18 August 2011

Ikan Tempra Nyonya




Salam semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan rukun islam ketiga ini dengan baik.Moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari seterusnya akan bertambah baik InsyaAllah.

Kelmarin ita ke Pasar Matsubara di kawasan rumah lama ita. Jadinya jumpa ikan 500 yen seekor besar tau. Jadinya beli dan fikir nak masak apa dengan ikan ni. Dalam list dah lama sebenarnya nak buat resepi Ikan tempra Nyonya hanya ikan yang sesuai je yang tak jumpa. Hajat dihati nak tunggu jumpa ikan yang besar macam ikan siakap atau kerapu tapi pergi memang takde ikan-ikan sebegitu disini. Susah betul nak jumpa. Jadinya guna la ikan ni.

Bagi ita dan suami resepi ni amat sedap. Tambahan kami berdua suka masakan sambal-sambal merah ni. Resepi ni memang kena sangat dengan selera kami. Nampak bahan ringkas je dan cara masaknya berbeza sikit dari masak ikan sambal tapi rasanya cukup sedap. Bagi yang suka masakan sambal atau merah-merah macam ni adalah digalakkan untuk mencuba..:)

Okla resepi ini dari kak Diana. Kata kak Diana resepi asal dari buku "Nyonya Recipes". Terima kasih kak Diana atas perkongsian ini.. Ita kongsi disini pula ye.



Ikan Tempra Nyonya

Bahan-bahan
4 ekor ikan selar atau ikan kembung _ di bersihkan
Daun bawang
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukup kegunaan
Minyak
Perencah pati ayam / Kiub pati ayam -Tak bubuh pun tak apa

Bahan A ( Di goreng garing )
12 ulas bawang merah _ d hiris
12 ulas bawang putih _ d hiris

Bahan B
5 - 8 biji cili padi
3 batang serai dititik
2 biji cili merah dipotong menyerong

Cara²

1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa.. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing.. Angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih bolehlah d masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit d atas api kecil.
5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.



Nak letak kad hari raya dari ayu yang kreatif ni. Rajin buat kad raya dan rajin tukar header blog..:) cantik-cantik semua. Terima kasih ayu .. terima kasih ye...

18 Comments:

  1. Nuwairani said...
    kalau tengok bahannya, memang simple...nk try jugak la nanti!
    HomeKreation said...
    Aslmkm Ita. Kat rumah ALong lauk2 camni memang laku...
    Ida,Japan said...
    simple but oishii kn ita..
    ilahjy said...
    lepas sahur masuk dapo ita ..tgok gmbr ikan ni adoiiiaiiii..sdapnya.. nanti ita tunjukan rupa ikan2 di sana..mana tau kak ilah tak kenai lagi.. kbykkan ikan di mlysia dah kenai...
    ijayuji said...
    Salam kak!! akhirnayer jumpa jugak ikan yg sesuwai :D kita dah mula pose nii mulalah tekak kita mcm nak makan itu nak org masak ni pun nak jugak hihihi.... kat umah ni ada ikan tenggiri 3 potong pastu ikan kecik2 tuuuuu :D
    Mas said...
    memang best resepi ikan ni...
    sedapp kan ita..
    terliur lak nengok ikan ita tu..he3
    izahdaut said...
    saya tk buat lagi reeepi ni. masuk list nmpk sedaapp je tu
    Nuridah said...
    Pagi Ita,

    nanti lepas raya kak nur nk cuba resepi ini...nampak tempting gitu...bulan puasa nie kena posa dari mkn ikan....rakyat jelata tk suka...huhuhu.
    Anonymous said...
    salam kak juwita,,rasenye paper semalam ade kuar gambar akak dgn family kat utusan,..wah siap berkimono lagi... :))
    sabar dubai said...
    salam kak ita...kite pon smlm jmp ikan besar giler....name jepon ikan chinuk...rupe mcm ikan siakap....tp mmg besar sgt22 kepala aje xmuat periuk huhuh...tp sayang lupe plak resepi yg tgh dlm list nihh huhuh arini nk cube lahh
    Diana @ BKKC said...
    nampak sedap lah....
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    asal ikan bolat kira ok kot ek
    ai suka masak ikan gini...sedap
    tq akak sudi gantung kad raya itew ngeeee
    Hafizin Jamil said...
    boleh buat juadah berbukak ni kak..
    Ummi said...
    Salam Ita, waaah dah byk gak mengukis eh...akak pun teringin nak wat Farmbrozen Kenari tu..tp ntah la sempat ke x, dul layan fav cookies anak2 jek dulu..huhu... Ikan Tempra Nyonya ni sedap kan...guna tenggiri mesti lg best.. :)
    anumuchan said...
    tiba2 teringin nak makan ikan pulak hari ni.heeee
    Sheery Dream Cakes said...
    Assalamualaikum ita akak cayang..
    alaa akak lambat smpi ler.. huhuu.. hari nie line x berapa elok kat cnie.. nak tinggalkan komen n nak follow blog lelain pun x boleh... x tau knp.. nak tinggalkan komen kena 2..3 kali klik baru boleh.. huhuu..
    terima kasih ita kerana sudi cuba resipi nie... :)terliur akak tgk ikan tu tau...
    kurus said...
    ermm sedapnya dik .. bukan ikan tengiri nie dikk .. kalau di mesia dia panggil ikan tengiri kan :)
    Julius said...
    Thank you for the post, pretty helpful info.
    free games | no time limits games | full pc games review | pc games download 247 | pc game now

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG