05 October 2011

Cheese Tart



Salam semua. Hari ini bumi yokohama dibasahi dengan hujan dari pagi. Waktu petang macam ni bila hujan je rasa sedap je tarik selimut mana taknya sejuk..:) Tadi pun tengah mengajar Fathnin mamanya boleh plak anak murid tegur cikgu kata cikgunya asyik mengantuk je:P.. Aduhai sian anak murid cikgu tu..

Hari ini pun Fateh tidur awal dari kebiasaan. Sejuk agaknya matanya cepat mengantuk. jadi sementara Fateh tidur ni ita update sekejap kat blog ni. Masa untuk berblog ni kena curi-curi bila ada anak-anak kecil dirumah kalau tak tak merasa mamanya nak duduk depan komputer. Selalunya ita Update blog sebelah malam tapi hari ini awal sikit.



Okla tak nak merepek lama sangat. jadinya hari ini nak share cheese tart yang ita buat semalam. Ita buat sikit je iaitu 1/2 sebab lama dah beli bahan-bahan tu tapi tak terbuat-buat juga. sedap cheese tart ni ita suka. Tambahan bila main deko-deko atas tart tu. Ita tak pernah lagi deko tart ni pertama kali juga. Macam-macam corak boleh buat. Ita rasa teruja tengok tart kak Azlita. Comel-comel.. jadinya ita cuba buat juga. Ok la walaupun tak secomel kak Azlita punya tapi sedap rasanya..:)

Resepi ini ita ambil dirumah kak azlita. Kata kak Azlita resepi asal dari Azita Zain. Kak Azita ni memang menerima tempahan cheese tart. Terima kasih kepada kedua-duanya kerana berkongsi resepi tersebut.



Cheese Tart

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara-cara

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Cara-cara untuk menekan didalam acuan


  1. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart.
  2. Potong bahagian yang kurang kemas.
  3. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Bahan cheese

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  4. Masukkan ke dalam piping bag.
  5. masukkan inti kesukaan seperti blueberry, strawberry atau coklat ditengah-tengah kulit tart.
  6. kemudian masukkan adunan cheese tadi. Biar penuh membuncit.
Untuk coraknya


  1. Ambil sedikit adunan cheese tadi dan masukkan pewarna kesukaan.
  2. Buat beberapa titik ditengah atau tepi tart menggunakan pencungkil gigi.
  3. Tarik titik itu ke tengah dan dari atas buat satu garisan memanjang ke bawah.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.



35 Comments:

  1. ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    uwaaaa kagumnyer kaka
    sbb tgn ayu x berseni part nk lukis ni...boley tempah kt akak jugak la nnt.....but ayu still diet benda2 gini.....;(
    Gee® said...
    rajinnya adik akak yg sorang nih...
    Pen Biru said...
    eemmm memang sedap.sy penah makan cheese tart yg ada inti blue berry..memang sedap..
    Anonymous said...
    salam kak
    comellah acuan tart akak.bleh tanya mana akak beli?berminatlah
    Nurul said...
    Emmm, sedapppp cheese tart ni... tapi nurul x pernah lagi try nak buat sendiri.. comeyyy K Ita lorek tu... :)
    Chik Mimi said...
    Assalam ita sihat ke?wah ada cistart ,guna silicone susah nak membentuk tak crustnya tu?akak mula2 guna silicone comei tapi kena guna bnyk cheese sbb dia dalam kan.comei la cistart ita
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. mana berseninya.. akak saja je cuba-cuba.. ayu pun boleh kalau ayu cuba tau

    kak gee.. mana rajinnya akak lagi rajin
    Juwita Jamaludin said...
    pen biru.. ye alhamdulillah sedap. suka dengan tart ni saya memang penggemar tart

    ano.. ni saya pakai silicon mould je saya beli di daiso
    Juwita Jamaludin said...
    nurul.. cuba la buat kalau dah buat tentu nak buat lagi...

    kak mimi.. ye ita pakai silicon mould .. bagi ita ok je kak senang je
    izahdaut said...
    haisshh bila laa nk terbuka hati menerai tart cheese ni. dari sehari ke sehari nk try but tak terbuat jugak lagi
    Anna Qawina said...
    bila al saya nak buat ni..bhn2 semua dahada cuma takut tak jadi..hehe
    haritu makan yg Mas bagi tak puas..knba cuba gak le..
    Mas said...
    wahhhh..cantik la cheese tart tu ita..
    mabeles...
    K.zai said...
    amboiii...comey nya cistat ita...mcm tuan nye juga..tentu fathin tolong lukis sekali kt atas cheese...
    Anonymous said...
    halus seninye ukiran kat atas tart tu..kagum .. :)
    Ummi said...
    Salam Juwitaku cayang...hehee...cantik n cutenya tart mould tu...SM eh..adeeei terpesona akak tengok... :) patutlah tart pn comeeyy2 mcm Ita gak..hehe
    Mamasya said...
    Aslmkum Ita

    Cantik elok cheese tat Ita.akak suka mkn cheese tat tp belum ada kerajinan membuatnya.resepi dah lama salin....
    ibundo said...
    nak mintak tart yang ada ceri tu...
    hiii..
    Sue @ Nenie said...
    Salam kak Ita..bila baca entry ni rasa nak tergelak sendiri pun ada..Samalah, Sue pun terguda masa tgk kat blog Kak Ita hari tu, siap beli barang2 lagi, tapi acuan tart ada 6 biji je, tu yang malas nak start tu..bila lah ada masa nak gi kedai cari lagi beberapa biji acuan senang siket nak main baking nanti, sekali bakar je shell nya..
    Ida,Japan said...
    rajin ita buat cistart....comel, acuan silicon ni satu jer la dia lembik susah nk stable betuk kulit tart tu...
    Nuwairani said...
    rajinnya kak ita buat tart...teringin pulak nak buat tart lagi...
    suri solehah said...
    ita punya persembahan memang menggoda akak..tiap kali kesini..akak teringin gak belajar buat chess tart ni..tapi asyik terlupa je nak beli acaun tart tu huhu
    Hanis MY said...
    Comel sgt tart tu..sendai pun hujan sjk dr ptg td sejukkk
    Mieza said...
    cantiknya ita deco cis tat..fav satu family..sedap kan ita..tang nak mendeco tu yg akak malas..kalau utk makan sendiri mmg akk tak deco..kalau utk tempahan je terpaksa merajinkan diri :))
    cucu nenek di liverpool said...
    Kp pun terasa2 nak mkn cistat gak ni tu yg cepat je klik no nmpk ita wat cistat. Sarang dah Ada tu, teringin gak nak deco2 hehe
    Nuridah said...
    Assalamualaikum Ita,

    sihat ke?? Eh2 kak Nur tertinggal ketapi nampaknya...cantik cistat tu...terguder,terpesona tergulik2 akak tengok nie...aduhai kalau la dpt 1/2 ketui sedap sikit rasanya...hehe.
    Yatie said...
    Rajinnya Ita buat cheese tart ni..kek kat bawah tu pun cantik yg amat sangat...suka akak tngk tawwww..akak kalau buat pun kek yg senang2 jek..takde seni..hehehehe..
    Amie said...
    Assalamaualaikum Ita,
    hasil yang cantik begini tentu memerlukan kerajinan dan ketekunan, semuanya comel-comel belaka...dan sudah semestinya sedap ye Ita....
    ilahjy said...
    salam ita
    wah ini dia rupanya tart yg sama2 kita buat tu.. cunggg laa ita punya kak ilah pula malas nak kasi warna berbagai.. guna 1 kala jer hehehe..mmg cantik acuan tu.. kak guna yg loyang jer.. agaknya kalu terjumpa mau kak beli..hehe
    Sheery Dream Cakes said...
    yg nie fav akak nie ita.. tp akak x perna buat lg.. teringin gak nak cuba.. tp asyik tangguh jer smpi hari nie.. nampak cheese tart yg comel nie terus keinginan nak buat tu ada semula
    Ijan said...
    Cantik nye gambar kak! Ada si kecik memsng susah nak mengadap komputer lama2 kan. Berebut. Hehehe
    Anonymous said...
    bapa bole dpt satu adunan tu?
    acuan silikon mould tu sama ke mcm acuan yg kta guna kukus tu?
    *~ UmmuHusna ~* said...
    Assalamualaikum kak ita..nak tanya..akak guna cream cheese brand pe yer?
    *~ UmmuHusna ~* said...
    oooo..jauhnyer kak..hihi..dah lama teringin nak cuba recipe berasaskan cream cheese..tp xsure nk guna cheese yg jenis mcm mane..nywy thanks yer kak..^_^
    Juwita Jamaludin said...
    thanks kawan-kawan.. ita tak sempat nak balas satu2 komen.. ita amat menghargai komen2 itu.. ita balas komen di blog masing2 ye..:)

    to ano.. yang kukus tu lain tau.. yang ini silikon mould boleh juga nak buat kukus sebenarnya... satu adaunan ni boleh dapat 40 keping cheese tart ikut saiz acuan dan ketebalan kulit yang kita buat..:)
    Nur-nba said...
    Cantiklah corak tu.. Baru Nur tahu macam mana nak buat. Suka cheesetart ni..

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG