01 December 2010

Muffin pisang dan jagung bercoklat


salam semua.. beberapa hari ni ada buat 2 muffin tapi tak sempat ambil gambar yang sempat muffin pisang ni je muffion strawberi tak sempat dah kena ngap.. lagi pun waktu tu tak de mood nak posingkan muffin tu.. :) sekarang ni sejuk perut asyik minta diisi je la. tu yang buat muffin2 ni senang nak makan.. tapi sekejap je dah licin sebab Fateh suka muffin senang di nak makan. resepi tengok kat rumah As.. resepi asal dari kak ummi.. thanks ye


Bahan:
A
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam

B
1 biji telur (L)
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
1 cawan pisang lecek kasar
2 sudu cream corn

1 sudu besar coklat paste


Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai


Caranya:
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu.
  4. Masukkan pisang yang dilecek kasar tadi. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan.
  5. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
  6. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

10 Comments:

  1. izahdaut said...
    wah interesting recipe ni..masuk list..ehehee
    Asmara said...
    Ita, camne rasa. Sedap jugak tambah jagungkan! Adik2 kat sini suka sgt muffin pisang jagung nih. selalu kenduri buat gak bg diorang. hehe..
    KakAsma said...
    wah..sedap tu ada jagungnyer..tengok resipi mcm senang..sama cam izah masuk list gak..Ita sihat ?lama kita tak borak2 kan
    Idayu said...
    waa sdp n mcm senang nih, skang jgk akk buat :)
    ieda said...
    wow dikk nampak dasat lah muffin pisang tuu .. kalau lah akak pandai buat huhuhuhu mauuu tiap2 minggu makan :)
    cucu nenek di liverpool said...
    salam ita. nak cuba jugakla, nampak resepinya mcm mudah. mintak2la jadi mcm ita punya
    Juwita Jamaludin said...
    izah.. masuk list jangan tak masuk.. hihihi

    As.. terima kasih resepinya.. sedap rasa pisang dan jagung tu
    Juwita Jamaludin said...
    kak asma.. rindu lama juga tak jenguk akak.. ita sihat kak ..

    kak ayu buat jangan tak buat.. macam mana sedap tak
    Juwita Jamaludin said...
    to kak ieda.. cuba la kak ita pun cuba resepi orang sedap..

    kak pi.. mesti menjadi punya cuba la
    yulianawati said...
    This comment has been removed by the author.

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG