Weekend baru-baru ni waktu lalu di kedai bakery kat yokohama eki ternampak la pastry yang sedap-sedap. Terliur sangat tengok.. heheheh.. so balik je terus je search resepi cream puff atau pastry yang lain. Jadi hari ni ita try cream puff dulu.. jadi untuk menampakkan sedap letak la coklat dengan pecan. Untuk resepi ini telah ita ubah sikit mengikut kesesuaian ita. ita paipkan krim kastad ke dalam puff kalau tak nak paipkan boleh dibelah tengahnya mengikut kesukaan.
Bahan-bahan ( 15 biji )
200ml air
65g butter
100g tepung gandum- diayak
3 biji telur
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. tepung ayak terlebih dahulu.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana . Kemudian padamkan api.
3.Pecahkan telur didlm mangkuk lain dan pukul sedikit. Masukkan telur, kacau cepat-cepat . Ia akan menjadi warna kuning.kacau sampai tidak berketul.
4.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Alaskan dulang menggunakan baking paper.
6.Basahkan tangan dan tekan bahagian tanduk yang terhasil. Renjis permukaan cream puff dengan air.
7.Bakar dalam oven pada suhu 210c selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 20 minit.
8.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
krim kastad
Bahan-bahan
300 ml susu segar
2 sudu besar tepung
75g gula
1 1/2 sudu besar corn starch
2 biji telur
1 1/2sudu besar mentega
sedikit esen vanila
cara
1. panaskan susu diatas dapur dengan api yang perlahan.
2. Dalam mangkuk lain campurkan semua bahan kecuali susu tadi.
3. pukul bahan tersebut. setelah susu panas tutupkan api dan masukkan 1/4 kedalam mangkuk bahan tadi. kacau.
4. setelah sebati campurkan semua didalam periuk susu tadi dengan pasangkan api perlahan sambil kacau.
5. ia akan pekat dalam 2 minit dan jangan berhenti mengacau.
6. simpan krim didalam peti sejuk untuk sejukkannya.
Ahad baru-baru ni pergi yokohama eki.. lepas dah habis urusan di yokohama eki rasa teringin nak pergi Tokyu Hands.. Tokyu hands ni tempat shopping complex yang banyak barang-barang kreatif kat sini.. hari ahad ramai orang.. jadi ita dengan family tak jalan habis pun semua floor sebab susah nak bawa 2 anak ni.. so beli barang-barang masakan je kat sini.. Fathnin sempat ambil gambar dengan maskot yokohama 150 tahun yang ada kat depan supa ni..
Labels: tempat dilawati
Hari sabtu baru-baru ni ita pergi kodomo shizen koueng atas jemputan kak ida.. itupun melalui Aliza... so first time ita hadiri party hanami ni.. best sebenarnya.. tapi cuma bunga sakura macam segan je nak keluar tahun ni.. so kami makan-makan dan banyak orang jepun yang buat juga party ni... so memang ramai la group kat taman ni..so ini ada gambar di taman ni..
Labels: tempat dilawati
Semalam saja buat cup cakes untuk jamuan perpisahan adik-adik junior Malaysia yg dah habis belajar.. nak buat kek sebiji ita belum ada acuan kek yang besar so untuk memudahkan ita buat cup cakes.. habis bakar je ita tengok cupcakes tu merekah di tengah.. sedih.. apa nak buat ni... so buat topping dari whipping cream, cream cheese sikit supaya sedap dan icing sugar.. so jadi begini.. ok jugak rasanya... so bagi yang nak cover kek yang merekah kalau buat jangan panic cuba decorate kek tu.. heehhehehe
Rabu baru-baru ni abang pergi farewell party lab dia sempena meraikan rakan-rakan lab yang dah graduate. Merasalah dia makan makanan Jepun. Cuma, kena pilih-pilihlah. Sakana (ikan) bolehlah makan, sayur (yasai) pun OK. Cuma kalau ada niku (daging), contohnya abg cakap mcm pizza dia tu...memang tak sentuh langsunglah.
Ada satu gambar tu, Japanese yg pakai coat, bertali leher, bermisai yang duduk sebelah Aliza tulah sensei (supervisor) abang...namanya Atsuo Kawamura.
Malam tu cost makan mencecah 100 000 yen lebih. Kira-kira RM 4000 lebih. Thanks to Atsuo Kawamura.
"Arigatou Gozaimasu"
Semalam saja buat dessert untuk abang... abang suka yang manis-manis jadi nampak roti rasa nak buat butter bread pudding la..tapi disebabkan telur ada sikit dan roti pun tak banyak jadi buat sikit je... dapat 2 bekas heart shape sahaja... resepi ni daripada kak yani myr yang resepinya best-best tu.. tapi ita ubah sedikit mengikut selera dan kesenangan ita untuk menyediakannya. Untuk menambahkan kesedapan butter bread ni ita tambah kismis dengan pecan... ini resepi penuh..
Bahan-bahan
*Karamel*
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
2 sudu besar air suam
2 keping roti
sedikit butter
2 biji telur
300ml susu cair/susu segar
4 sudu besar gula halus
sedikit esen vanila
sedikit kismis(optional)
kekacang (optional)
Cara-cara
1.Sapukan roti dengan butter.
2.Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
Sediakan karamel.
1.Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang.
2.Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam.
3.Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi.
4.Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati.
5.Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
6.Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis
7.Letakkan acuan ini ke dalam oven dan bakar selama 25 minit menggunakan suhu 180
Spring telah bermula..best.. banyak bunga-bunga yang akan berkembang dan sempat juga ambil gambar bunga disekitar rumah.. banyak lagi sebenarnya tapi dek kerana berkejar dengan fathnin dan fateh so ambil yang mana sempat dulu... bunga ni sekitar rumah ita, ada yang depan ada yang belakang rumah.. cantik sangat tengok bunga-bunga ni...so saja nak share dengan kawan-kawan bunga yang ade kat kawasan rumah ita.. yang paling banyak bunga yang macam bunga ros yang warna pink tu.. banyak .. pokok dia besar tau macam pokok manggis.. lepas tu bunga dia penuh .. boleh bayang tak.. cantikkan.. sebelum ni pokok ni muram je tak berbunga bila spring je penuh sangat dengan bunga, ini lah keindahan ciptaan Allah.. Alhamdulilah....
Labels: Aktiviti
Hari ni terasa nak makan pizza.. jadi buat la base pizza pakai resepi doh asas kak fida myresepi.com.. selalu ita buat roti or pizza pakai resepi lain tetiba nak try resepi ni plak... best sebenarnya resepi ni.. resepi ni lebih mudah dan tak payah tunggu lama untuk dia naik 2 kali ganda dan naik dengan gebunya.. so seronok sangat... tapi pizza tak sempat nak ambil gambar sebab keluar je oven terus makan sebab bau dah tak tahan sedap sangat tambahan petang hujan so lapar la perut..ini gambar roti plak buat macam biasa roti sosej dan roti daging bercheese.. heheheh ini ita yang reka sendiri inti ni.. hahahah...roti sosej kena buat sebab fathnin memang suka so bagi yang nak cuba leh cuba resepi doh asas roti ni.. inti leh fikir sendiri.. Insya Allah jadi...
Bahan-bahan ( tergantung size doh yg dibentuk )
600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
120 g gula halus (1/2 cawan rata)
1 st rata garam
2 sb susu tepung (opt)
5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
1 biji telur
250 ml air
60 g mentega - lembut (2 sb penuh)
Cara-cara
Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.
Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll.
Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.
Siap untuk dihidangkan, utk sarapan atau minum petang.
Sebut pasal jagung tentu ramai yang suka makan.. Tambahan bila makan jagung suka tengok balik kat jagung tu bila makankan.. Betul tak.. heheheh.. so Jagung adalah diantara makanan kesukaan suami ita.. jadi harini masak nasi jagung sebab dah biasa sangat masak cucur jagung.. sedap sebenarnya nasi jagung ni.. resepi disini.. Untuk menambahkan selera nasi jagung,ita masak ayam masak merah kesukaan ku resepi mak dan acar timun masak ..resepi disini tara.. dah lengkap menu tengahari hari ini..
Labels: makanan
Banyak benda yang nak kena fikir kalau nak pakai kereta kat Jepun ni. Kalau setakat beli sahaja, rasanya memang mampu. Masalahnya ialah dari segi parking. Kat rumahpun parking berbayar. At least 30,000 - 40,000 Yen sebulan memang tak larilah. Tu tak masuk lagi travel g mana-mana. Pendek kata, masalah parking cost nilah yg membuatkan kami berfikir panjang sebelum nak pakai kereta kat sini.
Tapi baru-baru ni kitaorang ternampak kereta Toyota Estima second hand jer, tapi still cantik. Sport ream, tinted windows,siap ada roof/sun screen lagi ...colour putih. Memang before thispun memang kitaorg minat sangat sama ada Wish or Estima. Colour favourite plak hitam or putih. . So, kebetulan pula terjumpa Estima putih yang cantik & harganya tak mahal. Pikir punya pikir last-last abang Ita angkat jugak kereta tu. Bukan apa, sebab kereta ni boleh parking dalam rumah & parkingpun FREE. Masa mula-mula beli suami banyak juga pandu tapi sekarang ni Fathnin jer yg selalu pandu :)
Kitaorang beli 1000 yen jer, kat Kids Off...hehehe, jangan marah a....
Labels: Aktiviti
Harini fathnin tanya lagi mama tak masak kek ke heheeheheh.. ni mesti nak tolong lagi tu.. seronok plak anak dara ni... so harini plan nak buat donut... jadi buatla dengan dia... bagila sikit doh tu bagi dia merasa uli dan bentukan donut tu..seronok dia.. resepi donut ni ita ambil dari myresipi.com .. tuan punya resepi kak yani.. thanks kak ..sini resepinya.. buat 2 jenis ..ok la sedap dan senang.. so ini minum petang kami petang ini.. berselera fathnin makan.. mana taknya dia yang sibuk menolong heheeheeh.. to papa nanti balik makan ye..heehheeh..
Semalam saja je buat kek dengan fathnin.. Anak ita ni tak hantar tadika jadi bagi dia ade aktiviti dirumah ita ajak dia buat kek dengan ita.. ita suka ajak dia buat semua tu biar dia rasa pengalaman dan belajar dari pemerhatian.. bila kek dah siap saje tanya fathnin nak hias kek cantik-cantik tak.. dia kata nak.. excited sangat dia..so tengok dalam fridge ada whipping cream dengan cream cheese so try je.. ita buat icing coklat.. tapi kek tu ita potong buat 1/4 je dari besar kek asal sebab tak nak rugi... so start sapu atas kek.. First time ni... memang susah rupanya.. ita rasa sebab terlebih pukul whipping cream kot jadi susah nak sapu dengan tak licin tekstur icing tu..ehheehhe tp pengalaman kan.. so nanti nak buat lagi.. jadi ini kek ku yang comot heheehh..
Labels: Kek
Baru-baru ni kak Maas ajak datang rumah dia jalan-jalan. Sejak ita datang jepun ni belum pernah lagi pergi rumah dia. Rumah nya dekat je dengan rumah ita tapi rumah ita atas bukit rumah dia bawah so dekat dengan kedai-kedai dan tengah-tengah diantara 2 eki ( bahasa jepun untuk stesen keretapi)iaitu Hoshikawa dan Wadamachi. Bagi ita best kawasan rumahnya dan banyak supermarket kat area tu.. dulu kami pun nak sewa kat sini juga tapi sewanya mahal dan rumahnya kurang sesuai jadi dapat rumah sekarang lagi best.. heheh..walaupun kedai jauh sikit.. jadi lepas makan nasi ayam dan solat asar kami jalan disekitar wadamachi ni..
Labels: tempat dilawati
Minggu lepas ita telefon family di Malaysia. Jadi diorang pesan ambil gambar Fateh dan Fathnin terbaru jadi ini adalah gambar mereka. Fateh tengah ligat nak belajar berjalan dan Fathnin macam biasa je semakin membesar.. Dia kata 'kakak nak besar sampai lampu' heehheeh.. lampu tu merujuk lampu kat rumah ni..itu ayat dia yang selalu disebut. So bila dia tak mahu makan je ita akan kata macam mana 'kakak nak besar sampai lampu kalau tak makan'.ini ayat pancing sebenarnya bagi dia makan banyak. anyway ini gambar mereka.
Labels: family
Hari ini saja nak share bahan pembelajaran bagi parent yang tercari-cari bahan untuk anak-anak mereka. Ita pun dulu ada orang yang introducekan. Jadi ini adalah salah satu bahan dan tak semestinya ia bagus tapi ia adalah salah satu daripada banyak program dipasaran. Ita pun baru pakai 3 bulan.Program ini sesuai bagi bayi hinggalah yang berumur 7 tahun ia mengajar mengenal benda hingga lah membaca dan menulis.. Yg mudahnya parent boleh membiarkan anak seawal 3 thn untuk explore sendiri program ini di komputer dan jika baby buka sahaja di vcd.. jika nak lebih lanjut pergi sini so disini ada sedikit gambar untuk bahan ini.
Labels: family
Baru-baru ni ikut abang dengan aliza pergi imegresen kat yokohama. Bangunan tu dekat je dengan Chinatown dan Motomachi.. Jadi sempat la tengok kat area tu.. Kat Chinatown banyak la kedai barangan china kat sini ita tak beli apa pun hanya jalan2 je.. sepanjang jln kat chinatown tu banyak sangat kedai pau macam2 rupa.. Chinatown ni mana2 negara ade.. tapi ni versi yokohama..
Dah penat jalan kat Chinatown pergi plak Motomachi.. Kat sini banyak barang-barang berjenama dengan ade juga kedai2 baju yang tengah buat sale .. maklum la hujung winter ngan spring nak menjelma.. jadi ada la juga beli sehelai dua baju... best juga kat sini sebab cantik pemandangannya.. ita tak ambil gambar banyak sebab sibuk tengok baju sampai lupa ambil gambar. Dahla tertinggal digital camera so pakai camera handphone je la...
Labels: tempat dilawati
Weekend hari tu pergi lagi kid off.. kali ni nak cari walker untuk fateh.. mana taknya.. asyik jatuh aje dia sebab tengah lasak belajar nak berjalan jadi asyik berpaut pada tempat-tempat yang tinggi sambil tu lepas tangan.. tu yang ita risau tu.. tak larat asyik nak dukung aje.. nak buat kerja rumah pun tak senang sebab risaukan fateh jadi papa fateh ni berkeras nak beli juga walker untuk fateh.. jadi kami belilah walker ni.. sekarang tak risau lagi hanya rumah ni tak lah besar so pusing2 kat situ je la fateh dengan keretanya itu...
heheheh tapi mudah juga sebab nak bagi makan ke ita letak aje dalam walker tu... sambil nak upload gambar ni tadi ternampak la ade gambar fathnin sewaktu pakai walker dulu.. ita upload sekali la.. tapi ada lagi satu gambar baby yang pakai walker juga ita post kat sini.. cuba teka siapa.ehheheeh
fathnin dengan keretanya
cuba teka siapa ni...
Labels: family