji cili padi
3 batang serai dititik
2 biji cili merah dipotong menyerong

Cara²

1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa.. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing.. Angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih bolehlah d masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit d atas api kecil.
5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.



Nak letak kad hari raya dari ayu yang kreatif ni. Rajin buat kad raya dan rajin tukar header blog..:) cantik-cantik semua. Terima kasih ayu .. terima kasih ye...

17 August 2011




Salam semua. Salam hari rabu moga diri kita dilindungi dan diberkati Allah hendaknya dihari ini dan hari-hari seterusnya. Moga setiap amalan yang dilakukan diberikan pahala dan kelebihan yang sebanyak-banyaknya.

Terima kasih buat kawan-kawan yang datang berkunjung dan meninggalkan komen terima kasih banyak-banyak ita amat menhargainya. InsyaAllah akan akan membalas komen-komen di blog ita ni dengan secepat mungkin. Masa amat mencemburui dan tambahan macam ita ni ada anak kecil banyak karenah yang perlu dilayan dan diperhatikan. namun ia adalah asam garam rumahtangga dan kehidupan.



Semalam Fathnin minta buatkan jelly. Dia kata mama lama tak buat. Jadinya anak dara ita dah 'complaint' mamanya cari la jelly kegemarannya bersama fathnin. Ita masuk rumah kak Azlita godek-godek dapurnya Fathnin berkenan dengan puding laici nenas ni. Dia kata nak yang ini kebetulan ita ada beli buah laici kelmarin jadinya boleh la gunakan. Maaf ye kak geledah dapur akak plak...:)

Ita buat 1/2 adunan je dan dapat la kami makan anak beranak semalam terus buat juadah berbuka puasa. Fathnin happy sangat dapat makan. Sedap katanya. Bagi Ita dan suami pun suka sebab rasa nenas dan laici itu amat kena. Ita makan macam tu je tanpa kuah kastad. Bagi yang nak makan dengan kuah kastad pun boleh..:)Okla jom kita lihat resepi yang ita ambil dirumah kak azlita ni dan resepi asal dari chef hanieliza. Terima kasih kedua-duanya.



Lychee and Pineapple Cold

Puding Laici

Bahan
10 gm agar-agar serbuk
4 cawan air
1cawan cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlm tin dimesin bersama ainya

  1. Masakkan air, agar2 dan gula hingga mendidih dan gula larut.
  2. Tutup api dan masukkan susu dan buah laici yg telah dikisar bersama airnya tadi.
  3. Kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam 1/2 acuan atau mangkuk kaca kecil




Puding Nenas
Bahan
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin buah nenas ( ambil 6 keping di kisar bersama airnya yg selebih simpan utk hiasan )
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard
beberapa biji ceri merah utk hiasan

Cara-cara
  1. Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
  2. Masukkan air buah nenas dan nenas yg telah dikisar tadi.
  3. bancuhkan tepung kastard dan susu cair
  4. Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
  5. Kacau adunan sehingga hampir pekat.
  6. Apabila telah masak tuangkan keatas lapisan puding lychee tadi secara perlahan2.
  7. Hiaskan atasnya dengan gelang nenas dan buah ceri tadi.
  8. Biarkan sejuk




;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG