Salam semua. Alhamdulillah hari ini kita telah melangkah ke hari yang baru. Hari ini ada terasa gegaran kecil pada waktu subuh tadi lama juga. Terkadang rasa gerun juga, namun hanya kepada Allah sahaja kami berserah moga tiada lagi peristiwa 11 Mac itu berulang.. amin.
Hari ini ita nak share satu biskut yang ita buat sebab teringin nak makan sambil-sambil hilangkan rasa mengantuk tengahari jadi ita cuba buat sesuatu. Ita memang tak boleh kalau panas sangat duduk pun rasa boleh nak terlelap. Jadinya ita buat la biskut ni. Ita buat 1/2 adunan je tapi banyak juga dapatnya. Ada menderhaka sikit ita letakkan badam sebiji dalamnya sebabnya almond london ita dah nak habis.. huwaaa..kan dah kata orang rumah ni suka sangat almond london. Jadinya ada biskut ni husband ita boleh makan biskut ni plak. Dia kata sedap..:)
Bagi yang nak rasa nestum atau serbuk badam yang banyak ita rasa boleh adjust di tepungnya tu dan lebihkan sedikit nestum atau badam yang dihancurkan tu. Ita dah lebihkan tapi bagi ita boleh lebihkan lagi untuk lebih terasa. Bagi yang takde coklat masakan macam ita, ita gunakan 'milk chocolate meiji' dah manis dah coklat tu jadi ita kurangkan gula dibiskut tu. Baru balance rasanya kalau tak rasa manis sangat pula.
Okla mari kita tengok resepi ini. Resepi dari umifeeza di myresepi. Katanya resepi asal dari majalah saji 2007. Terima kasih umifeeza kerana berkongsi resepi. Saya share disini pula ye..:)
Biskut Snow Almond
Labels: biskut
waaa... kat sana dah turun snow ke?? hihi
nampak menarik biskut ni.. nanti boleh lah akak cuba.. akak pon kalau dok je tak de buat apa mata ni mmg ingat bantal aje.. hihi
masih ada gegaran lg ker ita kat sana?.. moga ita sekeluarga sentiasa d bawah lindungan Allah S.W.T.. Amin
comelnya biskut tu ita... yg nie pun akak lom perna buat lagi.. nmpk comel sesgt..
h yer.. ita kalu akak tukat jelly tembikai kpd jelly mangga boleh x ita.. nak mintak izin dar ita dulu.. nak buat tembikai hubby akak x bagi sbb akak n daughter batuk.. huhuu
p/s: td ade rs gegaran tak..tgh duk bsahur tgk news ade gegaran lg kan..m6 ye?
*smg ita sekeluarga sentiasa dilindungi..amin.
rajinnya adik akak wat biskut snow almond ni..mmng dlm list kuih raya thn ni, tapi tak terbuat2 lagi..nak wat gaklah..
baru kak ilah ingat. kak pernah masuk ke dapo ita ni dulu.. tapi tak tinggal jejak.. malu nak bersapa ekeke..hari ni selepas kita bersapa di FB baru kak tak malu nak sapa ita..ahaksss...cantik2 belaka kuih muih disini.. kak masukan link dlm dapo kak ya..
kak diana memang selalu je ada tapi pagi ni lama sikit.. boleh kak tukar la buah apa2 pun tak pe kak
thanks del.. tula risau je.. saja del buat kunyah2 sebenarnya
kak ilah.. thanks kak jumpa gak sari ita kat sini ya
thanks kak watie.. tula kak.. moga kami dilindungi.. saja kak buat kukis bagi hilang mengantuk
Dah buat cookies ye...ira baru je rancang nak buat cookies ni, antara cookies kegemaran anak2 ni
Seronok tengok blog masak2 n resepi camni.. Ada biskut raya lagi.. Sape kata dok di perantauan, tak dapat raya kan?? Hehehe..
Ira
wah curlastt akak dah start buat biskut raya ek...ayu x buat apa lg pow...tgh la lepas 20 hary posa baru start buat kot...nampak amat sedap
Memang tercari2 resipi snow almond ni. kata orang mmg sedap. :D
cuaca panas kat Jepun kak? gerun pulak dengar ada gegaran. Moga kak dan family dilindungi Allah selalu...
ada gegaran lg ke..moga ita & family slmt dr segala bencana.
kiut npk cookies ita..anak2 mesti suka mkn sbb ada coklat kan..
Nampak menarik biskut snow almond Ita. akak belum dtg mood mengukis lagi ni...
Semoga Ita dan rakan2 disana jauhkan musibah.
ira..salam kenal.. seronok ada blog kenal ramai kawan
indah cuba la indah bagi akak sedap biskut ni suka
kaka zai. anak2 ita suka juga sebab ada coklat tapi yang melebih mak ayahnya
nani.. ni biskut kunyah2 nani
annum.. cute yek.. itu je yang ada
kak ayu.pasni start enjin tau
estrie