Salam semua. Dah beberapa hari tak tengok blog terima kasih kepada kawan-kawan yang datang berkunjung... InsyaAllah lepas ni dah reda sikit dari kekalutan dan kepenatan ita akan buat kunjungan balas ye.. Macam ita bagitahu dientry sebelum ini ita pergi bercuti bersama kawan-kawan ke Nikko, Tochigi . Kawasan ini kalau dari Yokohama ke arah utara dan ia adalah tempat peranginan yang terkenal dimusim luruh dan sejuk. Jika dimusim luruh permandangan hutan yang berwarna warni nya memang tak tergambar dengan kamera dan ita amat menggalakan bagi mereka yang ingin melihat keindah alam cipta Allah S.W.T dimusim luruh ke sini. SubhanAllah...
Kami pergi bersama 5 keluarga termasuk ibu dan bapa Aliza yang bercuti ke Jepun. Tapi disebabkan pada plan awalnya keluarga nik dan aliza ingin keluar agak lewat jadi ita dan adnin plan untuk keluar agak awal. Alasannya dari info yang ita dapat dari ayu Lady chenta yang tinggal agak dekat dengan kawasan tu, di nikko memang sesak jika waktu musim luruh ramai yang nak kesana. Jadinya kami plan bertolak awal pagi . Lagi pun sekarang ni untuk pemegang kad tol ETC ( macam kad tol smart tag) akan dapat 50% jika bertolak malam hingga 6 pagi .. jadinya kami rasa memang sesuai untuk pergi awal.
Alhamdulillah dengan info yang ayu bagi dan ita cari sendiri di internet semua urusan dipermudahkan. Kami bertolak jam 330 pagi dari Yokohama dan sampai ke sana lebih kurang jam 640 pagi di Gunung Nantai setelah berhenti untuk solat subuh kawasan rehat Hasuda.Sampai je dikawasan ini amat la sejuk. Nasib baik bawa baju sejuk anak 2 helai dapat la tebal sikit sebab jaket musim sejuk ita tak bawa pula sebab tak sangka diatas bukit ini sesejuk ini. Pada pukul 640 pagi dah ramai yang diatas puncak gunung ni. Jalannya berlengkang lengkuk jika lambat akan sesak untuk kepuncak gunung ni. Ini adalah gunung Nantai. Di sini disediakan kawasan untuk mengambil gambar dan melihat suasana disini. terdapat parking tidak berbayar disini.
Setelah mengambil beberapa gambar kami ke hadapan lagi untuk tasik Chuzenji. Tasik ini berada 1269 dari atas laut. Ia amat cantik dengan permandangan gunung yang berwarna warni dimusim luruh dan beberapa aktiviti seperti menaiki bot ada disini.
Memang cantik dan sebelum kesini kami dah tengok dah autumn report yang dikeluarkan di website2 di dalam internet tentang gambaran keadaan sebenar keadaan disana. Jadi memang waktu ita tengok tu waktu kami pergi memang menunjukkan daun telah bertukar jika pergi lambat sikit nanti takut gugur pula semua daun-daun tu... minggu ni mungkin akan banyak entry jalan-jalan ni di blog ita.. ita nak simpan sebagai rujukan buat yang ingin ke nikko atau buat kenangan ita dimasa hadapan.. jadi bagi yang singgah ke blog ita jangan bosan ye..:)
Labels: Nikko, tempat dilawati
sungguh cantik pemandangan kat sana yer musim luruh... sukanya akak tgk semua gambar2 tu... tenang jer ati tgk... cantiik sgt... n anak2 ita pun comel2...
Cantiknya pemandangan kat cni... nurul suka sangat tgk gambar2 ni semua... ^__^
Cantiknya pemandangan tu.. Nak itot lah .. Bolah ke ITa...
bila la dapat jejakkan kaki kat sana..hehehe
kak ita update lagi info pasal nikko ni ek..nk make sure last autumn kt sini dpt gak jejak nikko..hahaha
cepat btol belah sana dah kouyou~~
cikgu, kouyou = kyoto tau..
jemput la mai Kansai lagi ;)
sebelum ni dapat tengok maira punya gambar.. ni tengok ita punya pulak.. lagi cantik..!!
bilalah maklong dapat kejepun musim luruh ni..
Subhanallah
Kira2 biaya ke Jepang tepatnya ke Mount Nantai, Honshu klo dari jakarta kena berapa duit?