18 November 2011

Pasta Sejuk



Salam semua. Salam hujung minggu. Tentu esok pelbagai aktiviti telah dirancang tambahan jika di Malaysia cuti sekolah telah pun bermula. Bagi ita disini seperti biasa aktiviti-aktiviti hujung minggu sahaja seperti membeli belah barang dapur dan bersantai bersama keluarga.

Layan resepi cold pasta/ pasta sejuk yang amat mudah ini. Selalu dengar lagu 'cold spagetti' dinyanyikan oleh kumpulan wiggle rancangan untuk kanak-kanak. Fateh dan Fathnin suka juga layan cerita tu. Jadi mama dia pun dah biasa dan kadang-kadang dah hafal lagu kegemaran anak-anak. Anak-anak zaman sekarang memang sangat celik IT tak perlu ajar banyak pandai sangat meneroka jadinya kalau lagu-lagu kartun di Youtube memang pandai sangat buka tambahan guna iphone atau ipad , hanya ibu bapa perlu mengawasinya selalu supaya tidak tersasar.




Untuk Pasta sejuk ni amat mudah hanya perlu rebuskan pasta dan boleh masukkan semua sayur-sayuran kegemaran dan digaul dengan perasa kegemaran sama ada berbentuk berkrim atau minyak sayuran. Kemudian di sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidang. Ita dapat resepi ni dari resepi kawan ita yang bawa waktu majlis hari raya aidiladha tempohari dan ita cuba pula dirumah. Resepi asal dari 'easy salad recipes'.


Pasta Sejuk

Bahan-bahan
semua bahan-bahan ini cadangan boleh sesuaian kan mengikut citarasa.
Pasta - lebih menarik jika berwarna warni
ayam cincang, sosej, meatball- letak mana yang ada bahan dirumah
sayuran -brocoli, lobak merah, celery, tomato, timun, bawang merah, capsicum
Perasa- oregano, basil, lada putih, lada hitam, garam, parmesan cheese

untuk bahan-bahan gaul ada 2 pilihan

berminyak
1/4 cawan minyak sayuran
3 tbsp. cuka/ jus lemon
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 tsp basil and/or oregano
garam dan lada putih

atau

Krim
1 cawan mayonis
2 tbsp jus lemon
1 ulas bawnag putih dicincang
1 tsp. basil
garam dan lada putih


Cara-cara.

  1. Rebuskan pasta mengikut arahan di pek bungkusan.
  2. Sediakan sayur-sayuran kegemaran dan jika menggunakan ayam boleh direbus atau digoreng dahulu. Kemudian cincang mengikut saiz yang bersesuaian.
  3. Didalam mangkuk kecil boleh mengaul jenis "dressing" kegemaran sama ada berminyak atau berkrim. ( ita buat berminyak)
  4. Masukkan semua bahan didalam mangkuk yang besar. Boleh di gaul dengan Dressing tadi. Perasakan dengan garam dan lada putih. Tabur parmesan cheese.
  5. Simpan didalam peti sejuk selama 2 jam.


18 Comments:

  1. ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    Oishii sou sukerrrr
    If Adam Tgk ni mesti dia Mintak suruh buat
    Sbb dia mmg suka benda gini
    Sedap mudah plak buat ekkk
    Ayu said...
    Assalam ita, pasta sejuk ni selalunya akak jumpa kat hotel and normally serve as appertizerkan..makan macm salad gitu..healthy diet ni ita..
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    sedapnya nampak pasta ni... xpernah lg mkn pasta sejuk..
    e'eh! minyak zaitun tu sama brandlah dgn yg akak biasa guna.. hehe..
    Yatie said...
    uwaaaaa sungguh menyelerakan pasta ni...lama akak tak makan pasta sejak balik Msia..tekak melayu suka belacan jek..hehehehe..
    sabar dubai said...
    menyelerekannyeee kak itaaaaa
    ilahjy said...
    salam ita comel
    kak ilah pernah juga buat mcm ni kak ilah beri nama kerabu..sbb kering main gaul2 jer..sedap..
    Unknown said...
    sedap ni..kalau bubuh cold smoke salmon pun sedap ni:)
    ijan said...
    Salam Kak Ita...
    saya tak pernah try buat spaghetti sejuk ni. di supermarket memang banyak dijual ni... anak2 sekarang memang cepat belajar tambah pula banyak kemudahan komuter tab dsb. Macam2 boleh mereka belajar di internet. tp memang betul lah akak kata, kena awasi juga :)
    HomeKreation said...
    Salam Ita. Selalu makan kat hotel buffet. Tak pernah buat sendiri sbb kita kat rumah takda main starter, terus jer nak ngap main course...hehe
    dZana said...
    smlm nmpk ada cream puff.. bila dg dah ada pasta pulak.. aimman jer yg suke pasta ..kalau adiknya.. terus tak layan..
    Ida,Japan said...
    ohhh..nama lainnyer pasta sejuk, yg k'ida tau menda ni pasta salad jer he.he
    nOOrsha said...
    nampak menarik pasta sejuk ni ita..blhla cube nnty utk budak² kan :)..tq share recipe :)
    Nadz Nazharzan said...
    Ermm..simple jer ye resepi ni Ita.. Rajin dgn tak jer nak membuatnya kan..
    Kak Naz setuju dgn Ita. Budak2 zaman skrg mmg sungguh celik IT. Kitalah pula yg kena memantau agar tak tersasar kan..
    Mamasya said...
    Aslmkum Ita.

    Pernah mkn pasta sejuk ni tp belum pernah buat di rumah.
    betul tu anak2 skrg ni mmg celik IT....semua maklumat diorg dah pandai cari di komputer..
    indahhouse said...
    Salam kak Juwita,
    Oh, bagus juga. Teringat pasta yg jiran pernah bagi. Tapi warnanya putih sbb banyak mayonis, tapi sedap dan sejuk. Memang sesuai utk hidangan tetamu kan? simpan jer dalam fridge. :)
    anumuchan said...
    sedapnyaaa....
    E-na Zarina said...
    pernah mkn pasta sejuk yg guna oil ms open house kat sini...tp lum pernah try buat...biasa buat yg guna mayo je...ita guna minyak apa?
    Nuwairani said...
    1st time nani dengar ada pasta sejuk. banyak lagi yang nak kene belajar ni...

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG