Hari Ahad haritu ita dan keluarga berkesempatan ke Ueno, Tokyo. Ini pun atas ajakan Adnin sebab dia dan keluarganya jalan-jalan ke sana. Disini banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati. Ada pasar yang menjual pelbagai barang, zoo, park yang besar dan beberapa tempat menarik lagi. Sewaktu tunggu bas ita sempat ambil gambar Fujisan (gunung fuji). Gunung ni boleh nampak dari kawasan rumah ita ni..
Untuk ke Ueno dengan menaiki keretapi dari Yokohama kami perlu mengambil train tokodai line dan turun di shimbashi station. Dari situ kami perlu tukar yamanote line dan terus ke Ueno station.
Dari Ueno station kami hanya perlu berjalan dalam 5-10 minit untuk sampai ke pasar ueno. Disini banyak barang2 kering dari Asia. Jadi mudah kalau nak beli barang- barang kering asia disini. Barang-barang basah seperti ikan, udang dan sotong pun banyak kat sini. Besar-besar dan murah. Selain tu ada kedai kebab yang halal juga disini. Di pasar ni banyak juga kedai-kedai yang menjual barang2 sukan seperti baju-baju sukan berjenama adidas, puma dan pelbagai jenama lain lagi dijual dengan harga yang murah selain kedai untuk sukan golf.
setelah itu kami pergi ke Ueno park. Disini terdapat beberapa tempat menarik yang berdekatan.
Labels: tempat dilawati
Best juga cuba resepi kek tanpa telur ni.. ita tengok ramai yang dah cuba.. jadi ita buat Eggless Chocolate Banana Cake sebab ada pisang kat atas almari tu. sedap dan mudah resepi ni.. ita saja tambah pecan dan kismis dalam tu saja nak habiskan stok kat rumah ni. resepi ni share oleh ijan tapi ita cnp dari rumah emi.. maaf ye malas nak translate so dalam english la ye..
Eggless Chocolate Banana Cake
Labels: Kek
Sedap sup daging merah ni.. thanks pada kak Aini tuan punya resepi asal dan thanks juga kepada ros sebab share resepi ni.. bagi yang nak cuba kelainan sup boleh cuba resepi sup ni..
Bahan-bahanya
350gram daging boneless ( kalau guna daging ade tulang lagi sedap)
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah sup
4 sudu besar tomato ketchup ( boleh ganti dengan tomato puri atau sos tomato)
1 biji kentang
1/4 biji lobak merah
1/4 batang celery
Cara-caranya
1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur, dan panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.
2. Selepas itu masukkan tomato ketchup, daging, kacau seketika, setelah semua sebati, baru masukkan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan masak hingga daging empuk baru masukkan batang celery, kentang dan lobak.
3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, angkat dan taburkan sedikit hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan. Rasa sup yang lain dari biasa, kerana penambahan tomato ketchup, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
Nota: kalau tak mahu tumis pun boleh, masukkan sahaja semua dalam periuk dan masak sampai daging empuk, baru masukkan sayur-sayuran lain, jika guna pressure cooker lagi jimat masa dan kos.
Ini yang bahaya jalan-jalan dapur orang ni. Nampak makanan itu dan ini dah nak buat. Tambah sekarang ni tengah winter so perut asyik lapar je minta diisi. Ita buat pai ayam keju ni sebab nampak kat rumah Emi. Tapi ita tak buat kulitnya macam dalam resepi emi. ita guna kulit prata je sebab M plak nak menguli. dibawah ita lampirkan resepi asal mana tahu lain kali nak buat senang tak yah cari2 lagi. bolehkan emi akak c&p ya..
Bahan kulit
75gm marjerin
150gm tepung gandum
Labels: kuih muih
Kadang lalu di kedai-kedai bakery di area yokohama ni terliur tengok creampuff yang menarik dan nampak sedap tu. Hari ni saja melayan tekak untuk makan creampuff. disebabkan saja nak tukar selera buat inti perasa coklat sebab selalu makan inti kastad. ok juga fathnin suka.
Bahan-bahan ( 15 biji )
200ml air
65g butter
100g tepung gandum- diayak
3 biji telur
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. tepung ayak terlebih dahulu.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana . Kemudian padamkan api.
3.Pecahkan telur didlm mangkuk lain dan pukul sedikit. Masukkan telur, kacau cepat-cepat . Ia akan menjadi warna kuning.kacau sampai tidak berketul.
4.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Alaskan dulang menggunakan baking paper.
6.Basahkan tangan dan tekan bahagian tanduk yang terhasil. Renjis permukaan cream puff dengan air.
7.Bakar dalam oven pada suhu 210c selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 20 minit.
8.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
inti
100 ml whipping cream hersheys perasa coklat
2 sudu gula
1. pukul bahan2 diatas hingga kembang dan ringgan.
2. potong creampuff yang telah sejuk dan letakkkan ditengah2.
3. hiaskan mengikut kegemaran masing2
4. sedia untuk dihidang
Labels: kuih muih
Dah sebulan berlalu baru nak cerita tentang majlis perkahwinan adik lelaki ita, jef, dengan pasangannya linda. Itu pun sebab tengok gambar dalam kamera ni banyak dan baru perasan yang ita tak upload pun lagi dalam blog. Kesuntukan masa dan mood winter yang membuatkan setiap hari nak duduk dan menaip di komputer ni terbantut. Majlis rumah perempuan berlangsung pada 19/12/ 2009 di seremban dan rumah mak ita pula pada 26/12 /2009. adik lelaki ita ni adalah satu2nya adik ita jadi ita sempat balik ke Malaysia 2 minggu untuk meraikan majlis ni. Balik 2 minggu tak banyak yang dapat dilakukan diMlaysia selain jalan2 mana yang sempat dan beli barang keperluan untuk dibawa ke jepun. itu pun masih banyak yang tertinggal itu dan ini. so layan la gambar kenangan sepanjang majlis di seremban dan dirumah ita.
Labels: family
Semalam buat roti request dari abang.. so disebabkan tekak ni rasa nak makan pizza jadi buat roti pizza gulung ni. Sedap roti ni.. sebab rasa mudah makan pizza cara macam ni.. tak sedar makan 4 ketul sekali hadap.. hahahha..
Bahan-bahan
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
inti
cendawan butang dipotong dadu kecil
capsicum dipotong dadu
bawang dipotong dadu
daging cincang/sisej dipotong dadu/ serunding
nenas dipotong dadu
cheese pizza
sos tomato
daun parsley untuk hiasan
cara-cara
1. masukkan bahan roti ke dalam breadmaker dan tekan butang dough.
2. setelah siap bahagikan 2.
3. Canai menjadi 4 segi tepat.
4. sapukan sos tomato dan taburkan semua bahan2 yang didadu tadi serta cheese dan gulung. kemudian potong kepada 6 bahagian.
5. lepakkan di dulang pembakar secara membulat dan taburkan daun parsley.
6. bakar dalam suhu 190 selama 15-20 minit.
Labels: roti
Assalamualaikum..
selamat tahun baru.. Entry pertama di tahun 2010. Cepat je masa berlalu.. Ini datang pun nak sapu sawang kat blog ni yang penuh dengan sarang pelbagai binatang.. hihiiiihiii.. ramai yang tertanya2 mana perginya tuan rumah blog ni.. Alhamdulilah tuan rumah ni masih di beri kesempatan untuk menulis lagi diblog ni.. hanya laptop nya je yang rosak tu yang membuatkan urusan nak update blog asyik tergendala je.. sekarang ni dah baik dah jangan la dia buat hal lagi... bukan tak de laptop lain kat rumah ni ada.. tapi nak pinjam orang punya ni masalah sikit terganggu semua urusan dan mood. so jangan jemu yek.. kepada kawan2 yang terus bagi semangat dan tak jenu lawat ita thanks sangat .. sayang you all.. moga persahabatan ini kekal selama nya...
Labels: Aktiviti