1352. LAKSAM JY
1 day ago
Malam semalam, jam 6.45 lepas Isya (Kat Jepun ni sekarang 5.20 dah masuk maghrib & dah gelap dah)...Fathnin dibawa berjalan oleh papanya. Asalnya mama dgn Fateh nak join tapi tetiba plak Fateh terlelap menyebabkan mama terpaksalah tinggal di rumah. Papa berhasrat nak keluar tu bukan apa, nak survey area dekat-dekat rumah, kot-kot ada convinient store ke, or shopping complex ke. Hasilnya, amat menggembirakan Fathnin kerana menjumpai kawasan taman permainan lebih kurang 100m dari rumah kami. Bukan main seronok lagi dia. Tengoklah aksi akrobatik dia tu. Semuanya gara-gara meniru aksi anak-anak nihojin masa di taman permainan Matsubara petang tadi.
Labels: Aktiviti